Saturday, April 9

Menangis!

Aku nak cerita sikit je. Dulu masa kecik2 aku kuat nangis. Maklumlah adik beradik semua lelaki, asyik wrestling je keje. Sekali sekala terhantuk kepala atas simen, benjol, menangis. Main jongkang jongket, terbang dan hentam tanah,menangis.

Tapi bila dah besar ni aku ingatkan aku takkan menangis dah. Rupanya sangkaan aku silap.

Kita yang dewasa ni menangis jugak. Bila kehilangan, bersedih. Weh come on lah, bukan sekadar kehilangan cinta ye. Kehilangan anak kucing, kehilangan ibu bapa, kehilangan saudara mara, dan kehilangan cinta Allah.

Pernah aku menangis sebab seorang perempuan. Bukan apa, sebab orang accuse aku benda yang aku tak buat. Dan disebabkan perempuan ni susah nak percaya orang lelaki, so aku jadi geram, muka nak menangis, muka hodoh weh muka macam ni. Hahaha
Boleh dikatakan perempuan ni orang yang aku suka lah. Aku tak nak put a label on someone, or some relationship.

Itu dulu masa umur 23 yo. Belum matang, macam bangang.

Sekarang aku dah tua, I think I can handle my emotion. Apa orang nak kata, aku senyum je. Kalau kita tak jaga diri kita ni, sapa lagi? Duduk dalam kubur pun keseorangan, bukan berduaan weh. Ingat tu.

Adios.

p/s: kadang2 seronok tau bila menangis, rasa syukur sebab masih ada kelembutan dalam hati ni.

1 comment:

IQ = Iez Qis said...

menangis tu tenangkan hati, buangkan resah..dun worry, just let it go.

kalau aku teringat Arwah ummi aku, aku nangis jugak tapi bukan bererti aku lemah...chill.~