Thursday, July 26

Lagi Cerita Hina Islam

Benda ni aku baru jumpa petang tadi kat home fb aku,dan menyentuh perasaan sungguh.Sebab ape,sebab ramai sangat haters,pembenci Islam.Mereka sebenarnya salah tafsir,atau mungkin juga sengaja ingin menaikkan darah umat Islam satu dunia.Ni dia page nya gua nak kongsi.

http://www.facebook.com/death2izlam
Tak tahulah ape tujuan dia buat page macam ni.Dan aku pun terjebak sekali dalam membaca komen-komen haters-haters dan juga pencinta Islam.Yalah,puak yahudi takkan berhenti untuk memusuhi Islam sehingga ke hari kiamat.

Dan aku terkilan jugak la,orang-orang melayu kita yang Islam pun,kalau marah pun agak-agak la,takyah la nak maki hamun,nampak sangat pendek akal,nampak sangat memburukkan lagi Islam.

Apa yang kita boleh hanya sekadar kuatkan lagi iman kita di hati ni dan jangan sesekali jatuh dalam perangkap orang yahudi laknatullah.

Dah tu tunggu apa lagi?Aku malas tulis banyak,dah dah pegi report page ni,kalau tak ramai yang report makanya page ini akan terus kekal,so cepat-cepatlah report kalau masih sayangkan Islam dan tidak mahu Islam dikutuk lagi.

adios.

p/s : dah dah jangan nak maki maki dah kat sana,hanya satu,percaya pada Allah dan rasul-rasulnya.

Monday, July 23

Ramadhan

Bila renung-renung balik,gua teringat,bulan ramadhan dua tahun lepas merupakan tahun gua mula menulis balik.Gua dah tulis start 2009 tapi merapu,lalu gua tukar URL dan nama blog terus menjadi sembang kemas.

Sekarang dah 2012,dah dua tahun,berlalu.Macam macam perkara terjadi kat dunia blog.Blog sekarang dah macam twitter atau facebook,tiap orang mesti kena ada satu.Yela,lepas tengok cite mael lambong gua tengok macam industri blog kat Malaysia sudah naik.

Ya.Dunia blog berkembang,tapi gua tak tau la ke arah kebaikan ataupun keburukan.Macam gua tengok banyak keburukan,banyak politik.

Ya.Bulan ramadhan masa nya kita nak mendekatkan lagi diri kita kepada tuhan.Alhamdulillah tahun ni gua rasa hidup gua terurus sikit,tak macam tahun-tahun lepas.Biasalah,selalunya manusia akan sentiasa meningkatkan diri dari masa ke semasa.

Ya.Bulan ramadhan,ambillah peluang ini untuk menambah pahala.

Adios.

Wasalam.

p/s: apa gua tulis ni?

Tuesday, July 17

Zaman Hang Jebat dan Hangpa

Apa gua nak cite pasal budak zaman sekarang ye?

Ha..keisti'mewah'an budak-budak zaman sekarang.

1. Depa la ni takleh kena rotan dah,kalau rotan sikit masuk court."see you in the court". Cubit teloq sikit dah menangis bagitau mak cakap cikgu gigit teloq.Nampak sangat bohongnya.
Kalau time gua dulu kecik-kecik,kalau kurang ajar kena rotan kat tangan sampai kebas tangan nak makan nasik pun susah.Kena cubit teloq,balik umah tak bagitau mak bapak,kalau bagitau makan rotan lagi ada la.

2. Depa la ni dah boleh bawak henfon g sekolah supaya boleh kol mama suruh amik time lepas sekolah kononnye lah kan. Mungkin ada benarnya,tapi kebenarannya hanyalah 1%. Yang selebihnya 99% lagi digunakan untuk mengorat makwe-makwe dan mana tahu mungkin sampai satu tahap anak murid mengorat cikgu-cikgu mereka. Zaman gua dulu nak mesej makwe main surat, koyak buku latihan bahagian tengah buat jet tulis "i luv u".

3. Dengar citenye depa boleh bawak laptop/notebook.Tahniah punya cadangan.Setahu aku kalau budak-budak bawak laptop ke sekolah makanya main counter-strike la jawabnya.Yang perempuannya mestilah main BarbieOnline.Kalau waktu gua dulu main counter-strike kat makmal je.Budak-budak sekarang mewah.

4. Depa la ni dah boleh bawak toyol digital dah ke sekolah.Kalau dulu,gua penat menyalin toyol dalam kertas kecik masuk dalam baju kecik. Sekurang-kurangnya adala jugak membacanya masa menyalin tu kan?Kalau main copy paste dalam fon gerenti tak membacanya.

5. Kesimpulannya,gua cite pasal benda ni sebab yela gua terdengar budak-budak sekarang dah boleh bawak macam-macam ke sekolah.Jangan pulak lepasni "kondom dibenarkan ke sekolah" sudah.

Adios.

Monday, July 9

Cerita Sebelum ke Universiti

Gua ada satu benda nak cite tapi gua takut akan dipanggil racist, lalu dipulau pulaukan. Tapi gua bukan ramai kawan kat blog ni pun,nak pulau pun gua rasa takde la sakit sangat.

Ya memang kalau gua cite pasal benda ni, mungkin gua akan dikutuk.

Tapi tula gua nak cite jugak.

Perkara ni berlaku masa lepas abis matrik la, dah abis matrik mestila sibuk dengan borang UPU semua bagai tu kan..tak lama lepas tu,result UPU keluar. Dan gua dengan gembiranya dapat masuk UTM la.

Masa gua tengok result tu,gua bagitau la bapak gua.

"Pak gua dapat masuk utm pak,amacam orait tak?"

Pastu bapak gua dengan selamba buat muka macam tak suka gua masuk utm. Dia nak jugak gua masuk ukm kegemaran dia. Gua ingatkan macam tu.

Pastu gua tanya bapak gua,nape buat muka bila gua bagitau dia gua dapat utm.

Selamba dia menjawab,
"uitm ngan utm sama ke lain-lain?kalau uitm takyah la."

Gua jawabla lain-lain,dah memang lain kan. Bapak ni racist betul.

Tula orang tua.Sampai sekarang gua masih pelik.

Bila orang tanya gua belajar mana,
gua jawab. utm pakcik.

pakcik tu membalas,oh uitm,anak pakcik ada kat sana.awok kenal dok?

pakcik-pakcik. ==,


p/s: tujuan gua tulis ni bukan sebab nak rendah-rendahkan ye. tak kira belajar kat mana janji pointer tinggi tu lagi penting. tak kisah la utp ke uniten ke semua sama.

adios.selamat maju jaya dan selamat hari raya.

Sunday, July 1

satu julai

Ahad.Gua benci ahad,kenapa?

sebab lepas Ahad,Isnin.Kerja.Arghhh..Sungguh menyiksakan.Kalau boleh gua nak duduk kat rumah layan movie rehat-rehat je.Penat.

Masuk minggu ke-3 dah gua ber-LI.Kali ni gua dijanjikan oleh bos untuk jaga site bridge.Kalau mereka yang lain dapat Penang Bridge 2,gua pun ado la jugak bridgenya.

kehkehkeh.

Mari kita tengok runtuh ke tak bridge tu.

Adios.