Header Ads


Mona Fandey Hidup Kembali....

Warghhhh!!
Dude,tak seram ke?Mona Fandey...tak kenal?Dia nih la yang orang cakap gantung tak mati,ilmu kebal la katanya,tapi last last tak kebal jugak,mati tergantung jugak setelah beberapa jam.Ish3..ngeri beb...Kerat manusia ,seram,macam cite SAW pulak dia buat..

Menakutkan.
Kali ni cerita dia hidup kembali,biar betul....Orang cakap,tangan dia keluar dari kubur...Ilmu ape pulak kali nih..
Tak percaya?
Kita layan cerita ni...
Jom...


RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.
Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.
Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.
Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.

Credit to HarianMetro.

lokap mona fandey.berhantu?

Pergh,gua cakap sama lu,seram,kat Raub,dekat dengan Lata Jarum,air terjun paling best kat Pahang..Di situ juga terletak rumah Mona Fandey...
Ni semua abang gua punya kerja,mana ada Mona Fandey hidup balik,wakejadahell..
Ok la,jangan marah-marah..ini semua gosip..
Cin Cau.

20 comments

Mr. Asada said...

dahsyat citer mona fandey ni dlu, riuh kat mana2 orang cerita pasal ilmu dia yang kononnya power gila2.

tapi bila diceritakan kat sini, seolah-olah cerita tu dibuat-buat untuk menarik pelancong lak. kira berjaya la, sebab aku pun rasa cam nak cuba. hahaha..

Sembang Kemas said...

Asada:weh lu nak join masuk lokap ke?

kah3..try la beb kalau nak gempak lagi,try malam2..duduk dinding belah luar pun kira seram jugak la...

yang penting gua taknak masuk campur hal ghaib2 nih.

Anonymous said...

erkkk..yer kaer..tak sanggup laa.tapi dulu pasal kes dia memang sanggup laa beli buku nak baca kisah dia sebab macam pelik sikit.katanya dia susuah mati dulu sebab ada dua dua ilmu..ilmu hitam dan putih..wallahualam...moga allah dapat ampunkan dosa-dosanya dan rohnya akan tenang...amin

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

ish..menakutkan..takmo ar gi tmpt2 camtu..kang kena sawan..huhu~

Sembang Kemas said...

intan:pergh sanggup beli buku?hebakk sungguh..

takut tu takut jugak,tapi takut lagi kat tuhan.

Amin.

Sembang Kemas said...

maera:kena sawan?

histeria?

hahaha.takpe,pegang saka dia nak tak??

K said...

hahahaha. ingatkan betol :P

Sembang Kemas said...

madkhaz:kalau betol???

zUlaikha rAzak said...

perghh..hembus2 kat tengkuk, naseb aku duk gombak.,

Bro Framestone said...

peh.. ade benda yang die xlepaskan lagi la tue...

apelyna said...

cis, aku pecaye. dem. .mudah terpedaye

Sembang Kemas said...

ika:gombak dengan pahang bukan dekat2 ke?jaga-jaga.kah3

Sembang Kemas said...

BroFramestone:ada lagi benda tuh,dia suh benda tuh ganggu pak guard la tuh..

Sembang Kemas said...

apel:aku tak tipu la,,ada lagi dia,dia jadi hantu..

Izyan Balqis said...

lata jarum tu xsmpai pn 5km dri kg bf aku....ingt nk pi sana kalau pergi kampung bf aku tu....seram gak kat sne...siyes ceruk!!

Sembang Kemas said...

kampung gua pun kat sana jugak,sebab tuh gua tahu semua tempat,lata cekas tau?

umah mona fendi pun gua penah tengok,bersemak.

Mama Ta said...

pul, jom kita bermalam kat sana? haha

Sembang Kemas said...

@Dayana Nasir

aku takut ko yang jadi Mona Dayana.

Pergh seram aku dengar nama tuh.

kah3..
Ada bran tak?

Anonymous said...

Hahaha

Anonymous said...

Kg aku pn kt sane jgk.umah nenek aku kt pamah kulat,x smpai 10 mnit da smpai umah mona fandy 2..

Powered by Blogger.