Sunday, October 23

Edisi Pakwe Makwe #3 : Merajuk?Memujuk?Dipujuk?

Dulu la aku pernah terbaca status seorang minah ni dekat facebook,dia berkata.

"sepatutnya aku yang dipujuk,bukan memujuk,hmmmm."

Macam tula lebih kurang,aku pun dah ingat-ingat lupa,sebab dah lama pasang niat nak tulis benda ni tapi pemalas,so aku delaykan penulisan aku dan akhirnya aku tulis jugak.Aku bukan nak aibkan minah ni,identiti pun aku tak cerita kan?tak aib kan?

Aku cuma mahukan pendapat anda semua..apa pendapat anda?Adakah perempuan patut dipujuk?Adakah perempuan patut merajuk?Adakah lelaki tidak boleh merajuk?Patut ke lelaki memujuk?

4 Soalan kesemuanya,dan sebelum korang bagi pendapat korang,aku nak bagi pendapat aku dulu,baru la rainbow sikit entry ni.

soalan-soalannya.
  • Adakah perempuan patut merajuk?
    Perempuan merajuk mestila ada sebab kan?bukan merajuk tak tentu hala,eh eh tiba-tiba merajuk,angin takde ribut takde apsal merajuk?Merajuk tu sebenarnya penting,sebab boleh bagi si lelaki ni fikir sikit apa salah dia kan?Tapi kalau takde buat salah kau nak merajuk,aku sepak kau laju-laju nak?
  • Adakah perempuan patut dipujuk?
    Patut.Sebab si lelaki buat salah,patut la kau pujuk.Ambil hati,supaya pasangan tak lari.Pujuk la dengan menggunakan kreativiti masing-masing.Suka hati kau nak buat apa.Tapi kalau si perempuan mengada tiba-tiba merajuk,kau jangan pujuk,jangan pujuk,serius gedik nak mampus.
  • Adakah lelaki tidak boleh merajuk?
    Lelaki kalau merajuk nampak tak cool kan?Nampak lemah kan?Memang,tapi apa salahnya kalau merajuk dengan awek dia kan?Tak salah kan?Biasala,kelemahan si lelaki adalah seorang perempuan,so kenala merajuk supaya si awek ni fikir sikit batas,lagi-lagi bagi pasangan yang serius dan akan berkahwin.Kalau couple monyet ni aku rasa takyah nak mengada merajuk.
  • Patut ke lelaki memujuk?
    Laki patut pujuk,pujuk awek,pujuk la awek yang tengah bersedih kononnya inginkan perhatian.Kalau kau tak pujuk gerenti melepas la kau,lagi-lagi kalau awek yang hot-hot ni kuat merajuk.Serius aku tak tipu.Merajuk merajuk sampai boleh buat orang menyampah.
Apa pendapat anda pulak?

Kesimpulan la,kadang-kadang aku rasa menyampah kalau ada orang merajuk tiba-tiba.Rasa macam nak lempang je.

adios.

6 comments:

Namee Roslan said...

it depends lah.kalau pmpuan tu yg buat salah , kena ah pujuk dan say sorry pd laki tu. tp salunya pmpuan xngaku salah kalau bab2 macam ni . mesti nk dipujuk gak. xmau memujuk.

NadiRah said...

nad pon ase nk lempang je org tibe2 nak majok nih... hahahha

Sembang Kemas said...

namee:itu ayat yg gua cari,pmpuan selalu mcm tu kn?

sergeant keroro said...

Setuju dengan namee

dylla fadzil 小草莓 said...

kdg kdg pompuan sengaja merajuk, sbb nak attention from her loved ones. ngada kan? but thats the truth la hahahaha

keri ikhwan said...

setuju...setuju.. haha