Dah Setahun Lebih Berblog?
Actually perkara ni dah lama dah terjadi,anniversary dah lepas,konon konon la anniversary.Bukan dengan awek pun,dengan blog je.Mengikut kalendar kaum mayan,gua dah ada blog sejak september 2009,its mean dah dua tahun lebih gua ada blog.
Tapi bila gua kira-kira balik guna kalendar hijrah,gua rasa baru setahun gua aktif berblog,setahun membazir kat alam maya ni dan selepas setahun tu baru nak aktif.Kenapa?
Alah,sebab dulu takde advertisement,takde income,tapi sekarang ada income,orang berkejar-kejar nak buat blog,demn!
Ya,dah setahun gua berblog.Tapi pelik,apa pasal follower rendah?Tak cecah seribu?Apasal?Apasal tak pernah nak dapat income seperti blogger blogger lain yang katanya pendapatan kasar sebulan mencecah RM10,000.Tu maksimum,paling minima,RM1000 sebulan.Apa pasal gua tidak begitu?
Orang lain buat blog 3 bulan je dah income naik.Gua ni yang setahun sudah tapi RM50 belum pernah nak cicah.Cilaka.Pilih kasih ye?
Tak sebenarnya,dia sebenarnya mengikut kemampuan si penulis.Kalau rajin update,rajin promote,rajin berkawan,semuanya rajin,tentulah follower boleh cecah beriban,duit poket tak yah mintak kat makbapak dah.
Tapi gua taknak semua tu,follower?Sekadar yang mampu ikut,ikut la.Ikut belakang gua sekali gua kentut lari 2 orang follower.Kan?Gua sebenarnya bukan tak rajin nak update,rajin tu sifat yang keluar masa mula-mula buat blog je.Lama-lama malas jugak.Bukan apa,banyak lagi kerja lain nak buat.Kan?
Terperap dalam bilik tulis entry,orang ajak makan kau tolak tepi.Memang penulis berwibawa.Memang berwibawa sungguh.
Ketepikan membe semata-mata nak duduk mengadap laptop tulis entry.Gua takde masa nak mengadap laptop 24jam.Banyak lagi kerja gua boleh buat.
Mengadap laptop sampai lupa jaga kesihatan,orang petang-petang bersukan,main bola semua,kau duduk dalam bilik mengadap laptop tulis entry.Konon cari duit?Kalau ye la duit kau dapat,tapi kalau sakit?Tarak guna maa.Duit terbang,sakit mendatang.
Itulah,gua bukan taknak mengadap laptop tulis entry,tapi gua dengan cara gua,lu dengan cara lu.Kalau bukan kerana bapak tiri lu,lu takkan berada di tempat lu ni sekarang.
Blog gua sekadar blog underdog,gua pegang kata-kata gua ni.Sape lagi mau pegang?
Sory bro,choki-choki sudah abis bro.
Btw,Happy Belated Bufday to Sembang Kemas.
ADios.
4 comments
setuju..~
alaa, aku wat tentang annivesary blog, ko pn nk jugak....x bley3!!
hahha~ grau jer, tapi aku stju dgn ko, org laen da beribu2 dpat income, aku 50 pn xcecah lagi....dem giler!
well, aku pn da jdi mlas nk promot cam dulu~
yeahh! sape yg rajin jek leh capai tuh smua..=) btw, hepu belated besday Sembang Kemas! yg penting mutu n keunggulan tuh..hik3..=)
epi besday belog kamuuuu!
Post a Comment