Tuesday, April 12

Beria.

Beria. Bukan peria. Peria tu sayur sayuran. Kahkah.

Beria ni bermaksud "terlalu excited tentang sesuatu perkara".

Dan ia memang bad habit aku. Teruk perangai aku ni. Aku dulu mudah sangat excited, semua benda nak cerita, semua benda nak heboh.

Contohla,
Dapat awek, heboh satu dunia. Bawak awek pergi jalan sini sana. Heboh, seperti seorang yang batak like. Semuanya dihebohkan di Facebook. Dari situ korang tahu pro n con fb ni.

Tapi aku bukan nak cerita pasal keburukan fb.

Disebabkan aku beria ria sangat lah story pasal awek,  (benda yang paling obvious sekali) bila benda tak jadi, orang pun akan tahu, akan pandang agak serong 20 degree.

Benda tak jadi, tak jadi lah. Tapi biasalah melayu kita, bila benda tak jadi mulalah keluar mulut celupar "ceh haritu beria sangat berkepit comolot cium ketiak makwe pastu last2 tak jadi, hampeh."

Biasa dengar kan?
Kat sini aku bukan nak cerita tentang pemikiran orang melayu kita. Aku nak cerita tentang sikap kita. Sikap beria ria.

Sepatutnya kita bersederhana. Ada perkara yang perlu kita sorok, simpan, rahsiakan, kita keep it as secret. Hanya bercerita pada kawan rapat. Tak perlu pun pungpang kat media sosial. Kau tahu lah media ni so sial kan?

Contohlah kau nak bertunang, kos pertunangan pun dah berjuta. Last2 putus tak jadi kawin. Maruah, air muka nak letak mana. Malu weh malu.

So guys, behave lah. Rahsiakan perkara kelambu. Kahkah

Adios.

p/s: aku rasa bangang gila bila teringatkan betapa excited gila masa ada awek tahun lepas. Macam orang kena nasi kangkang.

2 comments:

IK Tia said...

kahkahkahhhhh. kena nasi kangkang ke wey? biasalah. kita ni manusia biasa. tak lari dari buat silap. aku dulu macam tu juga. duk pungpang pasal boyprenggg. alih2, nikah dengan orang lain juga. ahakssss. takpalah. ambik iktibar, jadikan pengajaran. so, ilek k. takyah nak alkisahkan sangat mulut orang. chill ahh..

IQ = Iez Qis said...

sama la macam aku epul, dulu masa aku dengan ex aku pun aku beria tulis blog macam2 (aku rasa ko pun tahu)...beria beb~ last2 tak jadi, aku frust menongggeng plus dipandang serong oleh senior aku sampai sekarang..sedih beb~ last2 hubungan aku dengan husband aku dlu memang aku rahsiakan...sederhana jer, xramai tahu, xberia tulis dekat sana sini...last2 dah ada anak sorang da pun..

betul la orang kata..bersederhana...