Sunday, October 23

Edisi Pakwe Makwe #3 : Merajuk?Memujuk?Dipujuk?

Dulu la aku pernah terbaca status seorang minah ni dekat facebook,dia berkata.

"sepatutnya aku yang dipujuk,bukan memujuk,hmmmm."

Macam tula lebih kurang,aku pun dah ingat-ingat lupa,sebab dah lama pasang niat nak tulis benda ni tapi pemalas,so aku delaykan penulisan aku dan akhirnya aku tulis jugak.Aku bukan nak aibkan minah ni,identiti pun aku tak cerita kan?tak aib kan?

Aku cuma mahukan pendapat anda semua..apa pendapat anda?Adakah perempuan patut dipujuk?Adakah perempuan patut merajuk?Adakah lelaki tidak boleh merajuk?Patut ke lelaki memujuk?

4 Soalan kesemuanya,dan sebelum korang bagi pendapat korang,aku nak bagi pendapat aku dulu,baru la rainbow sikit entry ni.

soalan-soalannya.
  • Adakah perempuan patut merajuk?
    Perempuan merajuk mestila ada sebab kan?bukan merajuk tak tentu hala,eh eh tiba-tiba merajuk,angin takde ribut takde apsal merajuk?Merajuk tu sebenarnya penting,sebab boleh bagi si lelaki ni fikir sikit apa salah dia kan?Tapi kalau takde buat salah kau nak merajuk,aku sepak kau laju-laju nak?
  • Adakah perempuan patut dipujuk?
    Patut.Sebab si lelaki buat salah,patut la kau pujuk.Ambil hati,supaya pasangan tak lari.Pujuk la dengan menggunakan kreativiti masing-masing.Suka hati kau nak buat apa.Tapi kalau si perempuan mengada tiba-tiba merajuk,kau jangan pujuk,jangan pujuk,serius gedik nak mampus.
  • Adakah lelaki tidak boleh merajuk?
    Lelaki kalau merajuk nampak tak cool kan?Nampak lemah kan?Memang,tapi apa salahnya kalau merajuk dengan awek dia kan?Tak salah kan?Biasala,kelemahan si lelaki adalah seorang perempuan,so kenala merajuk supaya si awek ni fikir sikit batas,lagi-lagi bagi pasangan yang serius dan akan berkahwin.Kalau couple monyet ni aku rasa takyah nak mengada merajuk.
  • Patut ke lelaki memujuk?
    Laki patut pujuk,pujuk awek,pujuk la awek yang tengah bersedih kononnya inginkan perhatian.Kalau kau tak pujuk gerenti melepas la kau,lagi-lagi kalau awek yang hot-hot ni kuat merajuk.Serius aku tak tipu.Merajuk merajuk sampai boleh buat orang menyampah.
Apa pendapat anda pulak?

Kesimpulan la,kadang-kadang aku rasa menyampah kalau ada orang merajuk tiba-tiba.Rasa macam nak lempang je.

adios.

Friday, October 21

Perempuan Patut Terajang Lelaki Itu Sampai Mati

Petang-petang pun kena study?Mesti,sebab malam nanti gua ada test,traffic,pasni gua boleh jadi polis traffic,pergi terajang 2 minah dan mamat yang bercinta tiga segi.Ok lepas ni si perempuan mati,si mamat ni perlu nyanyi lagu cinta segi tiga bermuda.Yela muda-muda lagi dah pandai tarik-tarik rambut.

Lu orang tak paham apa yang gua cerita?LOL,tak tengok lagi video tu?Ala video budak-budak hingus bergaduh berebut sorang pakwe?Pakwe ke?Patut ke digelar pakwe?

Gua gelar dia jantan keparat.Playboy?Hensem sangat ke macam Seth Tan sampai 2 orang rebut dia?Pergh pergh pergh,gua tak dapat bayangkan betapa hensemnya dia.

Kerana nila setitik,rosak jantan satu malaysia.Cilaka ini jantan,lepas ni makin susah la mamat kat Malaysia ni nak mengurat kan?And then,kalau gua pandang ke depan la,awek smua makin jual mahal,so si lelaki tak de pilihan,terus jadi gay.HAHA,imaginasi tinggi,dan yang perempuan terlalu mahal sangat la jualnya sampaikan takde yang mampu nak beli.

Perempuan?Lesbian?

ehehehehe.

Kan dah susah.Perempuan dah mula berfikir lelaki ni tidak boleh dipercayai,janji tidak ditepati,lelaki ni janji kosong,lelaki tu gila awek,awek tu gila talak.Eh?

Bila perempuan dah fikir macam tu,laki susah la mau cari makan ma?

Dan gua rasa kalau gua jumpa budak jantan hingus yang playboy kononnya awek kejar-kejaran kat dia,gua bagi terajang,terajang dalam longkang.Sampai mati.

