Header Ads


Batu & Golek

Sempena Selasa ni gua exam Rock,gua nak cite pasal batu dan golek.

"If you smell what rock is mean"

Dulu,karier hidup gua bermula dengan mengkaji batu-batuan dan kerak bumi.Ini bukan karier seorang ahli gusti yang kejap keluar kejap masuk.Ini merupakan karier gua zaman kanak-kanak dulu.Gua rasa,ini bukan karier gua sorang,malah ramai lagi berkerjaya macam ni.Ramai orang cakap karier nih agak susah,sebab kena menghafal jenis-jenis batu,tapi masa gua kecik-kecik dulu gua hanya kenal tiga batu,batu merah,batu nisan dan batu gua.

Gua kenal batu merah,sebab time kanak-kanak gua selalu main backhoe,excavator semua kejadah tu.
Tak semua berpeluang bermain macam gua,sebab anak jiran sebelah tiap kali main menatang haram ni gerenti kena piat dengan ibundanya yang tercinta.Lagi satu,gua selalu jugak main korek-korek lopak air sambil membuat benteng kasi kukuh,ibarat membuat empangan sebenar.Tapi ianya sekadar model sahaja.

Batu nisan pulak gua kenal sebab tiap pagi kalau pergi sekolah gerenti lalu jalan kubur,memandangkan gua selalu pergi sekolah awal,selalu jugak nampak pakcik makcik kat kubur tuh,tengah berkebun dan menyiram pokok bunga.Kadang-kadang kalau gua pergi sekolah lewat pun makcik pakcik tadi masih bekerja.Dan gua jugak jarang pergi ke kubur,hanya sewaktu bapak membe gua meninggal dan time datuk gua meninggal.Nampak sangat gua nih budak jahil.

Pasal batu gua,gua tak perlu cerita,sebab blog gua blog hiburan kanak-kanak riang,bahaya,nanti dah tua anak beranak cucu cicit gua baca,boleh menyebabkan mereka ghairah. T____T

Golek,cerita paling lucu yang membe gua alami,masa nih gua sedang meningkat remaja,dan selalu lepak malam minggu sampai 12malam sampai 3pagi,ada kalanya sampai tak pulang-pulang.Macam biasa,ibu bapa gua seorang yang cool,mereka tahu dengan siapa gua berkawan dan tidak akan mengongkong gua,sebab diorang tahu anak mereka seorang yang baik-baik.peace.
Sambung cerita golek,time lepak-lepak ni la,seorang membe gua hendak pulang,tapi tiada siapa ingin temankan beliau.Masing-masing berpakat tidur ayam.Membe gua sampai dah menangis kerana takut dimarahi ibunya yang tak cool langsung.

Nak tak nak,beliau terpaksa berkayuh pulang.
Dalam perjalanan,sambil berkayuh dan menghisap sebatang rokok,tiba-tiba....
Serta merta beliau mencampakkan rokok beliau,dan dengan nada yang kuat...
ALLAHUAKBAR!!!!ALLAHUAKBAR!!!!ALLAHUAKBAR!!!!ALLAHUAKBAR!!!!
Disertai dengan titisan air mata ketakutan,hampir terkencing...Beliau berkayuh sekuat hati,katanya dia nampak hantu golek terbaring tepi jalan.
Esoknya,beliau cerita kat kitorang,kitorang pun cuak,masing-masing buat muka takut...Pastu kitorang mula la investigate.Lalu jalan tuh petang tu jugak.
Nampaknya,pandangan kami meleset.Kami cuak.Rupanya kotak.Bukan hantu golek.Tamat cerita golek.

Memandangkan Selasa exam Batu dan Geologi,gua rasa gua patut berkarang pasal cerita di atas.Gerenti dapat penampar.Dan gua rasa gua patut mula baca kitab batu-batu.Jangan jadi batu masa peperiksaan.
"Salam Batu Semua."

p/s:tak mainla salam 1Malaysia.

4 comments

NadiRah said...

gudluck exam..huhu

Sembang Kemas said...

hai si itik kuning!

Izyan Balqis said...

macam biasa, hrapan yg hendak dibuat, dduk la dkat2 sket..nk tiru nih!! hahaa

Sembang Kemas said...

eh terbalik,biar aku tiru kau la.

aku bukan hebat,hanya pandai sembang kemas je.

Powered by Blogger.