Friday, December 30

Cara Orang Sekarang Bersosial

Pada suatu hari,gua berborak berborak dengan membe gua, Ant nama diberi.Secara tiba-tiba,dia meluahkan hati dia kat gua. (bukan cerita cinta)

"Pul,orang sekarang apasal cara diorang bersosial lain macam je." tanya Ant

"ape maksud lu der." jawab gua dengan konfius

"budak budak sekarang bersosial guna jari je beb." balas Ant

"hmmm.betul jugak tu." baru gua faham.


Sebenarnya gua ni lambat pickup sikit.Sikit jela.Takdela sampai dapat gelaran Lampi kan?

Setelah gua pikir 2 3 kali,gua nak ketengahkan kat blog la,sebab orang sekarang main blog je.facebook orang tak pandang dah.

Mereka bersosial guna jari?Macam mana?Poke?geletek?Mahupun geli-geli?

Hah,kang gua tulis sampai ke tahap lucah baru tau.

Bersosial guna jari,online guna BB,Iphone,Tabs,dan macam macam lagi.Disebabkan gadget-gadget sebegini,ada yang kurang bersosial.Berbeza sekali bila bersosial di alam maya dan bersosial di facebook mahupun blog.

Contoh la gua bagi,kalau kat facebook,kau borak dengan satu awek ni pongpangpongpang laju kilat tak segam (baca : segam) dan malu.Tapi bila jumpa kat realiti,mulut terketar ketar,cakap tak lepas.Susah nak bercakap depan-depan kan?

Banyak lagi contoh,gua tunjuk lagi,

Bila dalam group blogger mahupun rakan-rakan di facebook,lu orang mesti sembang nak kemas je kan?pongpangpongpang sekali lagi,pandai buat lawak bila di facebook,pandai berkata-kata.Dan bila tiba masa nak buat gathering ataupun date,semua terdiam sipu malu malu.


Tapi itu takpe,mungkin boleh dimaafkan.Sebab lama-lama akan bermesra jugak kan?


Dan kalau lu orang perasan,salah satu keburukan bersosial guna jari ni korang nampak bila korang lepak dengan kawan-kawan sekampung atau kawan baik.

Lepak kedai mamak ramai-ramai,tapi semua main tabs.Apa cita?Semua diam main talipon.Hanya tinggal membe-membe yang guna talipon 3310 je yang bukak mulut berborak.Sungguh tidak sihat perkara sebegini.

Jika dibawa habit ni sampai ke tua lah korang takkan bersosial.Sebab tu zaman sekarang jiran kurang bergaul.Ada kemungkinan.Kan?

Lepas ni gua rasa gua nak naikkan balik martabat talipon botol air sebesar walkie talkie.Baru la korang bersosial dengan sihat.Kan?

Adios.

Friday, December 23

Tuesday, December 20

Edisi Pakwe Makwe #6 : Fail SPM Sebab Awek.

Sepatutnya benda ni aku dah cerita lepas raya haji aritu dah,tapi disebabkan aku ni malas nak update blog,simpan semua idea bila rajin.

Dan akhirnya aku berjaya dan ingin ketengahkan perkara ni pada umum.Yela perkara serius ni,aku takut adik beradik korang yang buat benda bodoh macam ni.

Kalau perkara ni terjadi pada perempuan kira ok lah sikit,ok la sikit,sikit je.Sebab ape ok?Sebab perempuan senang,fail SPM ke 10A SPM ke tetap kena kahwin dengan lelaki berkerjaya kan?Kalau fail SPM terus tunggu pinangan orang senang dan mudah.

Tapi bagi lelaki pulak,kalau la korang fail SPM,mana nak cari makan?Mungkin setakat kerja pak guard tu lepas la nak makan orang bujang,tapi kalau beranak berbini pulak,susah ko nak sara bini dengan bekerja sebagai pak guard.Boleh tu memang boleh,tapi ko mungkin akan sengkek sikit la kan?

Dan aku rasa baik aku teruskan cerita ni,cerita ni berlaku masa hari raya haji haritu,dah lama kan?Tapi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas yo.

Masa tu aku kat kawasan perumahan rumah aku,aku sedang melepak bersama si Hasan rakan baik.Tiba-tiba ada beberapa bijik motosikal datang melepak,tapi mereka tak lepak sekali dengan kami,mereka geng lain.Aku dan hasan geng kapak.Mereka geng sempit.

Dalam tengah-tengah melepak tu,tiba-tiba terdengar la geng-geng sempit tadi berborak.Mereka bercerita tentang awek mereka.Sorang sorang ceritakan masalah diorang.Aku apa lagi pasang telinga.Ada la sorang mamat ni bercerita tentang kekasihnya.Kekasihnya merajuk.Entah sebab ape merajuk pun aku mana tahu.Si mamat tersebut juga bingung dengan keadaan aweknya.Bila ditalipon,menangis teresak-esak.Mungkin merajuk dengan pakwe dia.