Then mungkin akan keluar video klip lagu Cinta Segi Tiga Bermuda.Kali ni video klip bukan di penjara tapi di kedai kasut.

adios.

Thursday, October 20

Orang Fikir Aku Bodoh.

Bila bodoh,orang benci,
Bila bodoh,orang tak peduli,
Orang hanya perlekehkan lagi aku dengan kebodohan aku.

Tapi,
Yang aku pasti,
Orang bodoh sentiasa berfikir ke depan,
Selalu fikir nasib malang yang ditimpa,
Bila selalu muhasabah diri,
akan cuba untuk perbaiki diri,
supaya tidak dipandang rendah lagi,
supaya orang dah tak benci,
supaya orang ramai sayang,
Yela,bila dah perbaiki diri,dah kaya,ramai yang sayang kan?

Dan,
Orang bodoh akan sentiasa lebih berjaya dari,
mereka yang memperlekehkan orang bodoh,
Kerana mereka yang selalu memperlekehkan orang yang bodoh,
sentiasa berfikir,
"aku pandai,bijak,cerdas,pintar"
"Takyah belajar pun takpe."

Mungkin dia pandai dalam arena pelajaran,
mungkin sekali dia bodoh di arena kehidupan,
dan akan sentiasa mudah ditipu,
walau cerdik pandai mana kau sekalipun.

Jangan bongkak.
Jangan perkecilkan orang.
Jangan kedekut ilmu.
Jangan jadi bodoh.

Adios.

Monday, October 17

Dah 10 Tahun Berblog tapi...

Ehem,10 tahun?Yea,bukan 10 tahun,tapi baru setahun,bukan setahun jagung,itu adik-adik saja.Gua dah dewasa,bukan remaja.Kalau kahwin boleh dapat anak.Remaja kawen dapat anak dan buang.

Yea setelah setahun gua berblog,gua masih tak jumpa lagi la,blog mane yang best nak dibaca?Blog kau?Blog lu?Blog awak?Atau blog saya?

Apa yang gua cari?Gua cari satu atau lebih,blog yang free-thinker,gua ada la jumpa,tapi boleh kira dengan tangan beb.Itulah dulu gua dah pesan,nak buat blog,nak naik kena la bersungguh-sungguh.Kalau macam gua ni tak perlu bersungguh,sebab gua bukan hebat pun.

Bagi mereka yang nak naik tu,kena la buat entry kaw-kaw,tapi yang aku jumpa blog biasa,normal,macam makan nasik,hari-hari makan nasik.ish.

Gua jumpa dalam 3 je blog yang gua suka,blog namee,blog lensarosak,dan blog serius.Blog lain gua bukan tak suka,tapi macam lebih kepada SEO dan juga personal.Gua tak cakap blog personal takleh naik,tapi dah taste gua macam ni,nak buat macam mana kan?

Tapi tulah,takleh nak salahkan orang lain,diri sendiri pun tak hebat.

bak kata Jai,
Kau tak payah nak azankan aku lah.

adios.

Pepatah Yang Pepatung

"tanya sama pokok apa sebab goyang,nanti jawab pokok awek yang goncang"




p/s:gua boldkan pepatung di atas supaya lu orang tau maksud di sebaliknya.
adios.

Wednesday, October 12

Observation : Lelaki Hensem Pilih Perempuan Biasa-Biasa

Err..Gua dah tak tahu macam mana nak start tulis dalam blog,dah jadi noob balik,haram J sungguh.Inilah yang akan terjadi jika kita sebagai blogger tiada komitmen pada blog sendiri.Noob sial kau.

Kita teruskan dengan topik yang gua nak bincangkan kat sini,sebenarnya gua menghilang mencari otak-otak gua yang hilang,idea pun dah hilang,kena format balik otak,sebab tu noob je introduction gua.

Dari first year sampai la third year,gua dah buat observation dan akhirnya gua dah buat kesimpulan,ini sekadar kesimpulan dari gua secara mata kasar,bukan kesimpulan mengikut kaedah saintifik.Kesimpulan yang gua dah buat,gua rasa,kebanyakan lelaki hensem yang jambu-jambu ala-ala kpop selalunya taste mereka sekadar perempuan yang biasa-biasa.Dan lelaki yang kurang hensem,selalunya taste mereka adalah pada perempuan yang berlilit tudungnya sampai tercekik,perempuan seperti primadona.

Ye,gua juga ada bincangkan dengan membe kampung gua,dan dia juga sependapat dengan gua.Mungkin ada kebenarannya,sebabnya gua nampak dengan mata kasar gua sendiri.Dan kebanyakan yang hensem hensem bercouple dengan wanita yang biasa-biasa,yang tidak mengikut trend atau fashion semasa.Tengok la pada mat rempit,awek diorang cun cun tak?Muka pecah tapi awek gila babi hot.

