Thursday, May 12

L O N E L Y

Bapak scary tajuk.




Tajuk macam ni selalunya bersifat sentimental. Ibarat masa tengah baca, lagu November Rain berkumandang.


"LONELY" bermaksud sunyi, kesunyian, sepi, kesepian, terasa keseorangan, terasa terpinggir.

Terasa terpinggir tu kronik. Memang. Macam aku.

Aku suka berseorangan, sebab bila aku berseorangan aku bebas. Kalau aku shopping, aku bebas masuk semua kedai. Kalau ada kawan, kawan ajak beli barang dia dulu pastu last2 barang kita yang tak dibeli.
Kan?
Bila berseorangan, kau boleh lepak starbuck sorang sorang (selalu aku buat), makan sorang2, fefeeling sorang2. Tenangkan otak dari rancah ragam manusia. Hari hari hadap membe yang kuat merajuk pun penat jugak kan?

Tapi kadang2 jugak, bila kau perlukan seseorang untuk teman kau, kau takda kawan, kau terasa sunyi gila. Waktu ni datang ada masa dia. Dia macam kitaran haid jugaklah. Kah.

Masa ni rasa sedih pun ada. Even kau dah cuba ajak kawan2 lepak sekali, semua tak nak lepak, semua sibuk dengan hal masing2.
Masa ni la kau akan pasang lagu Knife - Rockwell dan memeluk tubuh di sudut bilik.

Tapi biasanya, orang yang single je yang selalu rasa lonely. Yelahh, takde awek nak taking care of him. Dan sentiasa forever alone.

Nasib baik aku tak pernah rasa lonely.

Kah.

Adios.

Nota kaki:
#nowplaying Ocean Deep - Cliff Richard
Love, cant you see im alone
Cant you give this fool a chance, a little love
Is all i ask....
La la la la la la la la la la....

Sunday, May 8

Cita-cita

Masa aku muda dan hijau dulu, masa perut aku masih lagi penuh dengan cacing kerawit, aku menulis dalam buku rekod sekolah rendah, yang cita-cita aku untuk menjadi seorang askar. Tak silap aku ada 3 pilihan cita-cita.

Askar, polis dan doktor.

Tercatit dalam buku rekod. Masa tu tak pandai berfikir, cita-cita pun tiru orang sebelah. Pui.

Meningkat remaja, aku macam boleh nampak sedikit bayang-bayang pekerjaan aku ketika dewasa. Masa ni, cita-cita aku nak jadi seorang arkitek. Aku tidak memasuki mana-mana sekolah teknikal, tidak juga sekolah berasrama penuh. Hanya sekolah harian biasa.

Disebabkan aku suka melukis bangunan, rumah, parkir kereta, aku tetapkan untuk jadi seorang arkitek.

Memang lepas matrikulasi, aku mengisi borang kemasukan universiti, pilihan pertama, aku pilih seni bina di UKM. Memang bapaku juga suka akan pilihanku itu. Beria ria dia bila aku diterima untuk temuduga Degree in Archi masa tu.

Punyalah susah temuduga masa tu, otak tak berkembang dan tak dapat jawab soalan dari panel. Soalan yang mudah, tetapi masa tu aku masih di peringkat hijau daun.

Setelah temuduga aku tidak berjaya, bapanya berubah fikiran. Dia mahukan aku jadi seorang pilot. Berduyun duyun surat tawaran dihantar melalui pos ke rumah. Termasuklah surat untuk latihan menjadi juruterbang. Aku tidak berminat.

Dan sekarang, aku seorang jurutera awam. Atas pilihan no 2 ketika mengisi borang UPU. Produk UTM Skudai, produk yang agak sederhana. Kahkah.

Tapi takpe, bapak aku bangga jugak dengan kerjaya aku sekarang. Well paid, well said. Kah.

Ini semua takdir dan ketentuan Allah. Kalau aku jadi arkitek, aku sudah takkan berjumpa kawan kawan dan teman yang aku ada sekarang. Ye dok?

Adios. L

Friday, May 6

Takut

Takut. Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka "tidak berani menghadapi sesuatu yang pada perasaannya akan membahayakan diri".

Aku takut. Aku tak berani menghadapi sesuatu kenyataan sekiranya aku melakukan ini, sekiranya aku melakukan itu. Even aku tak tahu endingnya. Aku tetap takut. Mungkin banyak sangat tengok dvd. Otak pun overthinking.

