Header Ads


It's All About Me.

Kali ni biar gua bercerita tentang gua pulak,asyik asyik cerita tentang orang je,asyik asyik tembak orang je.Sekali sekala kena la bagi entry santai kan?Nanti orang makin jemu pulak tengok blog gua ni cerita sama je.Asyik asyik bersih bersih bersih.Baik gua pergi bersihkan diri dari hadas besar.

Ok la,tentang gua,ni tentang sikap gua.Sikap positive ada,negative pun ada.

1. Pendendam
Orang kata,orang yang kuat adalah orang yang boleh kawal kemarahan diri,kawal emosi.Tapi gua bukan seorang boleh kawal marah,sebab gua ada sikap menyimpan dendam.Bagus jugak,sebab tak lepas marah kat orang,kat dinding je.Kalau depan-depan tu,gua cool lagi la.Sebab nak tunjuk macho depan awek ataupun nak berlagak matured depan adik-adik dan kawan-kawan.Tapi hati ni siapa tahu sakitnya.

2. Pemalu
Gua ni seorang yang pemalu,bukan malu-malu kucing tapi malu.Sikap malu tu orang cakap bagus,boleh hindarkan diri dari buat maksiat.Tapi gua dating depan orang ramai tarak malu pulak ye?Sebab malu la gua dating depan orang ramai,takut orang mengata yang bukan-bukan,nak hindarkan fitnah.Sebab gua takut memalukan keluarga.Tapi bila sifat malu ni ada,orang kata aku sombong,lagi-lagi kalau perempuan yang tegur,mula la gua gelabah macam babi nak sondol pokok.Bila malu,gua senyapkan diri.Lalu mereka simpulkan sembangkemas seorang yang sombong.erk.

3. Kurang bijak manage diri
Gua seorang yang tidak pandai manage diri sendiri.Kalau buat jadual harian,gerenti gua tak ikut,sebab gua kurang disiplin dalam diri.Tapi bila ada orang manage gua,boleh la gua disiplinkan diri.Contoh,kalau kerja,gua akan kerja,tepat waktu dan tidak akan membantah walau satu pun cakap bos.Ibarat gua ni seorang kuli yang membabi buta,orang suruh buat tu aku buat.Tapi kalau orang suruh aku makan taik,aku lempar taik kat dia.Serius ni.Sebab tu gua kadang-kadang berfikir,macam mana kalau gua jadi bos,apa gua nak buat?Gua tak tahu,serius tak tahu.

4. Boros
Ini boleh masuk kategori nombor 3 tu,tapi memandangkan gua nak explain panjang-panjang,so gua asingkan.Gua ni kalau dapat duit,laju je abis,macam minum air redbull spelet,sekali teguk je boleh abis.Bayangkan gua abiskan RM1500 dalam masa satu bulan,ntah gua tak nampak hasilnya.Barang pun takdela banyak,nak kata kasut berlambak,takde,jam tangan?Gua pakai yang free punya.Satu je gua boleh nampak mana hasilnya,perut gua.Duit abis ke makanan.Tak percaya?

5. Pendiam
Gua kata gua pendiam,lu jangan tak caya pulak ye.Kalau gua membebel pun,kat blog jela,kalau depan-depan serius lu takkan dengar apa yang gua cakap,sebab gua bisukan diri gua,lagi-lagi kalau orang yang gua baru kenal.Kalau pergi gathering,gerenti gua rasa gua sorang-sorang je.Tambah dengan sifat pemalu gua,gua rasa gua double pendiam.Kalau setakat HUHAHUHA kat facebook tu,boleh la,sebab sukahati nak tulis apa.Kalau depan-depan,harap maaf la,gua tidak sepetah operator celcom.

6. Suka Maki Hamun
Kalau bab maki hamun,bagi kat gua.Sebab gua boleh je maki hamun,tapi maki depan-depan gua mintak maaf la,gua ni pemalu sikit.Tapi kalau maki hamun kat blog atau facebook,bagi gua.Gua tahu lu pun hebat maki hamun,cukup sekadar dengan dua perkataan.F dan U.Lepas tu,B dan H for Butuh Hang.P dan M for Puk**M**.Fikir sendiri.Kalau kat facebook gua selalu juga buat,tapi kalau depan-depan kalau setakat gurau-gurau gedik tu boleh la.Gua tak pernah lagi maki membe-membe gua.Pernah ke?Maaf maaf.

7. Aku
Ramai orang kata gua ni orang Kedah,sebab dengan menggunakan tajuk blog sembang kemas,gua ni orang Kedah.Bukan bukan.Gua hanya terpengaruh dengan membe-membe Kedah gua seperti Dzarief Zuhdi,paob,apit dan Fizi Hamid.Kenapa ada nama yang menggunakan capital letter?Sebab mereka ada blog.Dah,cerita tentang gua lagi,gua berasal dari Pahang,sapa orang Pahang meh cari gua kat Maran bandar ayam kampung ni.Kalau jumpa tu tegur-tegur la ye,kalau gua buat tak tahu atau pandang sebelah mata tu,jangan kata gua sombong,gua malu beb.Malu.

Gua tahu lu pun ada sifat-sifat macam ni kan?Actually banyak lagi sifat gua yang melampau lampau tapi gua pendekkan.Sebab taknak ada yang taksub dengan gua pulak nanti.grrr.takde kena mengena.

Ok la,gua nak berehat,cukup la sehari sekali update blog.Adios.

17 comments

miss cherreyda said...

num 1 , 2 , 3 , 4 same kowt gn ite --' ngee~

K said...

gua orang marang XD

Dzarief Zuhdi said...

Ish.. Dzarief , Fizi, Paob, Apit tuh sumer telak merosakkan kotak suara SK.. ish2.. tak pasal2 dicop org kedah..hahaha

aQi + GenGkey said...

no 5....

aQi + GenGkey said...

cam x caye je...

aQi + GenGkey said...

spam jap...

aQi + GenGkey said...

hahahahahahaha..:D

Unknown said...

biarlah sifat-sifat ni dalam diri ko. baru ade originality.

eZmALiZa said...

maki hamun laki xpela..jgn maki hamun pompuan...dayus namenye....hahahaa =))

apelyna said...

8: buncit. ekhem
hehehehe

perempuan said...

pergh. abang ganas bhai. abang long ka? haha

Sembang Kemas said...

syaimz:haha,baru ori kan?macam orang asli,ori!

Sembang Kemas said...

ezma:chop,kalau perempuan tu terlampau jalang tak sedar diri tak salah kalau aku maki dia.kan?

Sembang Kemas said...

apel:syhhh!!!

Sembang Kemas said...

perempuan:ayahanda la.

Namee Roslan said...

sembang,,,aku nampak semua sifat kau dlm tulisan kau dlm blog ni. lagi2..suka maki hamun.ngehhehe. kau bukan suka maki tp kau outspoken. kau tulis apa yg dalam benak kau... even agak kasar tp benar

Sembang Kemas said...

sebab aku rasa aku nak jadikan blog ni satu blog yang membincangkan isu semasa yang terkeluar dari otak aku.haha

Powered by Blogger.