Macam mana pulak dengan couple yang sama-sama cantik dan sama-sama padan?

Taste orang lain-lain,laki ni tengok awek tu cantik,laki tu pulak tengok awek ni biasa saja.Lain orang lain pandang.Lain orang lain tempat dia usha.Pelik kan taste manusia?Bagi kes di atas yang telah diboldkan,kau pun pernah tengok pakcik dan makcik kau mungkin ada yang dua dua muka segak kan?

So,kalau anda rasa anda seorang perempuan yang ada pakwe hensem macam korea,janganlah sampai kau gunakan entry gua ni sebagai penanda ukur lu pulak.Maksudnya,kau terima semua apa yang aku tulis dalam entry ni,dan kau rasa mesti kau seorang perempuan yang tak cantik,sebab tu dapat pakwe hensem kan?

Jangan berfikiran begitu,ini hanyalah sekadar kemungkinan saja.

Dan aku rasa satu lagi kesimpulan,yang ala kadar dengan yang ala kadar.

Ok trimas.

Chalo.

Sunday, October 9

Aku rasa aku dah tak boleh menulis.

Dah lama tak tulis,dan apabila tulis semula,gua rasa perbezaan yang ketara.Gua rasa otak gua dah hilang,gua rasa mana perginya idea idea dan perkataan yang kebabom yang ada pada diri gua?Gua rasa apabila gua tulis skema-skema gua rasa macam loser gila babi.

Loser,yes loser,aku loser sebab aku dah tak dapat nak menulis dengan baik dan gempak.Aku sebenarnya nak buat blog aku jadi tempat yang penuh dengan pengajaran dengan menggunakan ayat kebabom.Mungkin awal-awal dulu masih ok,tapi rasa macam prestasi menurun.

Semakin lama semakin skema.Mungkin ikut gaya umur.Maybe.

Tapi bila tulis cara skema,aku tak dapat terima.Rasa macam tulis sampah.Korang pernah rasa macam tu?Bila tulis main hentam,itulah jadinya.Ayat tunggang langgang,idea kurang.

Dan mungkin aku takkan update blog lagi,tunggu sampai aku rasa otak aku kembali.

chiao.

Thursday, October 6

Kata Sombong

Selalunya,bila orang yang ada pasangan ni,selalu sombong.Sombongnya hadir secara tak sedar.Ibarat kau mengigau di siang hari.Kata-kata sombong yang dikeluarkan mungkin kata hanya dalam hati,orang lain tak dengar tapi tuhan maha mengetahui.

Bila je kau nampak seorang mamat ni,dengan muka sememeh,ada gaya macam mamat loser,muka basi,macam tak mandi,kau mungkin akan cepat-cepat berfikir.Eh apehal dia ni?Soalan yang cukup menunjukkan kau seorang yang ambil berat tentang persekitaran.

Dan macam-macam lagi persoalan akan hadir dalam otak kau.Dari A sampai Z.Dan mungkin sekali soalan terakhir iaitu soalan berhuruf Z,kau akan tertanya soalan begini.

"Mamat ni dah ada awek ke belum?"

Dan....kau akan jawab soalan kau sendiri.
Kau tanya kau jawab.

Jawapan yang agak sombong.

"Mungkin mamat ni takde awek ni,such a loser,takkan ada awek kot?Malang nasib ada pakwe macam ni."

Mamat tu tak bersalah pun,mungkin nampak je macam tu.Lain orang lain pandang kan?Dan kau memang tidak layak untuk mengatakan sedemikian pada mamat tersebut.Perkara ini boleh terjadi juga pada si minah.

Jangan sangka muka yang toya (baca:toye) tidak bermakwe.

Orang kita,biasalah.Biasa?Dah menjadi perkara biasa ke cakap macam ni?Dah biasa dengan sikap memandang rendah pada orang?Dah terbiasa bersikap angkuh dan sombong?
Yea,
Maybe kau ada pakwe ataupun makwe secantik Megan Fox.Awek bibir macam Angelina Jolie.Seputih Angeline Tan mungkin.Kalau kau ada pun apa aku kesah?
Pakwe makwe tak mungkin berkekalan,melainkan couple setahun then terus nikah.Itu aku percaya.Couple 5 tahun?Nikah belum kahwin sudah.Ada kan macam tu?

So,sifat pandang rendah pada orang ni kau perlu ketepikan,kerna ianya hanya akan menghitamkan lagi hati kau yang dah memang hitam.

Sifat sombong,jangan simpan.Buang jauh-jauh.Kita manusia melayu ada adat dan adab.Jangan tahu jaga adat je tapi tak tahu adab.

adios.

p/s : sedangkan siti sarah pun dah kawen,kau?