Wednesday, May 4

Meroyan

Meroyan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaksud "gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dlm badan yg me­nyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dll."

Gigih aku google maksud meroyan, ternyata ianya bermaksud gangguan emosi,seperti yang kita semua faham.

Jadi lepas ni siapa yang meroyan tu, dia baru sahaja bersalin. Take note.

Zaman sekarang ni, macam2 jenis meroyan yang aku nampak. Puncanya satu je, cinta dan perhubungan.

Disebabkan kita sudah berada di zaman teknologi, macam ada wasap, wechat, fb, twiter, mudah untuk kita kenal siapa yang meroyan dan siapa yang tidak.

Kita, manusia meroyan kerana kita tidak dapat mengawal emosi. Memang bukan mudah untuk mengawal emosi, susah weh. Kejap2 nangis, kejap2 up status, kejap2 tersenyum sorang2.

Macam orang gila.

Kau nak kenal macam mana orang meroyan?

1. Sering tukar status whatsapp.
Kita selalu nampak orang tukar status wasap setiap jam. Jam 1, rindu. Jam 2, benci. Jam 3, pergi mati. Sengaja nak tunjuk kepada someone status tersebut, tetapi someone tersebut tidak menghiraukan langsung kerana dia sedang tido.

2. Sering tukar dp whatsapp, wechat dan fb
Ini memang slalu nampak, kejap2 tukar gamba yang comel, gambar yang tak comel, gambar bersama, gambar pisau, gambar darah, dan lain lain. Sengaja nak ambil perhatian. Betul tak?

3. Up twit. FB.
Meroyan di twiter, aku selalu buat. Tapi itu dulu la, meroyan meroyan xde guna, dengan harapan that someone baca the twit. Kan? Up status rindu awakla, rindu kucing awak la. Ape ape jela. Benci aku nak story mende ni sebab kena atas batang hidung sendiri. Pui.

Aku bercakap ni pun sebab aku pun buat benda benda macam ni dulu. Dan sekarang aku tengah cuba kawal emosi supaya tak meroyan. Meroyan ni sakit weh.

Macam mana aku kawal?

Redha. Tawakal. Dan jangan sayang sangat 100 peratus.

100 peratus tu sayang kat Allah je.

Adios.

2 comments:

Farhana Jafri said...

selalu kena cop meroyan padahal sembang pasal negara, ekonomi and politik hmmmm

IQ = Iez Qis said...

zaman meroyan zaman dulu kala iaitu zaman belajar. yes! memang untuk dapatkan perhatian someone...but u are right, nobody cares actually..hhaa!!

meroayan di twitter sekarang pun buat lagi, meroyan pasal kerja and so on...hal rumah tangga? big no!