Header Ads


Orang Kaya dan Anak Orang Kaya

Orang kaya - Seorang,bukan dua orang,seseorang yang mempunyai harta berlipat kali ganda.Terdiri daripada mereka yang berjaya secara halal mahupun haram.Tak kisah,asalkan kau berduit dan berharta,gerenti dapat gelaran Orang Kaya.

Anak Orang Kaya - Dua atau lebih,anak-anak kepada pemilik harta yang juga bakal mewarisi harta mak bapak datuk nenek moyang mereka.Sebahagian dari mereka suka berfoya foya dan ada yang merendah diri.Suka menghabiskan harta mak bapak dengan belanja awek-awek dan pakwe-pakwe.

Kat sini,aku nak cerita pasal orang kaya dan anak orang kaya,aku nak cerita pasal orang kaya dan anak-anaknya yang perangai macam fukumak.pandai pandai eja.Aku dah tapis tu ok.Selalunya anak orang kaya yang bajet kaya ni berlagak,pandang rendah kat golongan sederhana dan miskin.Selalu menunjuk nunjuk dan kedekut.

Apa maksud menunjuk nunjuk?Biasa la melayu,bila nampak orang kaya beli kereta mahal,katanya menunjuk nunjuk.Bila si orang kaya tersebut beli kereta buruk,dikatanya kedekut.Kan?Lumrah.Itu semua bergantung kepada niat si orang kaya tersebut.Kita tak tau apa niat dia,so susah sikit nak nilai.Buat hypothesis tu biasa la kan?

Tapi kadang-kadang hipotesis kita selalu betul.Contohnya,kita buat hipotesis bahawa si orang kaya tersebut membeli kereta porsche untuk menunjuk nunjuk.Mula-mula dia tak tunjuk belang lagi,kita dah ada hipotesis.Then tak lama lepas tu,dia mula tunjuk belang,hon hon kereta di halaman rumah.Sengaja membunyikan alarm kereta dan sengaja membasuh kereta di tengah tengah jalan di hadapan rumah mereka.Ada yang macam tu.Manusia,macam-macam ragam.So kita punya hipotesis boleh diterima tak?Mestilah ya.

Itu orang kaya,cerita pasal anak orang kaya pulak?

Mereka ni,bukan semua,sebab aku tengok ada je anak orang kaya yang baik hati bagi bangla minum air sejuk ye dak?HAHA.

Golongan yang aku nak tekankan adalah golongan anak orang kaya yang bajet.Bajet hot bajet kaya,padahal duit bapak kau,belum tentu kau dapat,mana tahu bapak kau muflis,niaya kau nak hidup,dah la tak pernah hidup susah.Bila dah muflis,mula mengemis.Selalunya macam ni.So,jangan nak berlagak sangat kalau kau tu anak orang kaya.Kalau berlagak tak pergi ke mana,awek memang kata mari,tapi membe kata pergi mampus.Takda orang nak kawan ngan kau jika kau bersikap sebegini.

Toksah nak tunjuk lagak,toksah nak tunjuk kereta mewah,toksah nak pandang rendah golongan miskin dan sederhana ni.Kita tak tahu apa akan jadi di hadapan.Memang hari esok bergantung pada hari ini,tapi jika hari esok tidak seperti dijangka?Apa lu nak cerita sama gua?Kan?

Iya,aku tahu.Mesti ada dikalangan anda yang terasa ataupun butthurt,akan kata.

"ALAH KAU JELES LA TU ORANG TU KAYA"

Aku jawab,"PERGI MAMPUS"

ADIOS.

6 comments

K said...

macam kenal jek anak orang kaya yang bagi bangla minum air sejuk. haha :P

paan kowt said...

anak org kaya cun x???

Sembang Kemas said...

sergeant,ko kenal.hahaha

paan,kebanyakan yang aku tengok,anak orang kaya ni cun cun.serius.

tapi yang bajet kaya ada jugak.poket kosong~lalalala

Namee Roslan said...

ahaha, kau jelesss eh ?? haha. wey pehal kau asyik tukar header. header kau smua lawa2..pilih la satu.

Farah Izzati Yussoff said...

okey, fes time komen kat sini. haha
tapii, ramai anak orang kaya ensem2.. heee =)

I do I need Iman said...

sabar jelaaaa yg suke tunjuk tue..
saye tahu saye miskin kaan..


http://mawarkuwada.blogspot.com/2011/11/khamis-petah-berkata-kata.html

Powered by Blogger.