Thursday, December 31

2015 - 2

April
Masa ni aku dah berhenti workout, tpi dalam masa yang sama aku telah beli satu basikal but skrg tersadai kat umah Kulai sana. Takpe nanti da dapat hilux kita angkut sekali. Masa ni aku dah mula tak jaga badan, melantak macam biasa. Masa ni jugak kenal seorang awek.

Mei
Tak banyak benda berlaku waktu bulan Mei ni, masa ni keciwa sikit pasal awek tadi lepastu aku membawa diri terjun laut. Secara tidak langsung, memberi ketenangan. Tiba2 masa aku terjun laut, awek tu datang. Hm.

Jun
Bulan 6, aku bersama awek tu. Mulalah hidup seorang lelaki yang tergilakan seorang perempuan. Gila dia tahap kena queen control. Mungkin sebab aku ni jenis "oklah, takpelah, bolehlah". Hehehehehe
Tapi seronok bila ada orang caring pasal kita. Aku saja je nk ingat sikit je sebagai nukilan 2015 ni. Jangan cakap la time ni berat badan aku naik balik. Hehhe

Tuesday, December 29

2015 - 1

2015

Tahun yang aku rasa best best best best dan sedikit sedih, sikit je. Kalau nak cerita makan masa beb. Aku ringkaskan je ye.

Januari
Aku mulakan 2015 dengan cabaran terhebat dalam hidup aku, dengan memanjat Gunung Kinabalu. Tak pernah hiking tetiba terus naik Kinabalu. Best, satu pengalaman yang aku takkan lupakan. Bayangkan duduk atas awan, pastu kau pergi mandi. Beku!

Februari
Bulan 2, selalunya aku akan sambut Chinese New Year kat kampung. Time2 macam ni aku apa lagi, kutip angpau jela. Satu lagi, membe aku kawin. Beeyo ngn Ecah kawin. Seronok la jumpa balik kawan2 lama kt wedding. Ramai yang puji aku nampak fit. Cis!

Mac
Pengalaman driving 10jam dari JB - Kedah. Bawak Myvi sendiri, seronok pergi Kedah. Membe kawin jugak. Sampai Kedah lepak dengan geng Kedah pungpangpungpang hang pasaipa biceps besaq sgt. Lepak tanjung dawai best.