Saturday, September 17

Semalam

Minggu pertama di universiti,memang meletihkan dan memenatkan otak gua,gua sampai dah sakit otak dah meng'add' dan meng'drop' subjek.Macam celaka,susah nak jumpa lecturer semua,semua dah lari cuti awal hari Khamis,yela Jumaat kan cuti.Gua kerahkan semua tenaga semampu yang boleh,gua rasa kalau hari-hari gua macam tu gerenti gua kurus + six pack.Bukan six fat ok.

Dan memandangkan gua telah memenatkan badan pada hari Khamis,terus kerajaan bagi cuti hari Jumaat,untung gua kan?

Jadi hari Jumaat gua telah menghabiskan masa untuk jalan-jalan bersama-sama rakan-rakan.Jalan petang lepas Jumaat.Pergi Persada,gua bersama Dzarief The Freak Show,dan rakan-rakan yang lain.Kat sana ada IT Fair.So gua mesti kena pergi,walaupun tak beli ape-ape.Rambang mata.Hasrat nak beli headphone besar gedabak tapi belek-belek dompet,eh apesal takde duit?

Sendiri paham lah kan.Gua bukan orang senang.

So,hasrat terus tenggelam seperti tenggelam nya jasad ke dalam kubur,sedih.Nak makan pun terpaksa mintak pada mak bapak.Kesian mereka.Takpe,gua fikir secara positif.Boleh la gua diet kan?

Lepas ke Persada,gua teruskan perjalanan bersama rakan-rakan ke Jusco Bukit Indah pulak.Maafla takda gambar,sebab gua ni bukan camwhore nak mencapub dalam blog sambil memuncungkan mulut.Serius gua segan di depan camera,maybe sebab gua ni tak hensem kot.Watever la.

Macam biasa,Jusco menjual barang-barang berharga,semuanya berharga,lagi-lagi bila masuk Brand Outlet dan Padini.Dah la gua malas nak cerita panjang,kang lu orang semua terliur pulak gua tak tahu.Jadi tak perlu gua nak cerita.

Bila dah enjoy ni,terus lupa pasal pelajaran sebentar,kurang sikit stress gua pasal akademik semua benda kejadah tu.Feel free kejap.Nasib baik dapat cuti 3 hari minggu ni.Kalau tiap minggu macam ni kan best,boleh lepak je,takyah kalut fikir pasal pelajaran.

Sape nak sambung pelajaran?Lu?Gua rasa dah letih belajar.Tapi apakan daya,perkara ni je gua mampu buat.

Adios.

4 comments:

Namee Roslan said...

em kalau ada duit, apa pun jalan kan. tu lah duit kerja kt pasaraya kau habis beli laptop baru kan.

Syazwan Che Deraman said...

have a good day bro.

aimie amalina said...

waaaaaaaaaaaaaa
rindunye dgn UTM bile ko cite cm ni =(

Ecah Ecot said...

nnt dh abis blajar, rase nk belajar jek lg..huhu...