Header Ads


2030

Tahun 2030,masa ni gua dah berumur 41 tahun,

Gua sudah ada anak,tak kisah lelaki atau perempuan,

Anak gua diberi nama Aminah jika perempuan,dan Amin jika lelaki,

Amin: Papa,Amin nak keluar kejap pergi minum dengan membe-membe,dekat OldTown Mak Limah.
Gua: Beres!Pergi lah kau,jangan bawak balik perempuan sudah.

Aminah: Papa,Mina nak keluar kejap pergi karoke.Boleh?
Gua: Boleh,pergi lah kau,jangan balik mabuk sudah.

Amin: Papa,Amin nak pergi memancing boleh?
Gua: Boleh,jangan pancing bitch kat lorong kunyit tu sudah,cari yang elok-elok ye nak.

Aminah: Papa,Mina nak pegi shopping boleh?
Gua: Boleh,tapi jangan guna duit papa taw.Guna duit sendiri.

Dari dialog di atas,gua gayanya berkata semua boleh kepada anak-anak gua.Jangan bilang tidak.Never say never.Bukan suruh anak gua jadi Justin Bibir.Tapi suruh anak gua jadi bijak dari pengalaman.Bukan suruh anak gua bijak mencalat awek,tapi bijak memikat awek solehah.

Tapi walaupun gua berkata boleh,gua tetap ada syaratnya.Kena main ayat kias sikit dengan budak-budak.Tak boleh nak paksa-paksa.Takut mereka boikot gua,terus rosak anak gua.

Gua kata boleh,tapi gua akan kata "Jangan buat jahat sudah"

Kalau gua nampak anak gua playboy,gua sebat.Nak berkapel biar satu,nak beromen kawen dulu.Anak tak anak,sape langgar dia pecah.

Kalau nak hisap rokok,mintak kat gua,jangan mintak kat pakwe kau.Nanti pakwe kau bagi rokok hidup baru kau tahu.Kalau dia hulur rokok hidup,kata taknak.Sambil tangan di mulut.Cakap busuk.

Gua ajar anak gua macam ni sebab bapak gua telah mengajar bapak gua dengan cara ini.Lu dah besar,lku dah pandai pikir.Lu bukan anjing kan?Lu paham baik jahat kan?Kalau setakat pergi karoke pergi mengeteh gua tak kisah.Kalau gua jumpa lu kat kelab malam,gua terajang lu macam Shark terajang konco Jai.

Bapak gua ajar gua macam ni,supaya gua pandai dan bijak dalam hidup.Lagi satu nanti gua nak ajak anak gua pergi menoreh getah.Supaya diorang tahu macam mana nak cari duit,bukan senang.Kasi anak gua badan ketak-ketak sikit.Baru orang pandang,macam Malik kan?

10 comments

Dzarief Zuhdi said...

bagus la anak lu.. bapak dia pun bagus..haha

apelyna said...

hah. biler ko nak beranak ni?
hehe

Rafidah Farhana said...

Macam cara mak ayah aku la. Dia kasi je aku rasa pengalaman hidup, jgn jadi manja. Yang salah diorang tegur.

perempuan said...

bila 2030, umur aku dah 40. eh eh molek lettew. muahaha.

aQi + GenGkey said...

bapak..
fikiran lu sgt futuristik..
tp gua risau anak lu lbey2 sgt t lu gak susah nk kawal...
keh3..:D

Namee Roslan said...

bapak..mina nak berak?

bapak: jangan berak merata2 sudah.

semua boleh. best nya jadi anak kau. namee binti sembang kemas. hahah

Unknown said...

ko memang boleh jadi seorang bapak yang berkaliber. penuh dengan kasih sayang tu. haha

Flower Detox Tea said...

kalau diorang tak belajar hidup susah,diorang takkan hargai hidup senang kan..

Sembang Kemas said...

zarip:haha,bapak ajak anak main dota.

apel:haha,mintak2 aku tak mandul.

RF:like that lah,macam mak bapak gua,ajar gua macam tu.

perempuan:eh eh molek ea?bini ke2 pun bolehhhh...haha

aQi:yang melebih2 tu gua parang je sebelum dia membiak jadi virus ajar adik2 yang lain.

namee:mina itu kalau terbalik jadi nami,kan?haha.kau nak jadi anak aku yang solehah tak?

syaimz:ganas2 gua pun hati tisu.haha

GPT:pandai,kalau asyik2 kereta pakai duit bapak,lingkup la bapak kan?

Namee Roslan said...

lain kali cuba ah pakai nama nami.hahah. apa watak kau nak letak. haha

Powered by Blogger.