So,mamat ni tadi bengang la awek dia merajuk tak pasal.Dan dengan serta-merta dia berkata pada geng sempit yang lain "Weh apsal awek aku ni ha?Dari tadi merajuk dengan aku,kalau dia merajuk lagi esok aku malas amik SPM!"

Pergh,aku tersentak,ape bodo taknak amik SPM sebab awek?Ape ke bodohnya.Sepatutnya awek tu letak belakang dulu,kedepankan SPM tu.Aku pun tak paham apekejadahnya perkara ini berlaku depan mata aku.

Dan selepas mereka bergaduh,aku tak tahu ape kesudahannya.Mamat tu amik SPM atau tidak aku tak tahu.

Macam ni la,korang rasa berbaloi tak,kalau nak pujuk awek takyah amik SPM,nampak cool?

Cool gila tak?

Macam bodo.

So,kepada bakal-bakal SPM tahun depan,beringatlah.Jangan kerana awek korang fail SPM.

Adios.

Thursday, December 15

Tension Released

maaf kalau BI gua hancur,gua melayu,tak pandai BI,kalau power BI itu satu advantage untuk anda,gua noob lagi.Perlukan pembelajaran lagi.

Gua tak mau cerita pasal BI,

cuma gua nak cerita pasal tension ataupun tekanan akibat masalah yang dihadapi oleh gua,gua dah tolak ke tepi dulu,sebab malam nanti gua ada test,so gua nak kongsi kegembiraan dengan pembaca blog gua.Gembira sebab dalam otak gua dah free sikit.

Nak tahu kenapa gua dah kurang tension?

sebab gua layan lagu ni,lu orang kena layan,walaupun lu orang bukan peminat KPOP tapi gua pasti lepas dengar lagu ni lu orang mesti gilakan KPOP.

Jom layan.


lagu ni dah buatkan gua release tension gua,dengar dua tiga kali terus layu.lu orang bila lagi?cepat cepat download!

adios.

Wednesday, December 14

Masalah

Masalah?Sekarang baru gua tahu macam mana hidup kalau masalah bertimbun.Dulu-dulu gua ada jugak hadapi masalah,tapi gua selalu tolak tepi ataupun bagi masalah tu kat membe.

Tapi sekarang,masalah ni gua hadapi sorang-sorang,kalau passing kat membe gerenti membe pun tak leh selesaikan.So gua letak belakang dulu masalah ini,letak belakang bukan bermakna gua ketepikan,cuma selesaikannya pada akhir akhir nanti.Buat yang lebih penting dulu.

Dan juga sekarang baru gua tahu kenapa adanya masalah,masalah bagi gua dulu hanya permainan dunia,tetapi sekarang gua dah mengubah persepsi gua terhadap maksud sebenar masalah.

"Masalah adalah salah satu assignment untuk kita belajar erti hidup dunia."

Its mean,kita belajar selesaikan masalah,melalui proses pergaulan,bersosial.Tanpa masalah kita takkan bersosial.Contoh gua bagi la k.

Pak Mat dulunya seorang pekerja yang agak pendiam dan selalu menyendiri.Dia tidak suka bergaul dengan orang kampung.Tetapi satu hari,dia telah dilanda masalah,iaitu masalah duit atau wang.Disebabkan dia kurang bergaul,susah untuknya meminta tolong.Tapi setelah dicuba merapatkan hubungan,akhirnya masalahnya selesai dan Pak Mat mula menjadi seorang yang peramah.

Konon jela cite ni.Gua reka macam ni.So lu orang takleh kondem.Kalau Pak Mat lupa jasa orang kampung?

Tu cite lain,tu dah jadi cite bagai kacang lupakan kulit.Mungkin kecik-kecik dulu lu orang pernah kan buat karangan macam ni?

Dan gua sekarang menghadapi masalah sama,duit duit duit.Lepas ni gua jadi PM gua hapuskan sistem mata wang.Kita guna batu jela ok?

Adios.

Monday, December 12

Cukup Sebulan

akhirnya cukup sebulan gua menyepi,sentap tak sentap tak?gila gedik macam pondan.euw.

haha sebenarnya rindu jugak nak tulis kat sini,tapi apakan dayaku,tenaga batinku kehabisan lalu gua menggunakan tenaga zahirku supaya mencatit sesuatu di sini supaya mereka mereka tidak berfikiran pesong terhadap gue.


menyepi lama-lama gua takut nanti gua dah dicop meninggalkan dunia,sakit,ataupun perkara perkara yang tidak diingini.Tapi alhamdulillah gua sihat,cuma...

cuma...

cuma...
cuma...


gua rasa gua penat dan mungkin sekali akan memperlahankan rentak blog Sembang Kemas.Tak seagresif dulu.

sebab..

gua rasa gua patut fokus pada study.

adios.


p/s: eleh bajet je si SK ni padahal blog tak menggangu pembelajaran langsung kan?