Sunday, July 10

Kalau Perhimpunan Bersih Diadakan Pada Hari Bekerja

Mengapa mesti hari cuti?Aku dah tahu jawapan,kau takyah jawab,aku boleh jawab sendiri.Sendiri tanya sendiri jawab.Gilo.

Jawapan:
Hari cuti baru la ramai yang join perhimpunan kan?

Tapi kalau perhimpunan sekolah,hari sabtu lenggang,takde orang.Cuti sekolah kan?*merepek

Kau pernah terfikir tak kalau perhimpunan bersih diadakan pada hari bekerja,monday tuesday wednesday thursday friday.Mesti lagi gempak kan?Orang kat tepi jalan tengah nak pergi kerja pun boleh terjoin sekali kan?

Bila perhimpunan diadakan pada hari bekerja,
Tengah pakai baju kemeja ni,tiba-tiba ada orang bagi t-shirt kuning,terus tukar macam superman.Mula-mula cari pondok telefon kaler merah,pastu tiba-tiba berubah.Henshin.Berbaju kuning,logo terbaek dari ladang BERSIH dengan tanda Nike sekali.

Tapi masalah dia,dia tak boleh terbang.Cuma boleh berkawat macam time hari kebangsaan.Apa kata nanti hari kebangsaan pakatan bersih ni berarak sekali dengan baju kuning?Baru nampak lebih sayangkan negara kan?Memperingati hari kemerdekaan negara.Baru patriotik.Kan?Cuba buat macam tu,baru lagi best.Lagi best macam myvi.Kan?

Bila perhimpunan diadakan pada hari bekerja,
Pekerja boleh mintak cuti emergency pada majikan,mintak la cuti dengan alasan "bos,cuti harini,jamm 4 jam dah ni please la boss"
Gerenti boss kau bagi punya la,bila dah dapat cuti,kau boleh la join sekaki dengan diorang.Kan?Kereta kau boleh parking depan pejabat kau.Takpun tepi jalan pun takpe,takde orang nak sebat kereta kau,sebab orang semua sibuk nak join perhimpunan,termasuk kutu rayau dan peragut.
Bila perhimpunan diadakan pada hari bekerja,
Kau boleh dapat satu hari cuti,sebab majikan pun gerenti takut nak masuk bandaraya kan?So boss bagi cuti,takut la pekerja mereka turut tercedera.Kalau dah sakit atau tercedera,hilang la satu pekerja yang berwibawa.Lagi satu,bila cedera,dapat cuti bergaji kan?
Kalau aku sebagai boss,dah lama aku suruh pekerja aku cuti,dan bagi amaran,sesape yang terlibat akan dibuang kerja.HAHAHA.Kalau aku boss la...Tapi aku sekadar kuli je buat masa ni.Boss gua cuti,mungkin dia pergi perhimpunan tu kot.Tak baik fitnah.grrr!

Bila perhimpunan diadakan pada hari bekerja,
Peniaga mungkin kurang risau sebabnya orang lain pun bekerja,jadi tiada gerai yang akan ditutup.Kedai makin laris,aku rasa kalau aku bukak gerai minum kat tengah-tengah orang berhimpun tu gerenti kedai aku laku gila.Yela,penat menjerit,haus,gerenti singgah kedai aku kan?Kalau aku ada kedai la kat situ.Tapi disebabkan kedai semua ditutup,kedai yang paling laris aku rasa McD,dibuka 24jam.Yang lapar tu gerenti singgah sebentar kat McD tu.Sebab kedai lain dah tutup kan?
Bila perhimpunan diadakan pada hari bekerja,
Aku rasa aku tetap akan teruskan bekerja,sebab kalau aku join perhimpunan ini sekalipun,takde makna nya,orang takkan sedar kewujudan aku,melainkan aku yang lempar molotov kat FRU,gerenti orang akan kenal aku,sebab akan masuk TV.Tapi aku takkan terpengaruh,walaupun perhimpunan ini dikatakan berjaya.Memang.Kerajaan sudah dengar suara rakyat.Apa yang rakyat nak.Jadi mungkin sekejap lagi ada penambahbaikan dalam sistem pentadbiran negara Malaysia yang tercinta ni mungkin.

Bazir masa kalau join,sebab aku rasa kalau aku cuti pun aku takkan ada gaji,baik aku kerja bagi menambah modal hidup dan demi mencapai matlamat aku untuk mendapatkan satu laptop persendirian.Lepas ni lagi senang aku nak update blog.Sudah tamat perhimpunan,alhamdulillah tiada apa yang tidak diingini berlaku,mujur tiada.

Mujur aku duduk di daerah terpencil,jauh dari KL dan kawasan kampung yang hanya mementingkan diri sendiri.Adakalanya bagus jugak duduk kawasan terpencil ni kan?

3 comments:

aQi + GenGkey said...

kerajaan mmg dgr suara rakyat..
cume kerajaan x buat sume nye ikut kehendak rakyat bro...
rse nye mne2 pemerintah pun same..
pembangkang tu aku tgk bnyk je yG kaye2..
xde pun sedekah kt aku kereta sbiji..
keh3..:D

Sembang Kemas said...

dua dua tak pernah kasi gua laptop.kasi yang cikai pun gua bersyukur la.

sape nak suap gua cepat,kasi gua laptop gua undi dia.haha

Fariduddin El-Islam said...

bersih tdk ubah seperti transformer: dark of the moon

http://ridoma.blogspot.com/2011/07/bersih.html