Wednesday, July 27

Lelaki Pukul Perempuan Dikatakan Dayus.Vice Versa?

Ehem.

Kalau perempuan pukul laki-laki,ape kau nak kata?

Memangla lelaki itu pelindung,tapi kalau perempuan yang pukul perempuan?Simbah asid?Baling tepung?Periuk terbang?Ape kau nak panggil?

Yela biasa kita tengok dalam video thailand,laki kasi muay thai sama perempuan sampai nyawa ikan,tapi kau tak bisa tengok kan perempuan pukul laki?Aku pun tak pernah tengok video atau depan-depan.Try search youtube ada tak?

Ini bukan kes perempuan pukul lelaki jenis 'sotong',tapi pukul lelaki yang keras keras.Mungkin lelaki membiarkan perempuan pukul saja.Sebab lelaki tahu yang perempuan ni jenis lembut dan sopan.Kalau perempuan pukul tu,biar je la.Sebab dia pukul pun bukan sakit.Tapi kalau guna periuk guna baseball bat mesti la sakit kan?

Lagi satu,kalau lelaki biarkan perempuan pukul dia.Katanya sebab sayang,biar jela pukul sampai mati pun sayang jugak.Kan?Sebab tu laki biarkan je perempuan pukul dia.

Salah satu sebab.Itu dia.

Dan kerana sifat lelaki yang 'biarkan' perempuan pukul lelaki,menjadikan si perempuan tidak takut dengan si lelaki.Sehingga kan suka hati si perempuan selamba saja maki memaki si lelaki depan orang ramai.Dan juga disebabkan sifat lelaki yang tidak mahu digelar dayus,terpaksa menebalkan muka menahan semua cacian dari si perempuan.

Kerana perempuan,lelaki dapat malu depan orang ramai.Aku rasa ini macam tidak adil.

Membuatkan perempuan hilang rasa hormat pada lelaki.Boleh buat sesuka hati pada lelaki.Tidak kisah dengan kekerasan lelaki.

Kau mesti tak sokong aku kan?

Lihat satu contoh.
Bila lelaki maki perempuan,orang akan kata kau takde hati perut.Kau belum selidik apa si perempuan sudah buat pada si lelaki.Sape tahu si perempuan mungkin telah pisau cukur sama si lelaki.Siapa tahu si perempuan sudah jual adik si lelaki.Atau merosakkan adik si lelaki.Siapa tahu cerita sebalik tabir kan?

Sebelum buat andaian,selidik dulu.Jangan buat kesimpulan terlalu awal.

Bila perempuan maki si lelaki pula,si lelaki juga yang kena.Orang akan fikir mungkin si lelaki telah buat sesuatu kepada si perempuan.Lelaki jugak yang kena.Tak selidik.Memangla orang perempuan insan yang lemah.Tapi kata-kata yang terpacul di bibir seorang perempuan yang memaki hamun si lelaki,tidak menunjukkan sifat seorang perempuan.Itu sifat setan.

Itu kalau laki laki itu memang 98% baik.Bukan golongan lelaki jahat-jahat.

Jadi selidik dulu apa kategori nak kita bagi kat golongan perempuan pukul lelaki.Try search google ada tak?Kau try ar sendiri.Aku dah try.Kalau aku cerita kat sini nanti kau taknak cari sendiri pulak.kan?

Yang jahat tu lain cerita.Ada masa gua karang yang itu pulak.

ChaloBete.

8 comments:

wan zuliyana [apel] said...

kalau laki tahan caci maki macam lagi dayus je.

anyway, aku ingatkan maksud dayus tu bila lelaki tak mmpu nak halang ahli keluarga dia, lebih2 lagi isteri dari buat dosa. salah ek? huu

sergeant keroro said...

ini tidak adil!!

haha XD

p/s : ada sambungan ke?

Sembang Kemas said...

apel:aku sebenarnya tak tahu ape maksud dayus tu.adakah lelaki yang pukul perempuan digelar dayus?

keroro:haha,ntah,tengok la dulu.aku pun mati idea ni.haha

Beeha B. said...

haha..hanya wanita yang pernah dipukul lelaki sahaja faham perasaan tu..

eh tapi ada ke perempuan pukul laki..eii..beraninya dia...

:P

Dzarief Zuhdi said...

dayus nie klu tak silap aku adalah ketidak adilan..

perempuan said...

kalau perempuan pukul lelaki, aku rasa dia ada black belt.

Namee Roslan said...

zaman skang ni perempuan banyak pukul laki...pukul teruk. siap dera lagi. pelik aku tengok laki kena dera dengan isteri wey.

kalau laki pukul pmpuan mmg dayus lah. laki kena pukul pun dayus jugak.

tapi kalau pmpuan pukul lagi..macho gila. hahah :P

Sembang Kemas said...

namee:macho gila,baan pmpn tu berketak2 pulak.mmg terbalik dunia.