Sunday, September 21

HOW TO ANSWER WHEN YOUR CRUSH ASKING YOU THIS...

Hi, hello, oh, dah lama sebenarnya tak menulis ni, power power untuk bagi bunga bunga ayat pun dah makin hilang. Aku pun dah tak berapa pandai nak hiperbola hiperbola lagi. Mungkin perlu ambil masa sebulan untuk kembali normal.

Bila kita bercerita pasal crush ni kan, selalunya setiap orang ada crush. Ini crush yang betul2 bukan yang crush dia Leonardo ke, Ronaldo ke, Najib ke, bukan yang jenis tu, bukan.
Ini yang real dan alam nyata, yang kau jumpa, yang kau suka, yang kau "eh rasa nak kahwin dengan dia".

Eh.

Memang, aku pun ada crush, sejak emmm sejak tahun lepas kot. Tapi dah setahun kitorang putus perhubungan, means no contact at all atas sebab sebab yang aku tak boleh cerita la. Privacy gua.
Sebenarnya entry ni gua bukan nak cerita pasal crush gua tapi gua nak cerita sekiranya lu orang punya atau gua punya crush tanya soalan begini.

"Hi, awak masih suka kat saya tak?"

Apa korang nak jawab?

Jawapan 1:
Emm sebenarnya saya dah tak suka kat awak...(dalam hati masih suka)

Selalunya kita semua akan berada di dalam zon dilema, apabila ditanya soalan begini,haruskah aku menjawab ya, atau tidak. Semuanya ada pros dan cons.

Jika menjawab tidak, kebarangkalian untuk anda melepas awek tersebut mungkin 80% ke atas. Ini kerana, mungkin si awek tersebut juga suka kat ko tapi ko pulak ego cakap dah tak suka. Dan hati perempuan ni tisu bro, dan setiap perkataan yang keluar dari lidah ni memang tajam seperti bucu 90 degree. Si awek mula kecil hati, dan ko mungkin akan melepas.

Jawapan 2:
Emmm sebenarnya saya masih suka kat awak.

Jawapan begini pula, kebarangkalian untuk kau direject 50% dan diaccept 50%. Tapi kepada mereka yang tak confident, mereka akan berfikir, "mana mungkin awek ni suka kat aku, dulu punya laju aku kejar tak dapat dapat" dan selalunya mereka takut untuk menjawab ya, takut direject. Kiranya take a risk jugak la.

Jawapan 3:
Sebenarnya kan saya tak tahu nak jawab apa, kalau saya jawab ya nanti awak reject saya, kalau saya jawab tak nanti awak kecik hati pulak.

Jawapan macam ni, nampak macam ko ni loser dan tak tahu buat decision. Sesungguhnya awek awek sekalian tidak suka lelaki yang tak boleh buat decision. Yang lambat pickup tu mungkin masih boleh diterima,mungkin. Mana aku tahu, aku bukan perempuan.


Keputusan
Antara tiga tiga jawapan ni aku rasa jawapan no 2 adalah yang terbaik bagi aku. Bagi korang aku tak tahu lah. Sebab nya, ok lah aku bagi contoh, konon ko ni kaki judi, ko nak menang duit, ko pergi labur duit kat mesin jackpot, pastu ape yang ko dapat?

kadang-kadang menang dan kadang-kadang rugi kan?

Macam tula jugak kisah bercinta ni, take a risk, ko tak tahu apa feeling dia terhadap kau. Belum cuba belum tahu. Tapi bila dah cuba tapi tak berjaya jangan salahkan aku...

Sebab aku pun tak tahu apa nasib aku.

Adios.

2 comments:

wan zuliyana is apel said...

jawapan ke4.
Kenapa awak nak tau? hahah mind trick sikit sk :D

Sembang Kemas said...

Tak terpikir aku nak jawab begini. Plot twist: dia yang crush kat aku selama ni.