Thursday, May 30

Mengapa tidak mesej itu lebih bagus dari mesej?

Entry ni takda kena mengena ngan hidup gua,gua ulang.TAKDA KENA MENGENA.TAKDA KENA MENGENA DENGAN KISAH CINTA GUA. CLAP. CLAP. CLAP. GUA NILAI MELALUI OBSERVATION YANG GUA PERNAH RASA JE.

DAN TAKDA KENA MENGENA NGAN AWAK.JANGAN PERASAN.hihi

Cuma gua terpikir jugak,apa terjadi bila kita mesej,dan apa terjadi bila kita tak mesej.
Kita start ok?

BILA KITA MESEJ DIA....
dia tak balas mesej kita, dia senyapkan diri sunyikan aura. bila kita mesej dia, dia tak balas, kita mula meroyan, "apsal dia tak balas mesej aku?". Mula persoalan tu terngiang ngiang di dalam otak kiri dan kanan kita,memikirkan perkara perkara negatif. Contohnya, "Dia mesej laki/perempuan lain kot."
Dan mula la kau meroyan kan? bahahaha

BILA KITA MESEJ DIA....
dia balas pendek-pendek.macam nak taknak layan.dan dalam mesej ni jugak ada nada.contohnya nada marah, "I penat la." Luorang mesti tak tau kan maksud di sebalik perkataan dia penat. Penat tu memang penat, tapi kalau perempuan/lelaki ni suka kat lu orang,sudah tentu penat-nak-mampos macam mana pun tetap dia layan lu kan? Nampak tak permainan tu?

BILA KITA MESEJ DIA....
Bila kita mesej dia, dia tak balas. mula rasa nak hempas henfon laptop bagai kan? Bila dia tak balas, mula la lu calling-calling. Dia tak angkat. Nampak tak? Itu maksudnya dia kejam. Kalau taknak katakan taknak. Jangan buat orang tunggu tunggu. Okay?

Cukup tiga gua bagi,kita ke BILA KITA TAK MESEJ DIA....

BILA KITA TAK MESEJ DIA....
Bila kita tak mesej dia,kita tak kisah pun pasal dia,tak kisah bukan bermaksud dah tak sayang,paling kurang pun lu akan fikir positif kan?takdela meroyan menonggeng. Kau akan positif, sebab ape? Kau tak mesej dia, dan kau nampak dia online tapi dia senyap je. ok la contoh, kalau kau nampak dia online,pastu kau mesej dia, dia tak balas, mana lagi sakit oi?
kan?
Fikirkan.

BILA KITA TAK MESEJ DIA....
Kita akan cuba sibukkan diri, kita takkan hiraukan dia buat sementara waktu. Yelah sibuk kan? Dan dengan itu kerja kau boleh siap, cuba kalau kau mesej dia, pastu dia balas, sampai esok la korang berdua mesej. Itupun kalau dia balas. Kan??

So fikir fikir kan lah mana satu yang lagi baik. yang mana boleh buatkan anda still ada rasa bertimbang rasa nak sayang dia. Dia tu bermaksud lelaki/perempuan. Gua tak tembak sape2 dalam entry ni so jangan nak butthurt sangatlah.

So,
Adios.

Tuesday, May 21

Cerita Aku Suka Kau

Tah tiba-tiba gua jatuh cinta pada sorang awek ni. Dia ala-ala amoi la jugak. Memang taste gua, speky, bergaya. Jatuh pandangan pertama. Gua ni bukanlah dalam kalangan hero hero gadis muka masuk maskulin,so kalau nak ejas awek gua kena la bagi effort sikit. Baru la awek terharu bila gua ada effort. Tapi sebenarnya,effort saja tak cukup kalau lu berenti separuh jalan.

Contoh,awal-awal bibit percintaan bukan main laju kau delivery makanan,bukan main caring nya lu,bukan main pantas je bila si dia belum makan kau dah suapkan.Bila dah tengah-tengah lu diam,buat endah tak endah,konon main tarik tali,konon play clever la.Las las melepas,dia tawar hati.

Bibit-bibit gua bukanlah macam tu.Biasa la,gua yang mereka cerita tapi gua tak buat pun macam tu. Cuma part 1 dan 2 pasal jadi pakcik delivery dan pasal caring tu yang gua buat. Tapi bukan sebab lu jual mahal je dia tawar hati. Ada satu lagi sebab,iaitu dia tak suka kau. Dah memang tawar hati dari awal lagi. Dia cuma layan je kau tapi dia tak anggap dan tak cuba nak terima kau. Aku rasa ini terjadi pada aku. Orang kata lama-lama dia mungkin suka. Mungkin. Tipis je bunyinya kan? Dan bila kau dengar macam tu terus kau down. Arghh mengapa jadi begini pada aku. Ya aku tak hensem. Kau mula sembang pasal benda-benda non-sense.

"Peluang tipis,walaupun tipis masih ada peluang."

Frasa kata di atas sebenarnya satu frasa yang nak sedapkan hati kau je supaya kau terus cuba untuk buat dia jatuh hati pada kau.
Tapi bila kau rasa macam peluang tipis,kau mula cucuk semula. SMS semula,Whatsapp, fb dan bermacam lagi sehingga membuatkan kau berada dalam dunia fantasi ciptaan kau sendiri.
Macam kau buat perangkap,tapi kau yang terperangkap.Itulah terjadi pada aku. Ibarat kau memancing menggunakan badan kau sendiri yang akhirnya kau yang lemas hasil tiada,kosong. Bila kau sms,ya memang dia melayan, melayan kau sama ada tak nak kecilkan hati kau atau suka pada kau. Ada dua. Ya,perempuan ni hatinya lembut je, diorang cuba taknak sakitkan hati kau sebab tu dia buat begitu. Dia juga taknak bagitau hal yang sebenar kerana ianya lebih menyakitkan.

