Saturday, November 12

Edisi Pakwe Makwe #5 : Cinta Monyet

Well well well,sape yang tak pernah bercinta kan?Tak pernah bercinta?Penipu,walaupun cinta kau tepuk sebelah tangan,itu tetap cinta.Lagi-lagi budak sekolah,time aku dulu main surat bai.Surat yang ditulis diatas kertas bungkusan coklat.Zaman sekarang,aku rasa semua main SMS dari jarak jauh.Mintak nombor dari membe,terus berSMS dengan makwe.

Tapi aku rasa cinta monyet ni tak kekal,nama pun cinta monyet.Dan ape yang aku nak tekankan dalam cinta monyet ini adalah satu kejadian di mana,si pakwe dan si makwe berSMS lucah.Lucah?WTF?

HAHA,jangan gelabah,budak-budak baru nak naik biasa la.SMS lucah sampai malam,sampai tido lewat.Dan aku yakin,mereka yang SMS lucah dengan pakwe/makwe nya takkan pernah bosan.Kan?

Kalau berSMS biasa-biasa bosan.Dan terlintas di hati si lelaki untuk berSMS lucah.Pada mulanya,sekadar bertanyakan tentang hari ni pakai baju ape...

Dan hari esok,si lelaki mula berani sedikit untuk bertanyakan hari ni pakai dalam kaler ape...

Dan hari hari seterusnya,aku rasa tak perlu aku cerita,nanti korang meluat,seriusly.Mungkin akan melarat sehingga menyebabkan pasangan tersebut terlanjur.Juga mungkin akan terpublishnya satu klip 3gp.

Lihat?Ianya bermula dengan si syaitan yang menghasut lelaki supaya menambahkan kreativiti ketika berSMS,lalu mengeluarkan idea "oh kalau SMS lucah syok jugak ni".Melarat sampai terlanjur.Oh wathefak.

Ya,aku rasa zaman sekarang lagi teruk kot.Sedangkan time aku dulu dah teruk,so sekarang makin teruk.Makin banyak buang bayi,makin banyak makan awek sekarang ni.Senang je,ayat,lucah sikit,dapat.

So aku rasa kepada si perempuan,jika pakwe anda sedang melakukan perkara sebegini,aku rasa baik kau tinggalkan dia.Mungkin satu hari nanti kau pula akan terlanjur.Jangan jadikan timur ini seperti barat.

"Oh kau masih dara?Watefak,kitorang semua dah takde dara." - Barat

Jaga-jaga.

Adios.

Friday, November 11

Apekejadahnya Menatang Ini.

Oh.kali ni gua nak taip entry yang lebih casual jela,relax sikit kan?Asyik-asyik fikir masalah negara,masalah sendiri tak terjaga jugak kan?So,better rehatkan minda kejap,tulis benda casual.

Hah,gua dah kena tegur banyak kali dah dengan si namee ni,apa kata dia?Dia cakap,dia cakap,dia cakap..

kentut gua busuk.

Mana ada kentut wangi kan?

Hahaha,takda la,sebenarnya dia tegur gua,pasal gua punya header berubah rubah macam si rubah.Yola,kawe takdo kijo,kawe buat la header.Bosan-bosan,tulis pun tidak,header je tukar.

Gua rasa ada baiknya gua senaraikan header-header gua kat sini,mana tahu,boleh mintak pandangan sikit nak guna yang mana satu kan?
















Tapi kebanyakannya header bertulisan,gua suka tulisan.Dan salah satu sebab kenapa semua tulisan,sebab gua tak geti photoshop.ngengenge.

So..aku rasa aku nak buat banyak lagi,seminggu tukar-tukar.HAHA

adios

Thursday, November 10

Orang Kaya dan Anak Orang Kaya

Orang kaya - Seorang,bukan dua orang,seseorang yang mempunyai harta berlipat kali ganda.Terdiri daripada mereka yang berjaya secara halal mahupun haram.Tak kisah,asalkan kau berduit dan berharta,gerenti dapat gelaran Orang Kaya.

Anak Orang Kaya - Dua atau lebih,anak-anak kepada pemilik harta yang juga bakal mewarisi harta mak bapak datuk nenek moyang mereka.Sebahagian dari mereka suka berfoya foya dan ada yang merendah diri.Suka menghabiskan harta mak bapak dengan belanja awek-awek dan pakwe-pakwe.

Kat sini,aku nak cerita pasal orang kaya dan anak orang kaya,aku nak cerita pasal orang kaya dan anak-anaknya yang perangai macam fukumak.pandai pandai eja.Aku dah tapis tu ok.Selalunya anak orang kaya yang bajet kaya ni berlagak,pandang rendah kat golongan sederhana dan miskin.Selalu menunjuk nunjuk dan kedekut.

