Header Ads


Manusia 'Genius Buatan'

Serius gua tak boleh nak update dalam keadaan bilik yang bising dan tak tenteram.
Nanti entry gua terikut-ikut dengan topik yang mereka borakkan.

Apabila tangan sudah gatal menaip,gua terasa gian dan ghairah tanpa henti.
Sesiapa yang sudah memasuki alam blogger,gua rasa,takkan boleh keluar dah dari geng ni.
Sebab benda nih dah macam Geng Yakuza,Geng 3line,Geng Mafia.

Lu tengok nih,tangan gua bergerak sendiri,tengok la,tengok la kalau nampak.
Blogger sekalian,takkan putus-putus update entry.
Lagi-lagi zaman IT macam nih,blogger tumbuh bak cendawan.
Dalam masa 10minit,seorang blogger baru akan lahir.
Pada permulaan,memang blogger baru nih akan tulis benda yang merepek.
Nak tiru gaya 'orang lame' katanya.
Orang lame pun dulu macam tu jugak,terkial-kial menaip,menaip secara membabi buta.
Macam gua la,tapi gua kekal blogger baru selamanya.

Semalam gua ada singgah blog Ben Ashaari,gua baca entry Blogger??HAHAHAHAHAHA
Gelak besar macam tuh,diberi nama perli.
Perli sebegitu,tidak akan menggugat kedudukan seorang blogger walaupun sebesar zarah.

Tapi bukan Ben Ashaari yang gelak macam tuh,dia cite pasal INI je.
Mungkin mamat yang gelak perli tuh tak tahu,bahawasanya seorang blogger ini mungkin satu hari nanti boleh mentadbir negara.Bagi blogger yang handal bercerita pasal politik dan blogger yang mempunyai idea yang bijak,satu hari nanti mereka mampu mentadbir negara.
Kalau blogger yang asyik gosip-gosip pulak,barangkali dah besar nanti boleh mintak jadi wartawan TV3.

Mungkin satu hari nanti jugak,blogger mentadbir setiap negara.
Semua blogger boleh jadi Perdana Menteri atau Presiden.
Sebab,blogger adalah seorang manusia 'genius buatan'.
Mereka menjadi genius disebabkan mereka kerap membaca artikel berguna dan pelbagai informasi di laman web.
Juga banyak memberi input dan menerima output dari luar.
Dari gathering jugak lah mereka dapat berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pendapat.
So,time gathering,jangan lah berfoya-foya je.
Bercerita la sikit pasal isu semasa negara kita ni,and kasi pendapat masing-masing.
Tak silap gua la,blogger nih banyak pendapat dan cadangan.
Ciri-ciri YB dah ada tuh.

Sebab itu lah,tujuan gua buat blog adalah untuk mencari seorang atau lebih blogger yang petah berkata-kata dan mempunyai idea yang bernas serta boleh diguna pakai.
Bukan nak buat lu sebagai barang permainan,tapi untuk kebaikan negara jugak.
kan?

P/s:Mamat yang gelakkan blogger tuh mungkin jugak tak berfikir dengan waras time tuh.
Hari tu dia lupa makan vitamin,sebab tu jadi macam tuh.
Gua bukan nak bergaduh,tapi hanya nak bidas dengan kata-kata.
Tapi kata-kata gua takdela power mana.

4 comments

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam bro
baru gua tau lu blogger

Sembang Kemas said...

hah?ape dia?

Ahmad Tajul said...

blog aku selalu merepek jew.. dah besar jadi ape erk..?

Sembang Kemas said...

da besar ak rase ko jadi pembangkang.kah3

Powered by Blogger.