Ya ini berlaku pada aku. Aku kadang-kala dilemma juga. Sama ada dia suka aku, atau dia tak nak kecikkan hati aku. Oleh itu, aku membuat pilihan untuk tidak ingin mengambil tahu apa perasaan dia terhadap aku dan membiarkan aku tenggelam dalam fantasi buatan sendiri. Kiranya aku syok sendiri dan aku taknak terima realiti. Hebat kalau aku suka gila kat dia. Tapi sekadar suka tak cukup. Pada awalnya aku nampak ianya berjalan lancar, dia melayan aku melayan. Mungkin dia pun sekadar menghilangkan rasa bosan mungkin,itu negatif fikiranku. Kalau positifnya, aku anggap dia suka aku. Tu terlampau gelojoh namanya. So aku tersepit antara kedua situasi ini,antara positif dan negatif, aku buat begini supaya kalau melepas tak dela sedih sangat (sedih juga wei) dan taknak mengharap sangat.

Dan emosinya akan menjadi bertambah buruk apabila kau melayan fantasi kau dan menganggap dia suka pada kau. Membuatkan rakan-rakan kau berfikir, ah diorang ni memang couple. Aku memang tersenyum, tapi perkara ini sebenarnya mengganggu emosi dia. Ya. Aku boleh nampak. Apabila aku dah nampak perkara ni, aku dapat rasa yang anggapan aku salah. Dan sedikit sebanyak perigi fantasi buatan aku tumbang perlahan-lahan. Tumbang sama ada menjadi realiti, atau menjadi mimpi ngeri.
Dan sebenarnya rakan-rakan tak tahu cerita sebenar dan mereka hanya melihat aku tersenyum membuatkan mereka berkata "oh rom bahagia"
Sememangnya dia tak tahu di hujung sudut hati kecilku.

Sememangnya lelaki ni penakut, takut dengan perempuan yang tak terima dia. Macam aku. Mungkin dia boleh terima aku, atau tidak. Aku tidak tahu. Kalau boleh, aku ingin tamatkan segera cerita aku ini yang sedikit sebanyak memakan hati tisuku ini.

Endingnya, terserah pada dia untuk memberitahu ku perkara sebenar. Atau dunia fantasi aku terus berputar.

Adios.


p/s : sebenarnya kalau boleh aku tak nak dia bagitahu aku stop dreaming atau putuskan harapan aku. Sebab aku nak terus mencintai dia.
ecewah!
 Kerana aku rasa ayat pemutus harapan macam tu membuatkan lelaki benci sama perempuan. Aku taknak benci kau.hihi.

and lagi aku nak kata, aku rindukan that moment. boleh bergurau sakan. tak tido sampai pagi. aku rindukan itu.

Monday, May 20

Syoknya jadi Perempuan

aku ni lelaki,bukan perempuan,mula-mula mestila aku kena bagi pencerahan supaya korang tak fikir aku ni shemale.

Dan lelaki ni semestinya secara lumrahnya akan jatuh cinta atau minat kat perempuan.memang dah lumrah dah tu.kecuali mereka yang songsang.itu aku tak faham.

Apa yang syoknya jadi perempuan ni? (dari pandangan mata lelaki)
1stly,klu korang dah perempuan,mestila ada laki yang minat kan.Dan lelaki ni bila dah minat,kaw kaw berkorban segala duit poket beli cokelat lah tedy bear lah bunga lah bagi kat awek yang dia minat tu. Yang untung sape?perempuan kan?sebab tu aku cakap syok jadi perempuan. Awek tu nak terima mamat tu atau tak itu belakang cerita. This is not a love story.
Kalau la lelaki tu tak putus harapan,sanggup tunggu awek ni sampai dia dah ready. Sape yang untung? Awek tu jugak kan? Macam mana untungnya? untungla, ada orang sanggup tunggu awak. ish ish ish.

lagi-ly,
Kalau la dikatakan awek tu tak terima mamat ni la kan. Mamat ni frust tu frust la jugak,tapi hati masih suka,masih minat,so di ajaknya pula berkawan. Bajet mula-mula kawan pastu lama-lama sayangla tu konon. Jarang,takut kena friendzone je.kihkih.Bila dah berkawan,mamat ni mestila masih cuba nak ambik hati awek ni kan. Di ajak keluar,di ajak dinner, lunch semua. Sape yang byr? Sudah tentula mamat ni,nak tunjuk hebat,nak ambik hati. Tapi, sape yang kenyang? Awek ni la. Sekali lagi, terserah kat awek tu nak terima tak mamat ni. Kesian. Sedih pun ada cite ni. wuwuwuwu.

Tapi memang, mamat ni jugak syok sendiri. Mungkin awek tu layan je,kononnya ada harapan la mamat ni kata. Tapi akhirnya, kita tak tahu. Semuanya terletak pada Tuhan. Samada mamat tu ada jodoh ke tidak dengan awek tu. Mungkin mamat tu tak hensem. Tapi hensem tu bukan pada wajah kan?hati. tapi tula. hmmm. gua pun dilemma ni. hihi

tu je aku nak sampaikan. jadi, kalau-kalau rasa anda diminati, buat lah apa yang patut. Jagalah hati mereka. hihi.

adios.

p/s: yea yea....gua tahu gua tahu ape tak syoknya jadi perempuan ni,takut bersalin kan?kihkihkih