Cita-cita
Masa aku muda dan hijau dulu, masa perut aku masih lagi penuh dengan cacing kerawit, aku menulis dalam buku rekod sekolah rendah, yang cita-cita aku untuk menjadi seorang askar. Tak silap aku ada 3 pilihan cita-cita.
Askar, polis dan doktor.
Tercatit dalam buku rekod. Masa tu tak pandai berfikir, cita-cita pun tiru orang sebelah. Pui.
Meningkat remaja, aku macam boleh nampak sedikit bayang-bayang pekerjaan aku ketika dewasa. Masa ni, cita-cita aku nak jadi seorang arkitek. Aku tidak memasuki mana-mana sekolah teknikal, tidak juga sekolah berasrama penuh. Hanya sekolah harian biasa.
Disebabkan aku suka melukis bangunan, rumah, parkir kereta, aku tetapkan untuk jadi seorang arkitek.
Memang lepas matrikulasi, aku mengisi borang kemasukan universiti, pilihan pertama, aku pilih seni bina di UKM. Memang bapaku juga suka akan pilihanku itu. Beria ria dia bila aku diterima untuk temuduga Degree in Archi masa tu.
Punyalah susah temuduga masa tu, otak tak berkembang dan tak dapat jawab soalan dari panel. Soalan yang mudah, tetapi masa tu aku masih di peringkat hijau daun.
Setelah temuduga aku tidak berjaya, bapanya berubah fikiran. Dia mahukan aku jadi seorang pilot. Berduyun duyun surat tawaran dihantar melalui pos ke rumah. Termasuklah surat untuk latihan menjadi juruterbang. Aku tidak berminat.
Dan sekarang, aku seorang jurutera awam. Atas pilihan no 2 ketika mengisi borang UPU. Produk UTM Skudai, produk yang agak sederhana. Kahkah.
Tapi takpe, bapak aku bangga jugak dengan kerjaya aku sekarang. Well paid, well said. Kah.
Ini semua takdir dan ketentuan Allah. Kalau aku jadi arkitek, aku sudah takkan berjumpa kawan kawan dan teman yang aku ada sekarang. Ye dok?
Adios. L

No comments
Post a Comment