Saturday, April 30

Batu & Golek

Sempena Selasa ni gua exam Rock,gua nak cite pasal batu dan golek.

"If you smell what rock is mean"

Dulu,karier hidup gua bermula dengan mengkaji batu-batuan dan kerak bumi.Ini bukan karier seorang ahli gusti yang kejap keluar kejap masuk.Ini merupakan karier gua zaman kanak-kanak dulu.Gua rasa,ini bukan karier gua sorang,malah ramai lagi berkerjaya macam ni.Ramai orang cakap karier nih agak susah,sebab kena menghafal jenis-jenis batu,tapi masa gua kecik-kecik dulu gua hanya kenal tiga batu,batu merah,batu nisan dan batu gua.

Gua kenal batu merah,sebab time kanak-kanak gua selalu main backhoe,excavator semua kejadah tu.
Tak semua berpeluang bermain macam gua,sebab anak jiran sebelah tiap kali main menatang haram ni gerenti kena piat dengan ibundanya yang tercinta.Lagi satu,gua selalu jugak main korek-korek lopak air sambil membuat benteng kasi kukuh,ibarat membuat empangan sebenar.Tapi ianya sekadar model sahaja.

Batu nisan pulak gua kenal sebab tiap pagi kalau pergi sekolah gerenti lalu jalan kubur,memandangkan gua selalu pergi sekolah awal,selalu jugak nampak pakcik makcik kat kubur tuh,tengah berkebun dan menyiram pokok bunga.Kadang-kadang kalau gua pergi sekolah lewat pun makcik pakcik tadi masih bekerja.Dan gua jugak jarang pergi ke kubur,hanya sewaktu bapak membe gua meninggal dan time datuk gua meninggal.Nampak sangat gua nih budak jahil.

Pasal batu gua,gua tak perlu cerita,sebab blog gua blog hiburan kanak-kanak riang,bahaya,nanti dah tua anak beranak cucu cicit gua baca,boleh menyebabkan mereka ghairah. T____T

Golek,cerita paling lucu yang membe gua alami,masa nih gua sedang meningkat remaja,dan selalu lepak malam minggu sampai 12malam sampai 3pagi,ada kalanya sampai tak pulang-pulang.Macam biasa,ibu bapa gua seorang yang cool,mereka tahu dengan siapa gua berkawan dan tidak akan mengongkong gua,sebab diorang tahu anak mereka seorang yang baik-baik.peace.
Sambung cerita golek,time lepak-lepak ni la,seorang membe gua hendak pulang,tapi tiada siapa ingin temankan beliau.Masing-masing berpakat tidur ayam.Membe gua sampai dah menangis kerana takut dimarahi ibunya yang tak cool langsung.

Nak tak nak,beliau terpaksa berkayuh pulang.
Dalam perjalanan,sambil berkayuh dan menghisap sebatang rokok,tiba-tiba....
Serta merta beliau mencampakkan rokok beliau,dan dengan nada yang kuat...
ALLAHUAKBAR!!!!ALLAHUAKBAR!!!!ALLAHUAKBAR!!!!ALLAHUAKBAR!!!!
Disertai dengan titisan air mata ketakutan,hampir terkencing...Beliau berkayuh sekuat hati,katanya dia nampak hantu golek terbaring tepi jalan.
Esoknya,beliau cerita kat kitorang,kitorang pun cuak,masing-masing buat muka takut...Pastu kitorang mula la investigate.Lalu jalan tuh petang tu jugak.
Nampaknya,pandangan kami meleset.Kami cuak.Rupanya kotak.Bukan hantu golek.Tamat cerita golek.

Memandangkan Selasa exam Batu dan Geologi,gua rasa gua patut berkarang pasal cerita di atas.Gerenti dapat penampar.Dan gua rasa gua patut mula baca kitab batu-batu.Jangan jadi batu masa peperiksaan.
"Salam Batu Semua."

p/s:tak mainla salam 1Malaysia.