Aku takut.
Contoh.
Endingnya kekecewaan.
Allah dah tetapkan endingnya kecewa, kau try hard sekalipun. Endingnya tetap sama. Kau try bodo bodo je, endingnya tetap sama. Kecewa.
Ianya seperti matematik.
Cuba cari solution untuk dapatkan jawapan = 1
Banyak kan cara jalan penyelesaian?

1. 1+0=1
2. 1*1=1
3. 1/1=1

Allah dah tetapkan ending sama ada kecewa atau bahagia. Tapi kita ada banyak jalan dan simpang untuk kita pilih, untuk mencapai penghujung. Dalam perjalanan tersebut, kau akan jatuh, berdiri semula, hidup kau akan berubah, dan macam macam ujian akan menimpa.

Aku? Aku takut nak pilih jalan aku. So aku memilih untuk play safe dan mendiamkan diri. Ini jalan aku, tengoklah pengakhirannya deritaku bahagiamu ke idok.

Adios.

Thursday, May 5

Jodoh

Jodoh. Merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud "pasangan hidup".

Semenjak aku dikecewakan beberapa bulan yang lepas (6 bulan), aku mula mengamalkan konsep "Kalau ada jodoh, adalah". Ye, satu konsep yang memudahkan hidup aku, konsep yang tidak mencelarukan hati dan minda aku.

Dengan konsep ini, aku lebih redha dan berserah pada takdir.

Sebab, kekecewaan ini terjadi bila kita meletakkan harapan yang tinggi pada sesuatu perkara. Bila tak jadi, kau kecewa.
Dan sejak itu, aku jadi peramah, terlalu friendly. Semua aku layan. Sampaikan orang pandang serong terhadap "ke-peramah-an" aku.

Orang kata aku playboy. Padahal aku sedikit pun tidak flirt-ing.
Berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Aku hanya flirt dengan seseorang yang jauh je.

Dan bila aku menyatakan hasrat aku ingin berkahwin, mereka mempertikaikan diri aku. Mereka kata, "sape nak kahwin ngan ko, ramai sangat awek", "Test awek ramai ntah dapat ke idaknye, pui".

Tak kisahlah orang nak cakap apa, janji aku tau apa yang baik apa yang buruk. Aku memilih, memilih untuk cuba pada tempat yang aku rasa ada hasil (pengakhiran) je.

Kalau takda pengakhiran pun, aku serah pada takdir dan konsep "dah takde jodoh, yang tinggal hanya bodoh".

Kah.

Adios.

Wednesday, May 4

Meroyan

Meroyan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaksud "gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dlm badan yg me­nyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dll."

Gigih aku google maksud meroyan, ternyata ianya bermaksud gangguan emosi,seperti yang kita semua faham.

Jadi lepas ni siapa yang meroyan tu, dia baru sahaja bersalin. Take note.

Zaman sekarang ni, macam2 jenis meroyan yang aku nampak. Puncanya satu je, cinta dan perhubungan.

Disebabkan kita sudah berada di zaman teknologi, macam ada wasap, wechat, fb, twiter, mudah untuk kita kenal siapa yang meroyan dan siapa yang tidak.

Kita, manusia meroyan kerana kita tidak dapat mengawal emosi. Memang bukan mudah untuk mengawal emosi, susah weh. Kejap2 nangis, kejap2 up status, kejap2 tersenyum sorang2.

Macam orang gila.

Kau nak kenal macam mana orang meroyan?

1. Sering tukar status whatsapp.
Kita selalu nampak orang tukar status wasap setiap jam. Jam 1, rindu. Jam 2, benci. Jam 3, pergi mati. Sengaja nak tunjuk kepada someone status tersebut, tetapi someone tersebut tidak menghiraukan langsung kerana dia sedang tido.

2. Sering tukar dp whatsapp, wechat dan fb
Ini memang slalu nampak, kejap2 tukar gamba yang comel, gambar yang tak comel, gambar bersama, gambar pisau, gambar darah, dan lain lain. Sengaja nak ambil perhatian. Betul tak?

3. Up twit. FB.
Meroyan di twiter, aku selalu buat. Tapi itu dulu la, meroyan meroyan xde guna, dengan harapan that someone baca the twit. Kan? Up status rindu awakla, rindu kucing awak la. Ape ape jela. Benci aku nak story mende ni sebab kena atas batang hidung sendiri. Pui.

Aku bercakap ni pun sebab aku pun buat benda benda macam ni dulu. Dan sekarang aku tengah cuba kawal emosi supaya tak meroyan. Meroyan ni sakit weh.

Macam mana aku kawal?

Redha. Tawakal. Dan jangan sayang sangat 100 peratus.

100 peratus tu sayang kat Allah je.

Adios.