Wednesday, March 28

Dikutuk dan Mengutuk

Memang dah menjadi norma hidup seseorang manusia,mengutuk sama sendiri kan?Manusia ni pulak ade pelbagai perasaan,sedih,gembira,marah,geram,dan macam macam lagi.Dan ada juga manusia yang jenis suka mengutuk dan tak suka apabila dikutuk.

Eh?

Oh kutuk orang boleh,orang kutuk kau tak boleh ek?

Sebab tu la,aku kat dunia ni dah gunakan satu teori berguna untuk diri sendiri.Teori Keraskan hati.

Bila hati keras,membe membe kutuk pun masih tersenyum.Senyum.Dan Senyum.Membe pun suka kutuk.Depan-depan pulak tu.Aku tak kisah pun,janji mereka bahagia.Bila aku tidak marah,sudah tentu membe-membe semua takkan lari.

Sape suka membe yang suka marah-marah kan?

Teori ni jugak ada kelemahannya,kalau kau senyum je,orang cakap kau robot pulak kan?Macam takde perasaan lain selain senyum.

Tapi takdela aku nak pendam perasaan pulak.Mungkin kadang-kadang kalau mereka terover,sakit hati jugak kan?

Yela sape suka diibaratkan dengan binatang kan?

pikir-pikirlah ye kawan-kawan.

Jangan sebab mulut,mulut kau pecah.

adios

Monday, March 19

Kisah Si A & B

Pada zaman dahulu kala,terdapat sebuah kampung diberi nama Kg Pinang Berbelah Dua.Di situ tinggalnya dua orang sahabat baik.Mereka sudah berkawan sejak kecil lagi.Namanya si A dan sorang lagi si B.Mereka berdua anak bujang.

Si A ni anak orang kaya,dan si B ni pulak anak orang sederhana.Memandangkan si A ni kaya sikit,so si B ni selalu la menumpang si A bila nak pergi jalan-jalan atau ke kedai kopi.Yela,si A kaya so dia ada kereta lembu sendiri.Si B selalu menumpangnya.Kawan,memang bantu membantu.

Tapi si A ni dia mempunyai hati yang,nak kata baik,takde la baik,nak kata jahat takde la jahat.Tengah-tengah.So,si A ni selalu la jugak marah-marah si B ni.Taktahula kenapa.Walaupun tengah bermain bersama,jika si A dikalahkan oleh si B,si A mesti bengang dan melontarkan kata-kata busuk kepada si B ni.

Dan si B pula tidak melawan.Sebab ape dia tidak melawan?Sebab nak jaga hati membe.Yela si B selalu menumpang si A,so terima jela segala kutukan dari si A ni.Jaga hati sahabat katanya.Dan si B ni juga mempunyai sifat memendam rasa,dia tidak berdendam,tapi pendam rasa marah,supaya tidak berlaku permusuhan antara mereka berdua.

Makin hari makin menjadi-jadi si A ni mengutuk dan mencaci si B.Akhirnya,si B sudah mula panas baran dan memberontak.Lalu si B menumbuk si A bertubi tubi tanpa belas kasihan.

Kesudahannya,adakah mereka berdua akan berbaik semula?

Atau mereka akan bermusuh sampai mati?

Anda yang tentukannya.

Adios.

Peta Minda Dalam Minda Manusia Cetek

Dah lama gua tak tulis pasal isu isu kan?Asyik cerita gua pegi tutti frutti je,mestila orang bosan baca ye dok?(nganjing)

Gua kadang-kadang terpikir jugak la,apsal kebanyakan melayu ni minda mereka cetek-cetek je.Mungkin gua ramai kawan melayu sebab tu dengar melayu je yang mengumpat,bangsa lain serius gua tak tahu sama ada mereka mengumpat atau tak.

Benda yang gua selalu dengar la,

Bila ada orang kaya tu beli sebiji kereta ferrari,dikatanya menunjuk.
"Eleh,mentang mentang banyak duit,nak tunjuk yang dia boleh beli ferrari la tu,hak tui,dasar menatang."

Biasa dengar kan?

Dan bila orang kaya itu tak beli ferrari,tetapi sekadar beli kancil je,dikatanya kedekut.
"Eleh,duit banyak tapi kedekut,apa salahnya beli la kereta mewah-mewah sikit,adoi."

Selalu dengar jugak kan?

Benda biasa yang terjadi di persekitaran kita kan?Macam macam ragam orang sekarang,itu tak kena,ini pun tak kena.Mungkin ada hikmahnya mengapa kita sebagai Islam disuruh bersederhana kan?Bila duduk atas orang mengata,bila duduk bawah orang mengata.Bila duduk tengah-tengah,semua membisu.

Tapi kalau bab kerja tu jangan la tengah-tengah (ala kadar),tak produktiviti langsung la nanti kan?

Kalau bagi pelajar pulak,bila belajar dikatanya bajet,bila tak belajar dikatanya pemalas.Ape semua ni???

Tak adil kan?

Tula,macam mana Malaysia nak maju kalau hal remeh temeh macam ni mereka pandang rendah.Semua persepsi manusia di Malaysia macam ni,bersifat menjatuhkan.Tak supportive langsung kan?

