Tuesday, February 21

Menyesal

Selalunya kalau aku bangun pagi-pagi siap siap nak pegi kelas dan menjadi orang paling awal duduk depan pintu kuliah,tiba tiba kelas batal,aku menyesal.Selalunya la aku macam tu.

Tapi semester ni aku rasa aku nak buang sikap macam tu,buang sikap rasa menyesal.

Sepatutnya kita takyah rasa menyesal,sebab kita dah bangun pagi,maknanya pintu rezeki awal-awal dah dibuka.

Dan baru hari ni aku rasa macam owh indah nya dunia bila bangun awal ni.

Dan tadi kelas batal,sedikit pun tidak membuatkan aku rasa menyesal.

Aku harus buang sifat rasa menyesal tersebut.

Moga-moga hari esok aku dapat buang segala sikap macam ni.

Dan moga-moga esok lebih baik dari hari ni.

Adios.

Saturday, February 18

Jurnal

Aku rasa aku dah macam malas nak update kat blog pasal berita ke cerita ke,dan aku rasa mungkin tiba masanya blog ni jadi jurnal aku.

maksud jurnal di sini bukan macam,

hari ni aku pergi makan aiskrim mcd aum sedapnya.

bukan macam tu.

jurnal seperti perkara-perkara yang mendatangkan motivasi dan pengajaran pada diri sendiri.

bukan orang lain,diri sendiri lebih penting kan?

kalau aku tak sayang diri sendiri,siapa lagi kan?

adios.

Thursday, February 16

Kecundang

Standard la,bila dah nak abis cuti mesti ramai yang frust kan?Termasuk aku sekali,aku bukan frust sebab cuti dah abis,tapi frust sebab keputusan yang agak tidak memuaskan langsung.Ini kali pertama aku merasakan yang result itu satu perkara yang harus aku takut.Selama ni aku main selamba dek je layan,fail ke pass ke aku buat macam bese.

Tapi start sem lepas punya result,aku tiba-tiba rasa cuak bila tengok result.Mungkin aku punya common sense tu dah kembali.Ataupun dalam erti kata lain,baru nak insaf.

Tula lumrah hidup,mungkin aku ni termakan sangat dengan falsafah orang.Aku dulu berpegang dengan falsafah "orang yang selalu gagal akan berjaya satu hari nanti".

Aku terikut sangat dengan falsafah tu.Falsafah tu boleh berlaku pada kita jika kita berubah memperbaiki diri kita.Kalau tak berubah,sampai bila-bila kau akan gagal.Mungkin akan gagal untuk selama-lamanya.

Kau cakap Bill Gates dulu gagal jugak?Memang dia gagal,tapi dia berubah.

Dan aku?

Aku hanya berharap suatu hari nanti aku akan berjaya tanpa usaha.Memang jahanam la masa depan aku kalau aku terus bersikap macam ni kan?

So,falsafah tersebut mungkin aku akan ubah sedikit.Buat penambahan,supaya budak-budak akan datang tak tiru apa yang aku buat selama ni.

Mungkin "Orang yang selalu gagal akan berjaya suatu hari nanti jika dia benar-benar berubah".

Adios.