Tuesday, June 9

Gelap Hati

Aku sebenarnya sekarang ni rasa macam tengah berada dalam zon zaman kegelapan. Sebab ape? Sebab banyak benda yang aku tak suka berlaku serentak. Tentang kerja, tentang cinta, tentang hidup, tentang sekeliling, tentang kawan.

Semuanya seperti menjauhkan diri dari aku, ataupun aku yang menjauhkan diri dari semua tu.

Aku mula merasa kerja aku ni membebankan, dah takde hati rasanya nak kerja. Tapi memang inilah tanggungjawab seorang kuli cina. Apa boleh buat. Ada jugak aku try company lain, tunggu jelah.

Pasal cinta, iany macam cinta tu taknak datang dekat pada aku. Semakin menjauh. Maksud aku cinta antara manusia. Lelaki dan perempuan. Kau ingat aku tak jeles ke orang ada makwe. Aku pun nak jugak. Kalau boleh, nak buat bini. Ehem.
Tapi tulah, aku rasa sebelum aku dapat cinta manusia, aku harus mencintai Allah S.W.T dahulu. Mungkin lepas tu cinta akan datang secara auto.

Tentang hidup, yela bila cinta dan cita cita menjauhkan diri dengan kita, sudah pasti hidup pun macam gelap. Mungkin aku perlu insaf dan bertaubat. Supaya hidayah dan nur tu masuk dalam hati yang gelap ini.

Doakan aku berjaya padam noktah hitam dalam hati aku ni.

Adios.
🗿

No comments: