Header Ads


Cinta Antara Dua Darjat

Selamat.Bukan Kassim Selamat.Juga bukan idlan si abang kasim.

Rasanya dah lama gua bersara dari jadi dokter cinta,ini semua gara-gara entry cinta yang lepas yang tidak menjadi.Harap kali ni menjadi,selalunya gua takkan ajar pun lu bercinta macam mana,dating pakai apa.Setiap orang ada rahsia tersendiri,terpulang jika nak kongsi.Nanti nanti la gua kongsi.Tak kongsi kang mati.

Dapat idea nak tulis setelah setengah jam cangkung kat tandas.Apahal gua selalu begini?Ada bau lagi,supaya lu orang tak tertido semasa baca ni.

Lu bisa dengar ayat ni?

"Ah!Kau tidak layak bersama aku,aku lebih kaya dari kau."
"ayang tahu ayang tidak sekaya abang,biarlah cinta kita sampai di sini saja"

Bisa dengar kan?Ayat begini digunakan oleh si perempuan kepada si lelaki,atau viceversa pun boleh jugak.Mana-mana yang lu suka.Gua punya komen berdasarkan petikan di atas,si perempuan berkata begini seolah-olah tidak mahu meng'kaya'kan diri sendiri.Dah macam loser dah.Kalah dalam hidup.Walaupun si lelaki tersebut bongkak,lu jangan mengalah.Gua bagi tips sikit macam mana nak jawab.Lu jawab macam ni.

"abang,walaupun ayang tidak sekaya abang,bila kita kahwin nanti kan harta abang harta ayang jugak,harta ayang bukan milik abang tauuuu."

 Jangan mengalah dalam hidup,pasti setiap masalah ada penyelesaian.

Lu bisa dengar ini tak?

"ah kau belajar tak tinggi ada hati nak ngorat aku,kata perempuan."*bukan kau anecdote.HAHA
"aku tahu aku hanya setaraf dengan budak SPM jetak layak nak kawan dengan awak,kata laki."

Haha.ini cinta jenis dua darjat bab pelajaran.Si perempuan belajar al-azhar,laki sekadar pomen motor.Setibanya si perempuan di Malaysia.Si pomen terpikat pada si pelajar hebat.Setelah ditolak,si pomen merasa dunia tunggang terbalik,seperti ditiup sangkakala.Tapi laki ni tak sedar,dia ada banyak penyelesaian.Dia ni dah ibarat seperti nak jadi bodoh selamanya.Kalau nak sambung belajar kang takut lama sangat,nanti si perempuan dipikat lelaki lain.So ikthiarnya macam ni,

"awak apekata kita kawen terus,walaupun saya bodoh,bila kawen nanti saya akan jadi cerdik sikit-sikit,awak kan boleh ajar saya,lagi satu kita dapat hindarkan diri dari maksiat kan?"

Kalau cakap macam ni gerenti awek tu cair gila babeng punya wa cakap sama lu.

Lu bisa dengar ini tak?

"aku cantik kau hodoh,takde kelas couple dengan kau."
"saya tahu la saya hodoh,jangan la sebut kuat-kuat,kang orang muntah."

Ini ayat paling common la gua dengar.Ramai yang memilih,tahu la lu cantik orang lain hodoh.Jangan la nak perlekehkan orang lain.Tak baik,mak gua sangat marah tau.Tapi si lelaki jangan risau jika lu hodoh sekalipun,asalkan hati lu baik.Satu hari nanti lu gerenti dapat bini cantik punya kalau hati lu romantik dan baik.Walaupun muka hodoh,gua atau lu kena la pandai main mulut.Ayat kena manis.Tapi jangan la manis tidak bergula.Jangan janji kosong.Kalau lu pandai ayat awek cun tu gerenti dia tak pandang muka lu dah.Janji boleh buat suami,itu dah cukup.Si lelaki patut jawab begini

"awak walaupun saya hodoh,saya punya hati tak hodoh macam hati awak tau."
Gerenti kena lempang satu das.Takpe,lu jangan elak.Biar dia rasa pedih,sekurang-kurangnya lu puas hati ditampar kan?

Bisa dengar ini tak?

"awang!Mak taknak kau kawen dengan minah sepet tu tau,diorang tak setaraf dengan kita!"
"errrr.........kelu awang."
Kalau dah macam ni gua rasa kalau gua,gua ikut cakap mak gua.Gua taknak derhaka wooo..Tapi mak gua bukan macam ni..
Gua ada solution pada yang berdegil nak jugak kawen tanpa izin ibunya.Tak perlu kawen lari,cukup sekadar bermain kata dengan mak lu.Cakap macam ni,

"Mak oooo mak,biar dia tak setaraf dengan kita pun,nanti kawen dengan awang dia jadi la setaraf kan?"
 Gerenti esok orang kampung letak tugu lu kat tengah-tengah kampung,tajuk tugu,akibat disumpah ibu.

Adios.

6 comments

Rafidah Farhana said...

Fuh! Itulah kehebatan cinta dua darjat, awalnya indah akhirnya musnah.

Oh, restu ibu tu betul jugak, bahagia dua darjat pun, merana esok lusa kena sumpah.

vampire's lovex said...

tapi org skrg kan mulut lepas,,memang nasib la sapa yg main fire depan2 ni hahaha..

darjat boleh bawak ke mati plak kan..wohhaaa

Unknown said...

yg penting hati ooo

eZmALiZa said...

mmg ade certain family yg mementingkan darjat dalam memilih ahli baru dalam keluarga ni... tapi bile fikirkan balik, bukan semua aspek yg menjadi perhatian tu tepat...

semua lampu mengeluarkan cahaya yg sama..tapi bukan semua cahaya datang dari lampu yg sama...

renung2kan dan selamat beramal =)

Namee Roslan said...

apa ssh...lari kawen kt golok je lah.hahhaha. tp pastu cerai berai tanggung sendiri lah. cinta usia jauh mcm mana plak?

Sembang Kemas said...

cinta jarak jauh?itu aku belum pernah buat cerita lagi,nanti aku buat cerita ye.haha

Powered by Blogger.