Beza Antara Orang Puasa Dan Tak Puasa
Orang Berpuasa
Sebelum berbuka,mereka nampak lesu dan tidak bermaya.
Selepas berbuka,mereka masih nampak letih kerana membalas dendam,makan melampaui batas.
Orang Tidak Berpuasa
Sebelum berbuka,mereka kelihatan segar,bertenaga dan boleh melakukan kerja berat.
Selepas berbuka,mereka masih bertenaga dan tidak letih.
Orang berpuasa ni lain,perlu menggunakan segala tenaga yang dikumpul sejak sahur sampai time berbuka pada maghrib,oleh itu,kerja yang boleh dilakukan adalah limit,ditambah sedikit dengan iman,gerenti boleh kawal hawa nafsu untuk tidak berbuka walaupun letih nak mampus.
Orang yang tidak berpuasa pulak,sahurnya jam 8 pagi,so tenaga yang mereka ada banyak,bila bekerja keras,mereka tetap akan letih tapi masih boleh minum air untuk menambah tenaga.Dan bila tiba waktu berbuka,mereka sekadar minum dan hisap rokok.Ini kerana,anda mesti sudah tahu kan?Mereka berbuka awal sejam dari orang lain,makanan sudah hadam.Dan perut sudah tidak buncit,dan boleh bekerja pada waktu malamnya.
Tapi jangan pulak fikir,bila berpuasa tidak boleh bekerja.Kena rehat.
Kerja kerja,puasa tetap puasa.
Dan jangan gunakan alasan kerja untuk tidak berpuasa.
Selalunya orang akan guna alasan sebegini untuk berbuka.
Jangan salahkan puasa.
Semuanya terpulang pada iman nak kawal hawa nafsu.Tak kira la hawa nafsu terhadap makanan atau pada wanita.
Jangan pandang lama-lama,nanti kurang pahala puasa yee.
adios.
2 comments
pndang lama tak per, jangan kelip mata.. hehe.. terok nya aku.. ish.. :D
Hahaha, memang dah terang lagi bersuluh ketidakpuasaan itu.
Post a Comment