Friday, April 29

Kaciwa

Wei,lu orang pernah kecewa tak?
Lu kecewa sebab awek lu membe lu tibai?
Tak kisah la ape jenis kecewa sekalipun,gua nak bagitaw kat lu semua,
Kadang-kadang,kalau gua menulis entry yang bodoh-bodoh,yela entry bodoh-bodoh macam gua tulis merapu maybe time tuh gua tengah serabut otak,pastu mengada nak update blog,
so produk yang akan keluar jadi sampah.

Mungkin ada entry-entry gua yang menjengkelkan bagi lu semua,dan ada jugak entry gua yang gua sendiri menyampah nak tengok,sebabnya gua tulis ape benda entah.
Ini la yang dinamakan,gua belum matured dalam menulis sesuatu isu.
Kadang-kadang pasal isu semasa,gua main tibai je cakap,langgar fakta terus jadi auta.
Tak pasal-pasal kena tibai dengan blogger lain pulak.
Tapi setakat ni alhamdulillah takde lagi yang nak tibai gua.
OoO..kejap lagi ade la tuh..haha.

Tapi di sini,gua kali nih nak meluahkan perasaan gua,bukan macam si hensem tengah nak propose awek tuh tapi gua saje saje nak luahkan,rasa kecewa menulis sampah.

So,lepas ini mungkin gua akan berfikir dulu,ambik masa 2-3 hari,baru tulis.
Baru la isi mengancam dan power kan?
Dari situ jugak gua boleh mengukuhkan lagi identiti gua yang masih lemau dan lemah ni.
Bila dah cukup power dan identiti dah kental,baru boleh start tulis hari-hari.

Kebanyakan entry gua yang lepas-lepas merupakan sampah bagi gua.
Mungkin bagi anda ianya sekadar satu hiburan..Ada satu entry yang gua rasa betul-betul sampah!
Gua taknak bagitaw la,sebab nanti akan menyebabkan pihak ke3 ke4 ke5 akan turut 
kaciwa.

Peperangan Antara 8 Blogger

maafkan gua jika ada terkasar bahasa,gua mintak maaf,gua harap lu semua yang tengah berperang dan berdendam dengan gua dapat maafkan gua,gua dah tak larat,sebab 7 orang semua kutuk gua caci gua maki gua,cacing kerawit?oh belum lagi.

Ceh,lu ingat gua takut ke berperang dengan lu semua?
Eh semestinya gua takut,tak pasal-pasal gua kena pulau pulak nanti...
Berperang psikologi dengan 7 blogger lain,yang gua tak kenal dan ada jugak yang gua kenal.
Semua berpunca daripada tangan gua,gatal menaip

"oh siapa nak bergaduh dengan gua,sila kasi link blog anda."

Mereka bertujuh telah berpakat untuk mengenakan gua dan berpakat bergaduh dengan gua.
7 lawan 1,mane adil,lagi satu,gua nih tak main la pukul-pukul perempuan.dayus.
Nak tau siapa dalang ataupun ketua 7 blogger nih?
Gua memang tak puas hati,sejak bila dia dapat naik pangkat jadi bos kongsi gelap blogger.

 Bos nya, IQ.
Nak gua kasi backlink tak?
Ok gua kasi gambar header lagi,supaya lu pembaca gua boleh kenal siapa yang nak bergaduh dengan gua nih.


Oh oh,sape pulak gerangan si itik kuning nih?emm.blogger ke2 yang bergaduh dengan gua,dia ni tali barut si IQ tuh.
Sebab tula diorang sepakat nak gadoh ngan gua.Nak tengok muka sebenor dia,g terjah.
Oh ini di sebelah kanan gua sape pulak sih,geng geng geng kongsi fa cai tadi la,yang suka suka gado gado sama gua,ai ya,ah cai manyak susah hati dia olang kasi gua punya hati manyak susah.
Gua tak mahu cakap manyak,lu olang mau tau pegi la kat sana tengok itu muka muka yang suka gado gado pun.sini.