Apa maksud menunjuk nunjuk?Biasa la melayu,bila nampak orang kaya beli kereta mahal,katanya menunjuk nunjuk.Bila si orang kaya tersebut beli kereta buruk,dikatanya kedekut.Kan?Lumrah.Itu semua bergantung kepada niat si orang kaya tersebut.Kita tak tau apa niat dia,so susah sikit nak nilai.Buat hypothesis tu biasa la kan?

Tapi kadang-kadang hipotesis kita selalu betul.Contohnya,kita buat hipotesis bahawa si orang kaya tersebut membeli kereta porsche untuk menunjuk nunjuk.Mula-mula dia tak tunjuk belang lagi,kita dah ada hipotesis.Then tak lama lepas tu,dia mula tunjuk belang,hon hon kereta di halaman rumah.Sengaja membunyikan alarm kereta dan sengaja membasuh kereta di tengah tengah jalan di hadapan rumah mereka.Ada yang macam tu.Manusia,macam-macam ragam.So kita punya hipotesis boleh diterima tak?Mestilah ya.

Itu orang kaya,cerita pasal anak orang kaya pulak?

Mereka ni,bukan semua,sebab aku tengok ada je anak orang kaya yang baik hati bagi bangla minum air sejuk ye dak?HAHA.

Golongan yang aku nak tekankan adalah golongan anak orang kaya yang bajet.Bajet hot bajet kaya,padahal duit bapak kau,belum tentu kau dapat,mana tahu bapak kau muflis,niaya kau nak hidup,dah la tak pernah hidup susah.Bila dah muflis,mula mengemis.Selalunya macam ni.So,jangan nak berlagak sangat kalau kau tu anak orang kaya.Kalau berlagak tak pergi ke mana,awek memang kata mari,tapi membe kata pergi mampus.Takda orang nak kawan ngan kau jika kau bersikap sebegini.

Toksah nak tunjuk lagak,toksah nak tunjuk kereta mewah,toksah nak pandang rendah golongan miskin dan sederhana ni.Kita tak tahu apa akan jadi di hadapan.Memang hari esok bergantung pada hari ini,tapi jika hari esok tidak seperti dijangka?Apa lu nak cerita sama gua?Kan?

Iya,aku tahu.Mesti ada dikalangan anda yang terasa ataupun butthurt,akan kata.

"ALAH KAU JELES LA TU ORANG TU KAYA"

Aku jawab,"PERGI MAMPUS"

ADIOS.

Wednesday, November 9

Cerita Seksualiti Merdeka 2011

Bila aku balik rumah,aku bermasalah.Apsal?Bermasalah,sebab bila tengok tivi,aku akan tertengok berita,dan tertengok juga perkara semasa contohnya seksualiti merdeka ini atau dengan nama yang nampak liar sikit perhimpunan seks bebas.

Apa cerita Malaysia?Apa cerita  Ambigam?Kau terlibat?

Bila keluar je isu macam ni,aku teringat pada anwar.Adakah ini salah satu taktik untuk membebaskan anwar dengan menghalalkan seks bebas?

"Dahla isap rokok tu,jom check in hotel pulak,kita buat klip 3gp wanita.".

hmm..

Taknak komen banyak,itu pandangan aku.Kau orang cuba fikirkan.Apa motif mereka?

Kau rasa akhlak kau rosak tak kalau kau tahu benda macam ni wujud?Bukan saja boleh merosakkan akhlak,malah lari dari sifat kita orang timur.
Oi,kalau nak jadi orang barat.Dipersilakan berambus.

Dan aku rasa songsang songsang ni tak baik.Baik lagi cheongsam.

Apa ni,gua konfius mana halal mana haram.Bangang.

Adios.

Sunday, November 6

Salam Aidiladha Dari Perantauan.

Kerbau,unta,kambing,lembu tersedia,
Untuk disembelih bersama sama,
Ucapan syukur terkaku kata,
Buat semua di pagi raya.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Dah,gua nak pegi sembelih lembu.Buat satay.

Thursday, November 3

Edisi Pakwe Makwe #4 : Korban

Raya dah dekat,bilik masing-masing bergema lagu hari raya,bergema lagi.Tapi kali ni untuk meraikan hari raya korban.Bukan berkorban untuk pakwe atau berkorban untuk makwe ye.Dan esok jam 11 gua akan bertolak dari JB ke Kuantan.Cuti sebenarnya hanya setakat sampai hari Rabu,tapi niat di hati ingin mengextendkan lagi cuti sampai Ahad.Dan setelah rakan sekelas negotiate dengan semua lecturer,so kelas Khamis dan Jumaat lepas raya dioffkan.Selamat.

Boleh raya lama sikit,raya puasa sebulan aritu gua raya tak sampai sebulan,gua simpan untuk raya haji.