Sebab tula,sesiapa yang ingin berjaya,hatinya perlu keras.Bila hati keras,dapat menangkis serangan mulut longkang tersebut mudah.Hati keras kerana nak menangkis cacian orang.Jangan hati keras sampai takleh terima ajaran agama pulok ye.

Kesimpulan,
Orang maki--relaks--orang caci--relaks--orang kutuk--hati keras--berjaya.

Ni teori gua la.Suka hati gua la kan?

adios.

Wednesday, March 14

Free Download Dream High 2 with Hard Sub [UPDATED EP14]



Credit to Blank_Yan and Darksmurf, DramaFever, Romance Town.

If u want to download the drama,go to thisMediumQuality.Its a good blog with all the KDrama.
Adios.

Saturday, March 10

Aku nak Tukar Nama.

Yelah,bagi korang yang selalu datang blog aku,kat atas selepas tajuk dan sebelum post anda perasan kan "by Sembang Kemas" kan?

Sembang Kemas tu sebenarnya nama blog,aku taknak dah guna nama blog sebagai nama penulis,ibarat penulis tu takde identiti tersendiri.So,aku nak tukar dengan nama lain,nama yang lebih munasabah dan memberi muhasabah kepada diri sendiri dan kepada mereka yang membaca blog ni.

Perkenal kan nama baru gua.

MOHASABAH

Kenapa MOHASABAH?

Sebab itu singkatan bagi nama aku.

MOHD SAIFUL BAHARI

Try singkatkan.

MOHA datang dari MOHD iaitu singkatan kepada mohamad.
SA datang dari Saiful dan Bah datang dari Bahari.Bukan dilanda BAH ya.

Adios.

Friday, March 9

Jangan Bosan

Jangan bosan bila baca blog aku tengok aku tulis benda sama.

Monday, March 5

Perubahan

Perubahan sebenarnya satu perkara yang boleh dikatakan 'baik' dan 'takbaik'.Bila kita berubah dari jahat ke baik,dah tentulah ianya perkara yang baik dan sebaliknya.Bila kita nak berubah,bukan senang.Mesti ada halangannya.Halangan yang paling besar aku rasa adalah tabiat lama.Tabiat lama ni kita bukan boleh main taram je buang terus,susah woo.Tapi kalau tak boleh buang terus kita perlu kurangkan tabiat itu.Supaya masa yang terluang tu kita boleh isi dengan perkara yang lebih berfaedah.

Tapi aku taknak cerita pasal tabiat.Aku nak cerita pasal halangan lain.Iaitu membe-membe ataupun rakan sebaya.

Yela,bila anda berubah,membe pasti pelik.Mereka mungkin hairan,

"eh apsal tiba-tiba budak ni jadi macam ni kan.Dulu tak pernah nak study tapi sekarang awal-awal dah study."

Dan kadang-kadang mereka akan berfikir negatif.

"Alah bajet je tu study awal-awal.Tengok la pertengahan semester nanti mesti kembali seperti sediakala."

Standard la tu membe cakap macam tu.Dan mungkin ada yang akan cakap,kalau berubah secara tiba-tiba ni dah tak lama.Ajal dah dekat la tu.Ada kan?

Tapi satu je,kalau korang nak berubah,korang kena la hati keras.Kalau mereka berkata begitu,korang senyum kambing jela.Kalau cakap lebih kang orang cakap kita bajet.Kan?

Ni aku nak bagi sikit tips kalau anda nak berubah dari buruk-to-baik.

1. Hati kenala keras.Jangan hati tisu.Membe kondem sikit kau dah gelabah.Terima semua kritikan sebagai kritikan membina.Tak kisah la dia maki ko ke,ko senyum jela.Tak yah nak simpan dalam hati sangat.Kang membuatkan korang tak boleh nak tido sebab memikirkan kritikan dari rakan-rakan.
2. Pendirian kena tetap.Kalau korang dah cakap nak berubah,korang kena stay je dengan cara korang.Lantak la dengan cara membe korang.Memandangkan korang tidaklah sebijak membe korang tu,jadi perlulah study dari awal kan?
3. Buku motivasi.Kalau dah rasa nak berubah,mesti ada initiatif tersendiri kan?Ikut korangla nak beli buku yang macam mana.Memandangkan korang student mesti la dapat baucar rm200 kan?Aku dah beli satu buku bertajuk Focal Point.Dan aku tengah dalam proses membacanya.Macam menarik.
4. Jangan mudah tertarik dengan tabiat lama.Seperti aku dah kata kat atas tadi,korang kena la buang ataupun kurangkan tabiat lama korang.Contohnya main game 24 jam adalah tabiat terburuk korang.Jadi kalau tak leh buang tabiat tu,korang kurangkan.Contohnya hanya main game pada hari Sabtu atau Ahad.Ataupun weekdays selepas habis kelas waktu petang.

Itu jela perkara yang aku lakukan untuk merubah hidup aku.Aku nak berubah sebab aku dah dua kali mendapat pointer rendah dan menyebabkan aku kehilangan PTPTN untuk dua semester.Sakit wei.

Ini cerita aku petik dari diri aku sendiri.

TRUE STORY.

ADIOS.