Oh sepakat membawa berkat,seorang lagi blogger lelaki telah berpaling tadah dan memilih untuk bergadoh dengan gua.
Tengok tuh,siap ade team keroro lagi,nak belasah gua cukup-cukup la tuh.
Tapi takpe,berkat usaha gua pergi gym,gua yakin gua boleh hadapi semua ni,jom tengok sape dia nih.sini.

Ini sape nih?sape dia nih?nak bergado dengan gua jugak?kenal pun tak,tapi tiba2 nak gado ngan gua,sape dia nih?oi gua tanya lu,lu sapa?
adoyai,letih dah gua nak gadoh2 nih,cuba lu bukak blog dia,ape dia tulis pasal gua?
takde pape kan?
memangla,pergaduhan belom start lagi.
ish3.tak caya tengok la sendirik pun.


Hah!
Lu nak tahu tak dari mana datangnya geng geng yang anti sangat ngan gua nih?
Datang dari U gua jugak,bebudak UTM jugak,naseb baek la gua sabar lagi,kalau tak sabar gerenti masuk kubur dah gua nih.
Dah dah,gua dah nak pergi bersiap dengan senjata serta baju kalis peluru.
Helmet je gua tarak,pinjam gelmet construction kat technician boleh?
Geram gua,!!

Thursday, April 28

Tips Menghadapi Exam Sembang Kemas

"Mak,esok ada peperiksaan akhir tahun la mak,macam mana nih?" tanya Awang kepada ibunya.
"Eh,ko yang exam,ko tanya mak?" tanya ibunya kembali.
"Alah mak pun ape kurangnya,dulu macam Awang jugak kan,study last minit kan?Jangan nak tipu,Awang tau semua rahsia mak,siap tau mak couple ngan sape lagi time kat U dulu tau,huh!" jawab Awang bongkak.

"Pang!" bunyi pinggan pecah kerana dilanggar meow meow.

"Pang sekali lagi!" kali nih bunyi tamparan ibu ke atas Awang.


"Adoi doi doi doi,sakit la mak,ala orang gurau jela,ala mak study last minit pun mak power jugak kan?Kasi tau la ape resipi asam pedas mak tuh,macam mana mak belajar civil tapi bile kerja,kerja pilot,ape rahsia?" tanya Awang.
"Yela yela,nanti mak cerita kat ko ye Awang....alololo sian anak mak kena lempang,nak lagi tak?" gurau ibunya.

