Monday, August 22

Pengalaman Itu Bagus

Eh.Selamat bermoreh,moreh dengan entry gua pulak nak?

Gua nak cerita pasal budak budak sekolah agama,budak budak yang kena kongkong,dan tentang budak budak yang terbiar bebas.Mereka semua berbeza.Dulu gua pernah buat entry pasal "Kalau Gua Ada Anak pada 2030".Belum baca?Sila la baca.Dan kalau nak tahu kenapa gua cakap macam tu,entry ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci.

Ini semua atas pandangan masing-masing.Dan juga berdasarkan pengalaman gua dan juga pengalaman membe-membe gua.

Pasal budakbudak sekolah agama,lu ingat mereka skema?Tak kan?Yang skema tu mungkin ada tapi yang nakal pun ada.Tapi bila dah duduk dalam asrama agama,so pergaulan serta perbuatan yang melanggar undang-undang Islam terbatas.Nak pergi dating dalam sekolah agama?Jangan harap.Semua perkara yang sama dengan terbatas.Lu mesti tahu,kalau usia muda,macam-macam perkara nak dicuba kan?So bila dah duduk asrama agama,peluang mencuba perkara-perkara negatif rendah.

Tapi,lu cuba tengok setelah mereka menamatkan alam persekolahan,jauh dari jagaan ustaz dan ustazah.Mereka akan mula menjadi liar.Sifat ingin mencuba yang telah terpendam,diluahkan dan dimuntahkan.Mereka mula mencuba bercouple,bila sudah bercouple,mula adegan panas.Lu nak tahu?Kebanyakan filem 3gp melayu seksi datang dari mereka yang sekolah agama.Tapi gua taknak cerita siapa dia.Biar ia jadi pengajaran.

Bila dah jauh dari kongkongan,mereka cuba macam-macam.Mula menjadi mat rempit.Macam macam lagi.Lu sendiri pun tahu kan?
Dan bila mereka dah besar panjang,mungkin kasi keluarga susah.Buat perkara yang memalukan keluarga.Hisap dadah,hisap dadih.Hisap dada mungkin ada.

Itu semuanya dari mata kasar gua,yang gua nampak sekarang ni.
Tapi tak semuanya liar,yang skema tetap skema.

Beza antara budakbudak yang kena kongkong dan budakbudak yang hidup bebas.Nak tahu?
Budakbudak yang bebas sejak kecil,yang ibubapanya tidak mengongkong mereka,mereka lebih terdedah dan minda akan terbuka awal sedikit.Sedikit pun kira ok la kan?Mungkin mereka sejak kecil dah buat jahat,tapi mana tahu dah besar jadi ustaz.Kan?

Yang gua nampak,membe-membe gua yang dulu liar jahat nakal,semuanya menjadi baik.Pengalaman lama mungkin mengajar mereka erti kehidupan.Mereka merasa awal,dan bila sekali buat jahat,kena tangkap,terus insaf.

Kalau yang kena kongkong,mereka nak buat perkara jahat tak dapat.Bila dah besar mula nak try benda-benda jahat.Dan jika orang dewasa yang buat jahat,mungkin terus masuk penjara kan?

Kalau budak kecik mungkin kena masuk sekolah henry gurney.Itu dah bagi iktibar pada mereka.Bila dah rasa masuk lokap insaf.Macam gua,dulu gua jahat.Masa kecik nakal,curi duit tabung masjid.Begini gini.

Sekarang mungkin gua dah tahu yang mana baik yang mana buruk.Tapi tak semua macam tu kan?Kan?Kan?Kan?Kan?

Lu?Masa kecik apa cerita?kena kongkong?Jaga-jaga tau.

Adios.

7 comments:

kingFIQA said...

setuju sangat dgn entry tuu . memang betul ape yg encik tulis tu :)

Hamdan Ramli said...

Ala, moderate pulak dah komen ni.. tak best la bro.. hhe

Namee Roslan said...

tapi macam mana kalau dah tua bangka pun masih perangai buruk? aku rasa umur tua tu dah terlebih pengalaman,

AesyaZealous said...

lain org lain ragam. ade yg mula dr jahat, ada yg mula dr baik.. hidup ni mcm roda, kejap ade kt atas, kejap kt bawah..

dan juga xleh nak set kan mentaliti org kite. mule2 sekola agama, pastu kuar jd jahat. dan mule2 jahat, pastu jadi baik.

nanti budak2 muda zaman skrg bila dh berkeluarga diorang bebaskan anak diorang dr kecik pulak. dah kene tgkp ke ape, then baru jd baik. xnak la cmtu kan..

ape yg penting, maintain kan sifat yg baik tu berterusan.xkesa la dari kecik atau besar. mcm mana? mendalami agama itu sendiri. insyaAllah..

eh, aku cm taip entri lak..hee sory

Ecah Ecot said...

saye dok skolah agama jd geng2 nakal..warden sume bengang..hahaha

dylla fadzil 小草莓 said...

remaja yg dlm process sedang mencari cari identity dan jati diri mmg suka mencuba. kdg2 negative kdg2 positive, depand on individual hehe

Dayana Nasir said...

macam aku dulu jahat sekarang baik kan kan kan? haha