Thursday, May 5

Jodoh

Jodoh. Merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud "pasangan hidup".

Semenjak aku dikecewakan beberapa bulan yang lepas (6 bulan), aku mula mengamalkan konsep "Kalau ada jodoh, adalah". Ye, satu konsep yang memudahkan hidup aku, konsep yang tidak mencelarukan hati dan minda aku.

Dengan konsep ini, aku lebih redha dan berserah pada takdir.

Sebab, kekecewaan ini terjadi bila kita meletakkan harapan yang tinggi pada sesuatu perkara. Bila tak jadi, kau kecewa.
Dan sejak itu, aku jadi peramah, terlalu friendly. Semua aku layan. Sampaikan orang pandang serong terhadap "ke-peramah-an" aku.

Orang kata aku playboy. Padahal aku sedikit pun tidak flirt-ing.
Berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Aku hanya flirt dengan seseorang yang jauh je.

Dan bila aku menyatakan hasrat aku ingin berkahwin, mereka mempertikaikan diri aku. Mereka kata, "sape nak kahwin ngan ko, ramai sangat awek", "Test awek ramai ntah dapat ke idaknye, pui".

Tak kisahlah orang nak cakap apa, janji aku tau apa yang baik apa yang buruk. Aku memilih, memilih untuk cuba pada tempat yang aku rasa ada hasil (pengakhiran) je.

Kalau takda pengakhiran pun, aku serah pada takdir dan konsep "dah takde jodoh, yang tinggal hanya bodoh".

Kah.

Adios.

No comments: