Friday, November 1

Kerja

Aku baru saja graduasi dari UTM minggu lepas. Itu yang aku banggakan. Belajar malas tapi boleh grad.
Aku juga dah bekerja sebelum graduasi, yelah lepas habis belajar, takkan la nak tunggu dah grad baru cari kerja kan?

Dan sememangnya dunia pekerjaan ni lain macam. Lain macam sangat sangat. Tiada lagi rakan, walaupun aku bekerja bersama rakan rakan lain dalam satu company. Tapi aku jaga projek aku, dan rakan lain jaga projek mereka.

Dan sememangnya juga aku ni bukan seorang yang boleh bekerja dalam kumpulan. Aku suka kerja sorang diri. Maksudnya macam ni, kalau boleh aku nak settlekan semua kerja sendirian, tak mahukan pertolongan walaupun aku ada subcon semua. Betul. Ini sifat aku.

Yela, sesungguhnya kerja sendirian ni memang kau takkan cukup tangan nak handle semua kerja kan? Memang.
Bulan yang pertama, semua kerja aku buat.
Akulah supervisor.
Akulah engineer.
Akulah superstar.
Bajet.

Tapi semenjak aku tertekan dengan projek ni, aku mula sedang berjinak jinak buat satu sistem di mana semua orang bekerja sama rata.
Aku dengan paperwork, supervisor aku dengan monitoring nya. Monitoring aku buat jugak sebagai part-time.

Aku juga tak boleh bekerja dalam tekanan. Bila bos mintak itu ini itu ini, aku mula tertekan dan kalut. And then semua kerja tak jadi.
Serius. Kau boleh kerja dalam tekanan dan kekalutan?
Konfirm kerja kau tak cantik kan?

So, memang, kerja ni susah, bukan macam tadika dah. Sesungguhnya aku mahu kembali ke tadika bermain lego.


adios.

1 comment:

IQ = Iez Qis said...

nak masuk tadika balik jugak