Friday, July 8

Confuse

Ada sorang rakan aku tanyakan satu soalan pada aku,

"Antara kerajaan dan pembangkang,mana satu kau pilih?"

Aku?Ape aku undi?Aku sebenarnya tak tahu mana satu aku nak undi.Kalau salah mengundi takut bahana negara.Kalau tak undi dosa kat tuhan.Tapi mendaftar mengundi pun aku belum lagi ni.Umur dah 22,tapi belum mendaftar.

Salah satu sebab kenapa aku tak tahu,kerana aku confuse.Confuse dengan media massa yang banyak mengisahkan tentang kotornya politik.Orang kata jangan percaya pada media,tapi kalau tak percaya media,sape kau nak percaya?Nak ke kau pergi siasat satu persatu?Jadi orang kerajaan,pergi intip rahsia kerajaan,pergi pembangkang intip pembangkang.Aku bukan detektif conan.Aku sekadar rakyat jelata biasa.

So,buat masa ni aku nak undi pihak yang boleh bagi kehidupan,boleh bagi keamanan,boleh bagi kebebasan.

Ada orang yang tak suka dengan kerajaan,sebabnya,mereka tidak merasa lagi pembangkang yang memerintah negara.Sebab itu mereka berkata pembangkang ini betul dan telus serta tulen.Tapi aku confuse,confuse dan confuse.Tak tahu mana satu yang betul dan mana satu yang salah.

Mana taknya,tiba-tiba esok keluar berita orang kerajaan makan rasuah.Pembangkang terlibat dengan kes kes yang kotor dan gejala tidak sihat.Lihat,hanya segelintir yang makan rasuah,hanya segelintir yang terlibat dengan kes kotor.Segelintir hanya.Tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Orang mudah buat andaian dan kesimpulan,ini kotor ni.Aku tak tahu mana satu betul,sebab media pun menipu.Bukan berita sahih,kalau berita eksiden dan berita niaga,aku percaya lagi.

So buat masa ni aku ikut bapak aku,apa bapak aku pilih,itu yang aku undi.Sebab aku confuse.Kalau bapak aku kaya dan jadi calon bebas,aku pangkah bapak aku,sebab dia kan bapak aku.

Apa kau akan pangkah bila tibanya hari mengundi?

Kerana satu undi,orang lain jadi menteri,bukan orang melayu.Bayangkan negara jadi macam Pulau Pinang?Amacam?Rasa takut tak?

5 comments:

aidamohdnazib said...

errkk?? pehal politik pulak dah blog kau nih?? errr..takut aku nak singgah..bhahaha

Dzarief Zuhdi said...

PP nightmare kot.. dulu ler.. skank tak tau ler.. ngeh

Rafidah Farhana said...

Seriously aku sendiri tak tahu. Aku pun belum cukup umur tapi bila fikir dua-dua pihak, macam tak ada apa aku dpt sebagai rakyat kalau undi pun. Politik memang kotor.

Anyyss Shuhaimi said...

politik skg kotor..nak rosakkan undi ke dok?

aQi + GenGkey said...

setiap undian adalah rahsia bro..:D