Tuesday, February 7

Susah Payah Universiti

Ramai orang takut masuk U. Aku tak takut nak masuk sebab aku yakin pada diri sendiri.

Yang takut tu maknanya tak yakin pada diri la eh 👅

Aku nak cerita sikit pasal hidup aku kat universiti dulu. Ada satu U ni, yuran bapak mahal nya. Aku pun tak tau mana mak ayah aku cekau duit masa mula2 daftar sem 1. Kan sem 1 kena guna duit sendiri dulu pastu baru dapat ptptn kan. Masa tu daftar 2k kot. Tak silap aku lah.

Bila dah dapat ptptn, duit tu pulang balik kat mak ayah aku. Kalau dapat kat aku memang aku joli beb.

Aku pinjam ptptn 28k, kena pulang balik 32k. Banyak tu.

Tapi aku tak dapat ptptn pada sem ke 4 dan sem ke 6 sebab masa tu aku hebat sangat pointer gila babi 4.5 pngk. Gila.

Terus ptptn tarik duit utk sem 4,sem 6 pun sama benda sama jadi. Masa tu Ya Allah (baru nak ingat Allah) aku mintak duit zakat, mintak duit ihsan kawan duit ihsan fama duit tuan ihsan je aku tak mintak.

Sem 4 yuran dalam rm1.8k, so aku tak dapat bayar yuran dan aku teruskan pelajaran seperti biasa. Duit makan tu pandai2 la cari. Dan masuk sem 5, aku dapat ptptn, so duit sem 5 bayar yuran tertunggak sem 4 dan yuran sem 5 lebih kurang rm3.5k. Hangus duit sem 5, lagi sekali aku cari makan sendiri. Alah orang cakap makan pasir pun boleh. Tapi aku tak makan pasir,aku makan cacing dalam pasir.

Hehe
Gurau.

Sem 6 aku dapat duit ptptn sebenarnya. Merasa lah duit kerajaan. Tapi sem 6 aku sekali lagi berjaya mendapat pointer 4.5 bapak kau hijau. Aku tertanya tanya adakah sem 7 aku takkan dapat ptptn sekali lagi?

Tekaan aku tepat dan hadiahnya aku tak dapat kegembiraan seperti student lain. Lahanat betul aku menyumpah nyumpah masa tu. Nasib baik ada duit zakat. Bolehla dapat sebulan rm100. Hmmm.

Dan Alhamdulillah aku berjaya tamatkan pengajian di sana tepat pada masa eventhough makan pun susah. Tapi masa tu hidup aku happy tiada gangguan emosi dan tidak gila.

Bila kira kira balik aku hanya pinjam, 21k jelah kan.
Ok jugak tu. Takdela banyak macam orang lain.

P/s: belajar rajin rajin. Jgn jadi mcm abg. Nasib baik sem 4 insaf dan dapat pointer 3++. Terselamat pngk abang. Kalau pngk below 2.0 sah sah kena tendang U. Balik umah kena sesah ngan bapak aku.

Adios

1 comment:

IQ = Iez Qis said...

aku ingat lagi kita mengadu masalah yang sama, aku tak dibayar ptptn utk satu sem, dah la ptptn aku dapat separuh (14k), memang aku mengampu ayah aku mintak bayar ptptn utk satu sem tu,

tapi aku hanya perlu byar 12k (kalau aku tak silap) dan aku tengah berusaha nak habiskan byr ptptn ni...hapuskan hutang!!!!