Saturday, June 25

Kelebihan Bapak Buta IT.

Buta IT,orang selalu cakap teruk,ketinggalan zaman,tak up-to-date dan macam-macam lagi.Semua buruk la orang cakap.Budak-budak zaman sekarang kan dah uptodate,darjah 1 dah ade blackberry,iphone,ipad,dan macam-macam gadget terkini,sedangkan orang tua-tua layan blueberry je.Orang dewasa layan hanset ada aerial tengok TV je.Tu pun dah cukup hebat.Kalau orang tua-tua tak pandai internet sikit mula la kondem,buta IT buta IT.

Tapi kau tak tahu pulak kan kelebihan bila orang tua tidak pandai guna benda alah semua ni.Sebenarnya banyak kelebihan kat orang tua bila tak pandai guna barang teknologi ni.Lagi-lagi orang yang berbini dan berkeluarga. Diorang dapat banyak kelebihan dari kebutaan mereka ni.

Macam bapak gua,tak geti guna handset walaupun nokia3310,handset lampu picit,handset botol air.Semua bapak gua tak geti.

Aku suka bila bapak aku macam tu.

Kenapa?

...............
...............
...............

Satu,
Bila bapak aku tak pandai guna handset,bapak gua takkan mesej atau call awek lain,tak kisah awek muda,janda,bini orang,malah bapok sekalipun.

Haritu mak aku ada cerita kat aku pasal ni.
Begini dialognya.

Mak : Ayah awok tu tak geti langsung nak guna handset susah betul bila bagi dia handset tapi tak geti nak guna..
Aku : Alah mak,biarla ayah tak geti nak guna handset.Takleh la dia nak mesej awek lain.

Terus mak aku terkedu.Lalu sengih tanda setuju.Aku gelak besar masa tu.Tak pernah aku bergurau dengan mak aku sebegitu.

Dua,
Bapak aku takde facebook,so dia tak boleh la add awek-awek yang dedahkan lurah dan bukit serta hutan simpan.Dan dengan itu,terhalang dari dosa yang sia sia.Cuma anak dia ni je yang tak geti bahasa asyik usha awek awek cun.Maaf.

Tiga,
Bapak aku takkan habiskan masa depan laptop.Kalau tak,gerenti dia nak on9 je guna laptop sampai aku tak boleh nak update blog.Dan bapak aku akan habiskan masa bersama keluarga dengan menonton WWE di rumah.Itu lebih baik.Walaupun ada DIVA-DIVA dedah sana-sini.

Jadi kau rasa kelebihan pada bapak aku atau kelemahan?Aku rasa kan kelebihan lagi banyak cuma aku tak geti nak explain kat sini.Kau rasa?

Jadi aku nak ucap SELAMAT HARI BAPA kepada bapak aku,walaupun terlambat.Haritu aku tak sempat update pasal Hari Bapa 19 haribulan haritu.Kau tahu kan kenapa?





10 comments:

aidamohdnazib said...

weh, sebenarnya paling best, dia tak leh stalk kau..fb ke, blog ke..amende lah semua..cube dia bace blog2 kau?? agak2 ape jadik?? sendiri mau pikir laaa..HAHA!

syaimz said...

selamat hari bapa oldschool.

Ifti Larina said...

tersangatlah setuju.
tak perlu berbangga bapak pki bb iphone etc.

sergeant keroro said...

haha, nice!! XD

bibi bibo said...

hahah , untung la ade bpk mcm tu .

miss cherreyda said...

HAHA . nakal jugakk . ite ade tepon mase form 2 . budak3 ney darjah 1 2 da de . =,='

Ecah Ecot said...

abah ecah xreti guna phone pon ade hati nk guna BB..hehe...

EZAN IDMA said...

ada kelebihannya di situ. bapak aku geti jawb kol n buat kol je. haha

Namee Roslan said...

anak yang jahat! hahah. tapi kalau bapak kau ada bb ke..dia tak reti pakai..kau boleh ambik. pakai atau jual balik ah! hahah. mcm papa aku pun... bab2 computer ni kureng ah...so dia mmg xkan dpt cari blog aku smpai bila2 kot. ngeh ngehe.aku merapu apa dalam ni pun dia tak tau..hahah

Sembang Kemas said...

namee:haha,alah kalau bapak aku tak geti guna laptop pastu bapak aku beli laptop,so tak gerenti dapat kat aku,sebab aku ada 7 orang adikberadik,takpun mak aku yang dapat.HAHA.

nasib baik la,aritu mak aku tanya,awak tulis apa tu dalam blog?mak aku nak baca apa aku tulis,mampos.