Ni ha Mak Awang nak kasi tips sikit kepada anda:
  • TOYOL
Dulu masa makcik jawab exam dulu,makcik mintak bantuan jin angkasa lepas,toyol.
Makcik nak kasi tau,jin jin lain time nih memang takde guna, #pocong #polong #langsuir #cikpon #hantugolek #orangminyak semua tak berjasa,paling berjasa sekali,toyol.
Bawak toyol pun ade tips jugak,
  1. Toyol kertas buku jawapan bersaiz A4.Gunakan buku jawapan Test anda,bersaiz A4,wajib ikut.
  2. Lipat toyol sebaik mungkin.Kalau handal dan pakar buat toyol,kasi tersusun sikit semua equation dan fact dan bila lipat,kertas anda akan lipat dengan cantik dan kemas.
  3. Selit dalam kalkulator anda.Bila dah lipat cantik-cantik kasi boleh muat kat kalkulator,baru tak kantoi.
  4. Bila dah masuk dewan,keluarkan toyol semasa lecturer memberi arahan di depan,time nih adalah waktu kemuncak toyol senang keluar.
  5. Ikut kesemua langkah 1-4.Tak perlu ulang.
  6. Selesai guna toyol,selit dalam lengan baju bagi perempuan,bagi lelaki yang kuat dan kebal,genggam toyol anda kasi penyek.
Ok itu makcik nak cerita berkaitan dengan toyol dan ada lagi tips-tips yang makcik nak bagitau nih,jangan klik pangkah lagi.
Sabar.
  • Senyum Lebar pada lecturer anda
Makcik dulu selalu praktikkan benda nih,time masuk dewan,berselisih dengan lecturer,senyum kasi lebar lebar,jangan cakap ape-ape,takut tersilap cakap "toyol".Nanti kantoi.
Senyum itu sedekah kan?
Kasi lecturer anda psycho sikit bila tengok anda tersenyum tanda anda akan jawab soalan mereka dengan sebelah tangan saja.menakjubkan.
  • Tido dalam dewan atau senyum pada rakan disebelah
Setelah selesai menjawab,andamesti mengantok,tapi sebelum tuh,hapuskan dulu toyol anda.
Lepas dah hapus lupus semua,anda boleh ke aksi seterusnya,iaitu tido,kalau taknak tido,anda boleh toleh ke kiri atau ke kanan,untuk mula psycho membe sebelah,tak kisah la orang sebelah tuh anda kenal ke tak,kalau dia pandang je anda,anda senyum tanda anda boleh jawab,tak kisah la boleh jawab ke tak,tu soalan ke-2.
Psycho kasi rakan sebelah tertekan dan mungkin psycho sampai mereka menangis melihat anda.
ok?
  • Keluar dewan dengan senyuman
Masuk senyum keluar senyum,baru adil kan?takyah la nak nangis-nangis,nangis tak boleh buat ape pun,bukan anda boleh buat balik pun kertas tuh kan?
Melainkan anda ambik paper Julai,barula boleh...
Keluar dewan,psycho membe,psycho lecturer,kasi lecturer menangis tengok anda.
Bila membe tanya,anda jangan jawab,cuma kasi senyuman sinis yang serius.

Hah,dahla,makcik rasa dah cukup tips-tips menghadapi exam,makcik bukan bagi tips menjawab exam,cara nak jawab exam?
Ikut suka hati lu jela pun adoi doi kan..sukahati lu la macam mana nak jawab.
Kalau dia tanya 1+1..jawabla Pilot ke Tukang Sapu ke..sebab soalan anda,anda penentu jawapan anda.
Oh yeah!
Selamat bertemu lagi nanti di lain hari bersama Mak Awang.
byebye.

Sebab Kau la Aku Tak Dapat Makan Nasi Lemak.

"Mak Mah,nasi lemak ayam satu!" jerit Musalman.
"Eh,biadap betul,tula tak baca berita,tak tengok tv,asyik tengok kartun je ye,nasi lemak dah tak boleh jual!" marah mak Mah.
"Eh apsal makcik kitorang da takleh makan nasi lemak?" tanya Musalman.
"Nanti kamu dapat penyakit taw,penyakit obesiti,nanti gemuk gedebab!" jawab Mak Mah.

"Ni mesti sebab orang-orang dulu yang sudah kegemukan sekarang..." bisik Musalman dalam hati.

Faham tak ape yang gua nak sampai kan?
HAHA!

Agak-agak lu la,lu rasa budak-budak sekarang yang tak dapat makan nasi lemak tuh,akan menyalahkan kita tak?
Yela,diorang gerenti akan menyalahkan budak-budak sebelum mereka,iaitu kita senior-senior mereka.
Diorang akan mengatakan kita la punca mereka tidak dapat makan nasi lemak lagi di sekolah.
Diorang akan salahkan senior-senior mereka yang obesiti.

"Sebab kau lah aku tak dapat makan nasi lemak lagi!" herdik Musalman kepada seniornya.
Lantas Musalman terus dibelasah oleh senior-senior.
KAH3!

Sungguh childish,sungguh sungguh keanak-anakan.
Sebab menuduh kita-kita yang tengah dewasa ini sebagai punca mereka tidak dapat makan nasi lemak.

"Bukan aku lah,dulu aku kat sekolah tak makan nasi lemak,aku makan mee goreng je."

