Monday, September 19

Edisi Pakwe Makwe #2: Lelaki Gampang

Bertemu kembali kita dengan Edisi Pakwe Makwe bahagian ke 2,kali ni dengan tajuk masalah yang dihadapi oleh kawan pasangan.Setelah lama aku diam,aku nak ceritakan masalah seperti ni.Kiranya pasangan couple ni boleh menyebabkan rakan-rakan mereka terasa semburan air liur pasangan tersebut.Kononnya tempias la ye.

Macam ni ceritanya,

Pasangan bercinta ni baru saja bersayang-sayangan,kira baru lagi la bercinta.Ini bagi aku,aku kategorikan sebagai cinta monyet,sebab aku macam dah boleh tengok future for this couple.Mereka bercinta aman damai,tetapi sikap si lelaki ini yang macam gampang,bercouple dah macam berbini.Nak kongkong si perempuan kaw-kaw punya.Pegi sana tanya pergi sini tanya.Kalau tanya sikit-sikit takpela,nampak sikit macam caring,kan?

Ini tidak,sampaikan handphone nak tukar-tukar,takut si awek text lelaki lain.Text laki lain takpe,asalkan laki yang dia text tu pun dah ada awek.Itu dikira text dengan member.Mungkin si lelaki tersebut masih tidak baca blog gua kot,ala yang pasal 

Edisi Pakwe Makwe #1 : Oh Kau SMS Lelaki Lain Takpe Pulak Kan?


Kau tanya la diri sendiri,kalau kau yakin awek kau sayang kau,dia takkan tinggalkan kau.Kalau tak,dah lama dia blah.Dan bila si awek ni text dengan member laki dia ni,dia marah,terus main tukar tukar fon.Bila si awek ni chat dengan member laki dia ni kat fb,terus mintak password si awek dan block si member laki ni.

Member si laki ternganga,eh apesal kau block aku pulak ni?Kau dah taknak kawan dengan aku dah ke?

Dia ingat si membe laki dia ni adik-adik dia?

Sesuka hati dia taknak bagi si awek dia ni berkawan?Dan aku rasa dalam masa setahun dua,si awek gerenti dah takde kawan lelaki dah,sebab abis semua kawan lelaki di block oleh si pakwenya.Bangang ape si pakwe macam tu?Lain cerita la kalau itu bini kau?

Dan tak pasal-pasal,kau dah buat member laki awek kau tu benci sama awek kau.Ada faham?Sape tak benci kalau nama masuk dalam blocklist.

Nak salahkan si lelaki takleh jugak,si perempuan pun dah macam lembu kena cucuk hidung.Ikut je kata si lelaki,kalau si lelaki cakap,bagi body u kat i jela ye,jangan kasi laki lain boleh?Ikut jela ye?

Dan kalau aku nak kasi pandangan pasal pasangan tu,aku rasa tak lama nanti si awek mula fedup dan mual dengan sikap si lelaki,si awek akan tinggalkan si pakwe.Baru dia tahu langit tinggi rendah.Tapi time tu mungkin si awek sudah takda dara untuk dihidangkan kepada suami kelak.

Maybe...

Aku pun ada awek,dan aku tak kongkong pun awek aku nak text laki lain ke,cuma aku taknak dia keluar dengan lelaki lain je,itu dah melampau,nak kena tapau.Dan aku harap,kepada semua lelaki,jangan tunjuk perangai bangang kau tu la,belajar tinggi-tinggi,kes ni pun kau takleh nak handle ape cer?

Budak yang cari makan lepas SPM pun lagi pandai dari kau,cari duit terus kahwin,time tu la baru boleh kawal sikit bini kau.Jangan nak kawal masa bercouple,sebab belum tentu dia tu jadi bini kau.Jodoh di tangan Tuhan,bukan di tangan Bapak.

Adios.


8 comments:

aimie amalina said...

weee
sokong 200%!
hehehe
sebabnyeeee
sebb x suke dikongkong
heehhehe

Namee Roslan said...

tapi ramai lah laki macam ni wey. salu je nk halang2 gf tp diri sendiri buat gak. sbb tu aku salu anti laki.

Akim Iqbal said...

anti lelaki ? LOL. har har har

Bashtiah said...

mengongkong sangat tu kadangnya sebab tak percaya lah tu...

M Firdaus Mohd said...

hahaha, bo*** gila pakwe control awek. walaupun aku takda awek lagi tapi aku tahu perangai perempuan. hehhe.

Nana Eddy said...

Silap haribulan, selalu buat macam tu, awek pun lari tinggalkan sebab tak tahan kene kongkong.

NuRuL SyAFiQaH said...

tau xp.. xjd bini lg da kongkong bagai.. tah pape je~

Anonymous said...

suker bce n3 nh...ce buat if awex dye cmburu n xprcye pde pkwe..pkwe kje pon xprcye...sbb pernah kene bohong...dat y dye ta percaya....