Tapi gua bukan nak cerita pasal gua nak balik,gua tahu lu pun nak balik dan tak nak dengar gua membebel kan?Tapi gua nak cerita pasal korban.Korban?Pengorbanan?Seorang bapa terhadap anak?Yes.Seorang suami terhadap isteri dan sebaliknya?Yes.

Pengorbanan seorang makwe terhadap pakwenya dan vice versa?NOoooooo...Jangan sekali.

Ape?Kalau seorang pakwe tidak berkorban untuk makwenya itu tandanya dia tak sayang?Kau rasa camtu?

Kau rasa perlu ke si pakwe terjun lautan api untuk menunjukkan tanda sayangnya dia pada kau?Sekali dia terjun mati?Merana tak kau?Atau kau menjadikan dia sebagai persinggahan?

Ok la,kalau si makwe tak berkorban untuk si pakwe,sape lagi nak berkorban?Alah kau dah besar la,takkan berak pun nak suruh awek basuhkan?Takkan la kau nak makan takde duit kau pegi pau duit makwe kau?Takkan kau tengah sangap kau suruh awek kau korbankan badan dia untuk kau?Wei kalau sangap kawin la bai.

Dan aku rasa,si pakwe tidak perlu berkorban untuk si makwenya.Nak tunjuk sayang?Senang je,korbankan duit kau sikit masuk meminang kan senang cerita.Bukak buku baru,lepas tu boleh la kau nak berkorban segalanya kepada sayang sayang abang abang kau tu.

Tapi inilah perkara yang terjadi pada zaman ni,bila malam merdeka je korban,bila malam tahun baru je akikah.Padahal maksud kedua perkataan tersebut tersangatlah suci.Watkejadahell this happen in our country.Bajet.Aku pun bajet.Bajet cakap omputih.

Dan aku rasa,kalau setakat nak celebrate something dengan pakwe atau makwe,tak perlu pun korbankan duit,korbankan masa,korbankan badan tu semua.Nak nampak sweet,kau bagi bunga letak depan pintu.Lari.Dan bunga tu kau petik.Senang.Tak bazir masa,duit pun tak bazir.

Kalau ada masa terluang baru la kau pergi dating.Kalau pakwe tengah kerja pun kau ajak dating,aku rasa tak lama lagi kau yang makan kasut.

So,aku rasa dalam relationship ni kita tak perlu la sangat nak berkepit dua puluh empat jam.Sebab aku rasa,kalau masing-masing berkepit,ketiak pun masam kan?

Adios.

p/s:esok balik rumah.HAHA.On9 unlimited kat rumah.Tanpa halangan.

Wednesday, November 2

Test

Gua rasa gua patut ke tak privatekan blog?Yela,seminggu menghilang,muncul hilang muncul.Kalau macam ni susah gua nak naik.Tapi takpela,gua bukan nak naik sangat.Setakat gua bangga ada blog,lu ada?

Haha,setakat ni boleh la gua bangga ada blog dan penulisan sendiri.Orang lain kebanyakannya takde.Tapi gua tengok dah cecah 14k++ dah jumlah penulis di blogger.Yea,free lah katakan.Semua orang boleh menulis.

Sebenarnya gua taknak pun cerita benda merepek kat atas tu,gua hanya nak cerita mana gua pergi.

Gua?Hilang lagi?Perkara biasa...Sampai dah terbiasa tak update,pelanggan semua lari.Serius.Tapi takpelah,benda lain banyak lagi gua boleh buat.Kerja gua bukan tulis tulis dan tulis.Belambak.Disebabkan test juga,gua hilang.Pulun abis abisan.Sebab CGPA gua rendah,kena pulun.

Dan baru tadi jam 10:15pagi,test terakhir hidrologi,tamat.Tapi baru test 1.Bukan pasal test yang gua nak cerita tapi nak cerita pasal malam before test tu.Nak tahu apa jadi?

Malam 1/11/11,jam 8:30,sekeliling UTM gelap gelita.Gua rasa mereka sambut haloween kot.Sebab tu gelap dan ada certain-certain tempat je cerah.What the hell.Gua nak study bai.Tapi tergendala.Boleh je study library,tapi macam dah langgar hukum alam je bila gua study kat library.

So,malam tersebut,gua dan rakan-rakan pergi minum,lepak,snooker,pergh.Sampai ke pagi,jam 2:00 pagi baru pulang ke kandang UTM.And still lagi tiada bekalan elektrik.So,solutionnya,gua dan rakan-rakan study di kawasan fakulti,kerana hanya kawasan tersebut je yang terang.Haloween kat situ?Emm,confuse.

Dan study tak sampai 2 soalan masing-masing mengantuk haram jadah.Balik dan tido jam 5:00pagi.Dan perlu bangun pada jam 9 pagi untuk jawab test.Last-last open book test woooo.Berbaloi je tak study semalam.

Alhamdulillah.

Adios.