Thursday, June 9

Cinta Monyet

Kalau dulu masa muda-muda remaja,orang panggil gila-gila remaja,mesti ada pengalaman cinta monyet kan?Bagi gua definisi cinta monyet ni ialah sesuatu perasaan suka,bukan cinta dan kasih sayang macam cinta dewasa.Sekadar bersuka-suka.Melepaskan gersang orang kata.

Gua pun dulu pernah hadapi benda macam ni.Gua bukan nak kata gua hebat,tapi gua dulu memang ada ramai awek.Tapi awek yang gua dapat dari chitchat kat #kampung guna mIRC dulu.Mesti lu penah main chitchat ni kan?Oldskool beb.Teringat pulak kat chitchat #kampung tuh.HAHA

Lepas je gua chitchat,terus mintak number,malam tu mesej terus awek.Dan sebelum jam 12 malam gua akan try tackle awek tu,walaupun gua tak tahu macam mana muka dia,gua tibai saja.Kalau si Aminah tak terima gua try la Afikah pulak kan.Mentang-mentang masa tu,CELCOM kan ada bagi free lepas 12 malam,memang main spam jela mesej tu.

Awek-awek yang gua tackle semua jauh-jauh,gua time tu form 3.Disebabkan cinta dekat gua tidak dibalas,gua ambil keputusan untuk tackle awek jauh.Gua rasa ada la dalam 5 orang awek,dari Perak,Sabah,Selangor,KL,dan N9.Sekarang ni ntah mana dah ilang awek tu semua.Agak agak ada kat sini tak?

Yang Sabah Perak dan KL tu lawa,sebab dia pernah antar gamba kat gua.Time tu mana main facebook ni,main post office je beb.Beli sampul surat cantik-cantik,kasi bau air liur kat setem sikit pastu tampal masuk kan dalam peti merah,murah sikit.Setem 50sen ape la sangat kan.

Tapi sekarang bila gua praktikkan kat dunia sebenar,ia tak semudah itu untuk dapat awek.Gua dapat simpulkan yang awek-awek sekolah senang dapat,ayat manis sikit boleh dapat dah.Nak tahu taktik ape gua guna dulu?Guna taktik yang Seth Tan guna kat NoraElena tu la.Dia tiru ayat-ayat gua.Abes la lepas ni susah nak cari makan beb.

So,cinta monyet gua macam ni la,sekadar awek jauh jauh.Dan tak pernah ada yang dekat.Cuma sekarang je baru dapat awek dekat.Bahagia tak macam awek jauh.Tapi gua perlu kurangkan date,takut terjadinya maksiat.

ni bukan kera dapat bunga,tapi cinta kera.bunga = awek


-adios-

5 comments:

Rafidah Farhana said...

HAHAHA, Seth kee?? -.-''

Tak kiralah perempuan cepat cair ke tak, harapnya masing2 akan jaga harga diri :)

Ruby Dane said...

saya suka long distance relationship! :D

Sembang Kemas said...

haha.tak caya ke?gua la kasi taktik ngorat kat seth tan.ramai yang tak percaya.

Sembang Kemas said...

ruby:haha gua tahu pakwe lu jauh kan?haha

Ruby Dane said...

HAHAHA. shah alam dan cheras agak jauh gak la. nak kuar dari shah alam mmg susah la sb gua malas kuar. hehehe.