Header Ads


Jakun

Semua orang ada sifat jakun,gua dah tak boleh nak sangkal lagi statement tu.Lagi-lagi orang melayu ni memang jakun,termasuk gua sekali.Macam biasa,kalau nak buat pendahuluan mesti kena ada gaya penulisan budak tingkatan 5 kan?

Nak cerita pasal jakun ni,baru-baru ni tempat gua ada buat pelbagai event,konon event yang boleh menarik minat pemuda pemudi kat kawasan yang gua pegang ni supaya keluar dari rumah.
Dekat pasaraya sebelah rumah gua,lintas jalan empat line,sampai...kat situ ada la krew-krew A&W datang.Nak tengok ramai tak orang beli makanan segera ni.

ambik kau,nampak sedap bukan?

Memandangkan gua dari JB aritu dah gua mencari A&W,so gua tidak melepaskan peluang ini.Dapat jugak layan tekak gua dengan air rootbeer float.Pergh layan,kalau dapat cawan besar lagi kaw.So,bila datangnya krew-krew ni,mestilah orang kampung semua pakat nak datang merasa makanan segera ni.Abes semua penghuni dari pelosok kampung datang membeli.Dan gua perasan ramai yang gua tak kenal.Ini tanah tumpah darah gua,dah 22 tahun gua menetap kat sini,tapi tak pernah pulak gua nampak budak-budak muka sememeh macam ni.Lagi-lagi mat rempit.Mat rempit pun layan A&W?Citarasa besar weyh!

Nak beli makanan ni,kena beratur dari kaunter sampai ke tengah jalan,ada yang kena gilis kereta tadi.Okay gua tipu.Tapi memang beratur panjang la,sampai ada yang buat formasi huruf L dah gua tengok.Ni la kerja gua,kondem orang.Gua duduk tepi longkang,layan burger dan rootbeer sambil cuci mata.Ramai gadis berkeliaran.

itu dia,kawasan yang gua pegang,bandar ayam kampung

Lagi satu event,pesta tasik,ataupun pesta air,datang bersama-sama dengan satu company funfair.Gua tak masuk lagi funfair ni,sebab gua takut ada yang gua bolot semua hadiah tu.Gua tunggu poket kering baru gua masuk.Dan satu lagi,gua tunggu dangdut masuk,baru boleh pergi.Layan.

Tapi semalam,lepas je kena ribut,pesta air senyap sunyi,dengar kata pesta tasik ni ambik masa sebulan.Tapi dah 2 hari gua tengok macam dah takde orang dah.Sunyi.Maklumlah,kawasan luar bandar.Hanya lampu funfair je yang gua nampak.
Sebab ribut aritu,abis semua kanopi terbang masuk ke dalam tasik.Hebat.Dan lingkup semua gerai yang berniaga di situ,maka perniagaan mereka tiada untung.Sewa tapak je mahal.

So kesudahannya,memang lu akan tersumbat la kalau duduk kat kawasan rumah gua ni.Tak tahu nak buat apa,sebab tu gua duduk rumah tulis blog je.

8 comments

vampire's lovex said...

penulis blog tegar,haha.. konon terer la tu,xnak masuk funfair takot bolot semua hadiah.haha.aku salu fail time nak tembak teddy bear..malu satu hal,membazir lagi huhh

AnakPakZohar said...

huhuhuhu.... pes time tau bandar ayam kampung.. huhuhu

miss cherreyda said...

saya mengaku semmg nye kdg3 sy jakun jgak =,= hehe

Sembang Kemas said...

vampire:haha..bese la tuh,tegar tak tegar mana sangat la kan.

haha,aku takpenah main funfair sebab aku tau akan membazirkan wang,serius tak pernah.

Sembang Kemas said...

yadz:haha.tu la dia,maran bandar ayam kampung,ayam kampung banyak kat sini kot.tahu jengka tak?jengka letak dalam daerah maran ni..itu fakta

Sembang Kemas said...

cherreyda:haha,biasa la tu,gua pun jakun jugak,bukan jakim tau

Unknown said...

maran? mana lah tu?

haha,siapa ko dah pegang dah area tu?

ayam,ayam..

miss cherreyda said...

HAHA . of cos la taw ;)

Powered by Blogger.