Gua rasa gua tau puncanya,puncanya.........mereka yang ambil RMT kat sekolah dulu,selalu makan nasi lemak kan?
Pastu lepas dah besar dah bahagia kena obesiti.kah3.
andaian gua saje,jangan tibai gua pulak ye...
Sebab gua pun ambik RMT jugak,tapi gua tak obes...
Ntah kenapa nak haramkan penjualan nasi lemak,aduh.
Sedap kot nasi lemak.

Tapi gua harap,walaupun tak de jual kat kantin sekolah,jual la kat kedai tepi jalan,sebab kami budak-budak lepas sekolah teringin makan nasi lemak,jangan haramkan penjualan nasi lemak kat Malaysia pulak lepas nih ye!

Sekadar Sembang Kemas.
Adios.

Rakan Tikam Belakang

Assalamualaikum =)

eh eh awal bangun?
Mestila awal,pagi ni ada exam,so kena la ready kan?
Persiapkan dan perkasakan toyol.
kan?
Barula hidup akan cemerlang..
Barula pointer tinggi ke langit kan?
heh..........

Baiklah,kali ni gua nak cerita pasal membe membe atau pun rakan rakan.
Gua bukan berdendam dengan membe-membe,jauh sekali tuh.
Gua hanya ingin sampaikan apa yang gua rasa,terhadap rakan-rakan sepermainan gua,itu aje.

Lu pernah dengar lagu Lenka - Trouble is a friend?
Pernah tak?
Kali nih gua nak guna tajuk lagu tuh sebagai quote gua.
"Friend is a trouble"
Percayakah anda dengan quote gua tuh?
Meh sini gua ceritakan,kenapa gua cakap macam tuh..

Kenapa gua cakap macam tu?
Lu semua mesti ada kawan kan?Mesti ramai kan?Kat facebook tuh sampai 600++ tu ape?
Bukan kawan ke?
Kawan di sini bermaksud kawan berhampiran anda,tak kira di rumah atau di sekolah.
Kawan lu pernah sakitkan hati lu tak?Mesti dah selalu kan?
Sama macam gua...tapi gua simpan dalam hati je,gua anggap itu semua gurauan ataupun kegedikan membe menghentam gua.
Tapi kalau gua sorang yang jaga hati membe,tapi membe tak jaga hati gua macam mana pulak?
Takde sepakatan dua hala namanya tuh!
Dalam berkawan kita mestilah menjaga hubungan sesama kita kan..
Kita nak berkawan lama,bukan setakat kawan time kem ataupun time aktiviti tertentu saja.
Tidak!
Berkawan biar sampai akhir dunia,biar sampai jasad bersemadi di dalam tanah.
Gua bukan nak cakap gua ni seorang membe yang hebat dan pandai menjaga hati membe yang lain,tidak sama sekali.
Gua hanya mampu sedaya upaya untuk menjaga hati mereka,jika terlepas kata atau terlepas dengan perbuatan sekalipun,maafkan gua.

Kadang-kadang ada juga membe yang suka meng'api'kan seseorang.
Sebab tu dulu time zaman sekolah gua kena pulau,sebab ada la membe yang berpaling tadah.
Rakan baik kita sendiri berpaling tadah dan meracun rakan lain supaya membenci gua.
Sampai gua kena pulau,tapi gua tetap cool,sebab lama kelamaan mereka akan baik semula dengan gua.
Diorang pulaukan gua tak sampai seminggu,pastu elok balik.
Mungkin mereka selalu nampak gua kesedihan dan kesorangan,lalu kembali ke pangkal jalan.
Tak silap gua,gua hanya terambil gula-gula sebijik je.
Eleh..sampai macam tuh nak pulau dan benci gua,pigidah!!

Gua jugak nak pesan,jangan sangka membe yang baik dengan anda,tidak akan meracun orang lain supaya membenci anda.
"Jangan sangka membe yang tenang takkan jadi buaya"
So,mungkin sebab itu,gua kena pulau.
Kadang-kadang jika anda terlepas cakap,mungkin mengguris hati si membe dan si membe ingin membalas dendam dengan meracun membe lain untuk membenci anda.
Itu semua hasutan syaitan.
Lama kelamaan,membe kita tadi akan berfikir sejenak,
"eh apsal aku buat macam nih kat dia?"

 Ini la yang gua gelar membe tikam belakang,atau membe sembang belakang.

Sekali lu buat taik dengan gua,gua boleh bersabar dan simpan dulu,tapi kalau dah 1000kali lu buat,mana mungkin gua tidak meletup?

Kepada membe-membe gua,maaf jika anda terasa,gua hanya mahu mengingatkan kamu supaya berhati-hati semasa memandu dan jagalah rakan anda sebaik mungkin.Gua janji akan jaga persahabatan kita sampai gua mati.Bukan senang nak dapat membe macam lu semua.Gua pun harap anda semua akan jaga persahabatan kita.Jangan ada benci membenci,sembang belakang,paling teruk tikam belakang,tu semua sifat Syaitan Nirrojim.

"Eleh lu ingat lu sorang je boleh melenting?!!!" herdik Samad kepada gua.

:adios:
Assalamualaikum.

Tuesday, April 26

Kite Enjoy!

Assalamualaikum =)

Eh eh?jom kite enjoy nak?eh eh final macam mane?Rabu ada paper Hidro?
Ohh..lupa pun kat exam..ia pun kan..
Cerita pasal exam,1st paper gua,hari semalam pun Isnin kan,25 April Kalendar Masihi pun.
Gua menjawab dengan tekun di barisan hadapan sekali.
Sentap hati maknak...gua yang selalu ponteng,aish nya pun,terpaksa la pun duduk depan-nya-in.
Selamba je gua bukak toyol.
Lecturer senyum girang pada gua.Tanda gua akan lulus cemerlang.
Gua mula mendabik dada pun,tanda gua girang.
Tapi belum tentu lulus cemerlang,kira ok la boleh buat,dari kosong je kan?
So,bukan nak riak bukan nak menunjuk..

Alhamdulillah~
 
Tak kira jom enjoy pulak!
Ala enjoy sikit je,jom kite enjoy dengan dengar Sinar FM nak?
Ada awek kesukaan ramai pun..Nora Danish pun..wah wah cair gua pun dengarkan suara dia pun.
Ape?
Tak suka pun?
Suka hati kau lah pun..gua tak kisah la pun,janji gua suka dia pun..
Dengar kata,Nora Danish baru pulang dari Umrah,Alhamdulillah~
Sejuk ati kome nih pun...
Sure la Lisa Surihani tak boleh beat Nora Danish..sure sure sure!!
Dia pun kata dia suka yang "ROi-ROi".
Statement dia,Yang ROi la I cari.
Time tuh gua tengah sit-up terus cancel,sebab Nora Danish cakap macam tuh.
Nak dengar lagi ape dia cakap?dengar Sinar!Sebelum pukul 9 atau 10 kot dia mungkin blah.
Satu je gua nak kate,gua obses dengan Nora Danish!
auwwww!!
jom kite enjoy kat sembang kemas!blog terbaik nora penah tengok.
 Eh eh..terima kasih la Nora Danish,macam nila baru fan sayang kan?
Susah-susah je puji gua.
Gila bayang la gua pun kan ia pun adoioiiiii!
Assalamualaikum.

Tak tahan la Abang,Gersang!

Assalamualaikum. =)
Berjumpa lagi kita ye?
Macam mana hidup anda semua?
Sihat?
Walafiat?
Ok lah,gua harap senang saja hidup anda semua seperti hidup gua yang sentiasa cool dan gembira.
Kita teruskan dengan entry untuk kali ni ye?

"Abang,Ayu dah tak tahan la,nak jugak nak jugak!!" gertak Ayu kepada Awang.
"Eh eh,ape ni Ayu?Ayu nak ape nih?" tanya si Awang.
"emmmmm......jom kita pegi belakang,Ayu nak bisik..bole?" bisik Ayu.

