Wednesday, June 17

Kemungkinan Besar

Sebelum kita meluahkan perasaan pada orang yang kita suka, selalunya hati kita akan berbelah bahagi.

Sebelah takut kena reject, sebelah lagi kata gamble.

Dan sebelum kita meluahkan rasa kasih rasa sayang tu, kita juga kena tahu, bukan untuk kepentingan kita saja, untuk kepentingan si dia yang kau suka jugak.

Kalau kau suka dia tapi dia tak suka kau, apa guna? Konfom2 lah kena reject atau dijadikan abang angkat adik angkat etc etc etc blerghhh.

Then at last, kau tak jadi meluahkan perasaan tu sebab takut. Takut dikecewakan.

Kan?

Pastu kau meroyan, sebab apa? Sebab tak meluahkan perasaan tersebut dan kau terlepas peluang.

The end.

Tapi yang aku tahu, ada dua kemungkinan besar.
Satu diterima, dua kena reject. Itu je.

At least mencuba,ye dak? Dari kau gagal tidak mencuba.

Adios.

2 comments:

Scheduler Pukl said...

cuba tak salah.
gagal itu beri pengalaman,
macam entry ko sebelum ni. gagal, cuba lagi..

tak salah mencuba dalam mencari jodoh ni.
tak rugi.


peace yaw! aku izyan. huahuahua

nadialadzim said...

aku penah try. sekali. gagal. malu jugak masa tu. masa tu je lah malunya. pastu biasa2 je..still kawan lagi sampai skng. kawan macam biasa.. macam kau cakap..relax..cool..benda boleh setel.....