Tuesday, February 10

How Do I Transform?

Sebenarnya tak susah nak keepfit.

Aku perasan mesti aku akan guna 'sebenarnya' sebagai pembuka cerita. Habit kot. Dah selalu spam twitter.

Macam mana aku keepfit? Ianya bermula dengan azam,keinginan,dan permintaan.
Istiqamah, berdisiplin,dan kental.

Azam. Macam mana tu?
Mulanya aku berazam berhenti merokok. Lepas dua hari berhenti merokok aku terfikir, aku nak cuba cara hidup sihat ni. Macam best. So aku start exercise waktu malam. Azam tu kena kuat. Alhamdulillah masih bertahan. Even sekarang dah curi2 makan kudap2. Secara ringkasnya, keinginan pun termasuk dalam story ni. Keinginan mencuba benda baru.

Permintaan. Macam mana pulak?
Permintaan dari mak kau, bila mak kau suruh kau workout konfom kau takkan menurut perintah kecuali ianya permintaan mak we kau. Kan? Dalam kes aku, bukan makwe.
Dia seorang yang aku envy. Boleh kira macam candy crush. Bila macam tu, secara tak langsung motivasi meningkat. Tapi serius aku cakap, aku workout bukan sebab dia. Dia hanyalah pemangkin.

Istiqamah pulak, hari hari mesti buat even kau penat. 7minit pun dah cukup. Kasi berpeluh.
Berdisiplin, makan kena jaga. Kurangkan minyak, gula dan garam. Garam ni la yang selalu buat kita punya badan ada lemak air. Alah tayar spare yang lembik lembik tu.

Cara makan aku.
Breakfast:
putih telur 2 biji. (digoreng/direbus)
2 keping daging lembu
Protein powder (campurlah berbagai)
(pilih antara satu)

Lunch:
Nasi (sebesar penumbuk)
Lauk (protein;ikan, lembu, ayam)
Air suam/ ais

Dinner:
Roti sandwich (intinya ikut suka koranglah)
Menu inti aku. (lettuce merah, telur putih dihancurkan, daging salai, dan sos.
Kadang2 aku masak meggi je. Tapi tambahlah sayur banyak2.

Eat clean. And exercise. Kalau exercise makan x jaga tak guna. Kalau makan jaga exercise tak buat hasilnya lambat. Kalau kau bikin dua2 konfom, 3 bulan tayar spare kat tepi hilang.

Cubalah. Try yourself. Tak payah nak malu2 joging. Orang lagi respect kau.

Adios.

No comments: