Header Ads


Edisi Pakwe Makwe #1 : Oh Kau SMS Lelaki Lain Takpe Pulak Kan?

Oh,aku nak bagitahu,kat blog aku lepas lepas ni ada Edisi Pakwe Makwe,menceritakan tentang masalah yang berlaku di antara pakwe dan makwe.Pasangan bercinta,selalunya mereka yang bercinta ni selalu bergaduh.Jadi,aku mula keluarkan edisi pakwe makwe setelah aku rasa aku punya otak asyik fikir masalah pasangan.

Jadi untuk permulaan ini,iaitu Edisi Pakwe Makwe #1,dengan tajuk 

"Oh Kau SMS Lelaki Lain Takpe Pulak Kan?"

Aku tengok,ramai pasangan yang bergaduh disebabkan hal begini.Hal yang walaupun remeh tapi kadang-kadang boleh jadi serius.Aku nampak dari membe aku sendiri la,dia ni ada kawan perempuan,perempuan tu dah ada pakwe,tapi dia tetap SMS membe aku tu.Aku tak tahu ape ayat membe aku guna ni,tapi perempuan tersebut selalu berbalah kerana si perempuan kantoi SMS dengan membe aku ni.

Lalu si lelaki mula start SMS perempuan lain,pastu bila si perempuan ni dapat tahu yang pakwenya SMS perempuan lain,haruslah dia marah.Yela jeles.Dah berbalah lagi.Dan si lelaki mula mengeluarkan kata-kata hikmat "Oh kau sms laki lain takpe pulak?".

Gerenti si perempuan terdiam membisu.

Dalam hal ni korang rasa siapa yang patut dipersalahkan?

Mengikut pandangan aku la,korang punya pandangan sila tulis di ruangan komen,kita tak boleh menyalahkan sebelah pihak je.Mesti si lelaki geram bila si perempuan sms laki lain,tapi dia tidak perlu mengambil tindakan dengan buat benda yang sama kan?Dia patut cari solusi untuk menyelesaikan masalah mereka.Mungkin si lelaki tidak mengambil perhatian terhadap aweknya.Kurang kasih sayang,si awek mula menagih kasih sayang dari lelaki lain.Memang.

Nak tahu kenapa si perempuan sms lelaki lain?Sebab si perempuan rasa bosan,kalau sms dengan pakwenya,apa yang mereka akan borakkan?

perempuan : Eh watpe tu?hikhik
lelaki : Makan nasik.
perempuan : nak sikit.
lelaki : Mehla sini I suap.
perempuan : dah berak?
lelaki : Eh tengah makan macammane boleh berak pulak?

Kita boleh tengok sendiri,kalau hari hari sms dengan pakwe macam ni korang tak rasa bosan ke?Bosan kan kan kan?

Sebab tu sms dengan lelaki lain iaitu kawan adalah lagi best,sebabnya,boleh HUHAHUHA.Lebih enjoy.Lebih rapat,rasa lebih dekat.Rasa macam kawan baik.Tapi bila kawan baik jadi awek,memang tak best.Sebab masing-masing akan mula control cara komunikasi,lebih segan dan jiwang.

Aku rasa,pihak lelaki haruslah berubah.Jangan buat awek kau tu bosan dengan kau.Kau jangan jadi pakwe semata-mata,jadilah kawan rapat dia,jadilah ibubapa dia.Jangan jadi suami dia jika belum diakad.Serius aku pancung.

Dan aku tengok pasangan yang enjoy adalah pasangan yang menggunakan kata nama "aku kau" dengan awek dia.Macam gua.HAHAHA.

Serius,kalau kau guna sayang abang sayang abang,kau berani nak shout kuat kuat kat Mid Valley?Kat Time Square?

Jadi si pakwe,jangan kasi lu punya awek bosan,kalau taknak awek lu tinggalkan lu.So jadilah kawan,ibu,bapa kepada awek lu.Ok?Bapak tak makan anak dia tau,jangan sekali kali nak makan awek lu.Kahwin dulu.

Aidos.

18 comments

Falling . said...

aku kau lbh best.. lau mrh lg sonok.. hahahah. brutal punya cple.. tp dpn mak bapak x brani nk guna aku kau sbb penah kne tegur ngan mak dia.. tettt~

kesimpulan~cple perlu taw had masing2.. ape yg boleh n x leh buat.

mizmarmalade said...

HAHA.. tebaek dari ladang lah entry neh.. keh3!

alin said...

sejak bila aku sokong kau tah laa . siyes entri ni best !

tapi kan , macam mana nak panggil "kau aku" balik kalau dah panggil "abang sayang" mcm kau cakap tu ? err ...

miss m said...

dah guna aku kau...masa gaduh n clash....huh!!! hahahaha

Sembang Kemas said...

alin:nak tahu macam mane?discuss la dengan si pakwe,tapi jangan discuss macam nak mintak putus.

yela takut salah faham kan,takut si lelaki fikir,eh kenapa tiba tiba nak aku kau aku kau ni?

kau try dulu sehari,tapi kekalkan tempo cinta itu.keep telling about that power word ily.

Mumu Abdullah said...

kita memang cool la incek sembang kemas..

alin said...

err aku nak try tu yang susah . haha . takut dia fikir macam2 . haha isk3

Namee Roslan said...

bercinta ni mmg bosan kot wey. haahah apa lagi kawen..

Aesya Zealous said...

tak pernah sms lelaki. (tipu)

Amyra said...

hahahaha..santekk la entry nie....

aku tiap-tiap hari guna aku kau...sebabnya tiap-tiap hari gaduh....

Syaffroni Affandy Safar said...

Pastu gaduh kat FACEBOOK .. break, single pastu rujuk balik pastu break single rujuk balik dan seterusnya ... bagi aku la selagi belum sah suami isteri x yah nak kontrol2 pasangan masing2 ... :)

widiea azira said...

bg ak la kan selagi x sah suami t0o xyah la nk control2..xde hak!! siyes! dpn balak ak pon ak bedal sms jantan laen..xdenye nk taat setia tanah tumpahnye drahku ngn pakwe..:p

aamalinaazman said...

heeee
tamo hambekkkk
sebab dh abis UTM
hehhe
wee
tanx for this tipss =]

aamalinaazman said...

haiyaaaaaaaa
i likeee laaa!
ni mensti ada pengalaman
kikikiki
betolla tu
kalo dah suke
kite kena jadi kwn die
jadi sedara die
sume
la..tu baru kekasih hatii...=]

alinlon said...

betoOOOOOOol tu .

lyanamahat said...

entry ni kemas giler~~~hahahaha

DamaVK said...

teng..teng...teng... mcm terasa la plak... huhuhu

AFIQAH said...

tak boleh blah ~ haha. best best :)

Powered by Blogger.