Sunday, January 29

Re-cap 2016: Februari

Gong Xi Fa Cai

Bulan Februari, terkenal dengan perayaan tahun baru cina. Biasalah. Raya cina kan. Tahun 2016 jugak aku sambut raya cina, tapi aku ni seorang cina murtad. Bila turun site je ramai cina akan speak mandarin ngan aku dan aku mula terpinga pinga.

Tapi, bila aku jawab apa yang ditanya (dalam BM), mereka pula yang terpinga pinga. Mula lah datang pelbagai soalan bertubi tubi dari mereka semua.

Antara soalan yang paling mainstream, kau bukan cina ke? Kau murtad ke? Kau sekolah cina? Kau mix? Kau makan babi ke? Kau dah kenapa?

Bertenang, biar aku jawab satu satu.

Aku bukan cina, mata je sepet. Aku tak murtad, mak aku yang murtad cina,dia masuk Islam. Ye aku sekolah cina masa sekolah rendah, belajar main2 dan mendapat C di dalam karangan Bahasa Cina UPSR. Aku tak makan babi, asal cina je babi asal babi je cina, tipikal melayu lah.

Dan lagi soalan bertubi tubi datang. Mak kau cakap cina la dgn kau kat umah ye? Kau bijak sebab makan babi ke?

Babi lu.

Mak aku cakap bahasa Cantonese, kalau melayu ada banyak loghat cina pun ada maaa, so kitorang lain2 fahaman,dia mazhab Cantonese aku mazhab Mandarin. Macam limau mandarin jugak. Ejaan dia sama beb. Bijak tu ada sedikit, bijak menipu. Tapi dalam cerita ni aku tak tipu,kalau korang tak percaya korang tanya mak aku, adakah aku masih single. Pergilah terutama wanita sekalian.

Dan aku terus berlalu,kerna tidak mahu lagi berdepan dengan soalan soalan bodoh yang biasa biasa.

Itulah yang akan terjadi tiap kali Februari dan CNY, mujur 2017 ni CNY jatuh pada bulan Januari. Paling kurang aku dah balik kampung dulu sebelum soalan begitu dipersoalkan sekali lagi.

Yelah, baru je krismas tiba tiba CNY, so mereka belum sempat sediakan soalan bodoh. Sempat aku lari.

Dan

Yang paling penting CNY dapat angpau.

Kau hado?




Adios.

1 comment:

IQ = Iez Qis said...

huntung la ada keturunan chinese.

Happy CNY !