Wednesday, June 17

Kemungkinan Besar

Sebelum kita meluahkan perasaan pada orang yang kita suka, selalunya hati kita akan berbelah bahagi.

Sebelah takut kena reject, sebelah lagi kata gamble.

Dan sebelum kita meluahkan rasa kasih rasa sayang tu, kita juga kena tahu, bukan untuk kepentingan kita saja, untuk kepentingan si dia yang kau suka jugak.

Kalau kau suka dia tapi dia tak suka kau, apa guna? Konfom2 lah kena reject atau dijadikan abang angkat adik angkat etc etc etc blerghhh.

Then at last, kau tak jadi meluahkan perasaan tu sebab takut. Takut dikecewakan.

Kan?

Pastu kau meroyan, sebab apa? Sebab tak meluahkan perasaan tersebut dan kau terlepas peluang.

The end.

Tapi yang aku tahu, ada dua kemungkinan besar.
Satu diterima, dua kena reject. Itu je.

At least mencuba,ye dak? Dari kau gagal tidak mencuba.

Adios.

Monday, June 15

Yang Lepas tu Lepaslah

Kalau dulu aku suka kat orang lain, kau jangan risau. Kali ni aku suka kat kau pulak. Ini tak bermakna hati aku ni senang berubah. Tak.

Ia sebenarnya macam ni.

Kalau kau kena reject, konfom lah kau macam "buat ape aku kejar dia lagi? Baik aku cari yang lain."

Tapi memang, ianya memakan masa yang agak lama jugak nak move on, sebab yelah, korang dah tau perasaan suka cinta sayang rindu tu macam mana. Orang slalu buat lirik, time heal your heart.

Bila kau rasa dah sembuh, kau cuba cari cinta yang lain. Kau perlu menangi hati dia, kau perlu impress dia, toksah nak tiru orang lain. Just be yourself. Kalau aku mmg itu cara aku.

Maafkan aku kalau kadang2 aku pekak dan lambat pikap. Itu memang aku.

Tuesday, June 9

Gelap Hati

Aku sebenarnya sekarang ni rasa macam tengah berada dalam zon zaman kegelapan. Sebab ape? Sebab banyak benda yang aku tak suka berlaku serentak. Tentang kerja, tentang cinta, tentang hidup, tentang sekeliling, tentang kawan.

Semuanya seperti menjauhkan diri dari aku, ataupun aku yang menjauhkan diri dari semua tu.

Aku mula merasa kerja aku ni membebankan, dah takde hati rasanya nak kerja. Tapi memang inilah tanggungjawab seorang kuli cina. Apa boleh buat. Ada jugak aku try company lain, tunggu jelah.

Pasal cinta, iany macam cinta tu taknak datang dekat pada aku. Semakin menjauh. Maksud aku cinta antara manusia. Lelaki dan perempuan. Kau ingat aku tak jeles ke orang ada makwe. Aku pun nak jugak. Kalau boleh, nak buat bini. Ehem.
Tapi tulah, aku rasa sebelum aku dapat cinta manusia, aku harus mencintai Allah S.W.T dahulu. Mungkin lepas tu cinta akan datang secara auto.

Tentang hidup, yela bila cinta dan cita cita menjauhkan diri dengan kita, sudah pasti hidup pun macam gelap. Mungkin aku perlu insaf dan bertaubat. Supaya hidayah dan nur tu masuk dalam hati yang gelap ini.

Doakan aku berjaya padam noktah hitam dalam hati aku ni.

Adios.
🗿