Selang beberapa minit...
"Owh Ayu nape tak cakap awal-awal,ni main terjah je!!" herdik Awang.
"Alah owang rindu la kat blog owang tuh,tak kira,nak tulis jugak,nak jugak!!!" tangis Ayu.

HAH!
Begitulah kisahnya,macam tula gua.
Dah baca entry gua yang sebelum nih yang mengatakan yang gua nak berehat sebentar?
Blom baca?ish ish ish jom klik SINI!
Hah!da baca?
Walaupun gua dah berjanji nak berehat,tapi seriously gua tak tahan la.
Gua tetap nak berblog,gua tetap tengok blog gua hari-hari.
Gua tetap tengok UV dan traffic kat blog gua.
Sorry to say,gua rindu kat blog gua,tak senang duduk kalau blog gua tak update.
So,kata putus nya "WELCOME TO BLOGOSPHERE!"

Dan gua rasa gua perlu tingkatkan usaha gua lagi,memandangkan hari tu Encik Nuff dah tak sayang gua,
Dia tak kasi gua status keahlian Glitterati kat gua,dia cakap gua berpaling tadah!
Dan status keahlian gua telah menjadi Biasa...Non-Exclusive.
Mungkin disebabkan sejak kebelakangan nih,blog gua sudah kurang visitornya.
Gua rasa,mungkin cara penulisan gua tak hebat,dan tiada orang suka dengan cara penulisan gua.
Tu yang sadis tuh T________T
woooo wooooo.....
Bayangkan,1 hari hanya ada satu UV je..its mean,gua masih hijau dan berhingus..
Jangan sesekali gelar gua otai,kalau otai,takdela macam nih kan?

Tapi,gua tau Encik Nuff tetap sayang gua,dia telah pulangkan status Glitterati kepada gua.
Mungkin selepas dia selidik blog gua,dia tengok,
"Eh takde pun iklan selain iklan gua,apsal non-exclusive kan?" bisik Encik Nuff.
So,dia dah pulangkan status gua,sekarang gua dah kembali "virgin".

Memandangkan tajuk gua tuh gersang,so gua boleh bercerita banyak pasal gersang.
Tadi gua dah cite betapa gersangnya gua kat blog gua tuh.

Kali nih cerita real punya,si Cikaro yang gersang kat si Buaya nih.
HAHA!
Bila lelaki dah jadi setan,macam tulah,terima je semua cikaro-cikaro yang diibaratkan "babi".
Kenapa gua gelar mereka babi?
Sebab...
Lu takut tak pegang babi?takut kan?takut haram kan?malas nak samak kan?
Gua nak tanya ni pulak,lu takut tak pegang pompuan/lelaki?takut?haram pegang?

Konklusinya?
babi=lelaki/perempuan.
kedua-dua lelaki dan perempuan haram berpegangan tangan jika belum berkahwin,atau dalam kata lain BUKAN MAHRAM.
Tapi pegang babi tak berdosa taw!
Hanya kena samak je.
Melainkan kalau lu makan babi,tu yang jadi haram tuh!

Kalau lu pegang awek lu,haram kan?
Tau pun haram,berpegangan tangan,bercumbu-cumbuan,bergesel-geselan.
Menimbulkan fitnah tuh.
Dan jugak mendekati zina!
Lepas bersentuhan,kena mintak ampun kat Allah tau.Bertaubat!!


Gua rasa sebab tula zaman sekarang nih ramai awek dah pecah dara bagai semua.
Gua ada terbaca paper hari Ahad,pasal satu survey yang dijalankan oleh budak-budak U mane tah.
Tidak disebutkan pulak dalam tuh.
Bayangkan...lebih 60% wanita berumur bawah 18tahun sudah ditebuk!
What The Fish?!!
Lepas nih lu nak kawen dengan sape?
Semua awek pakat nak pecahkan dara...ada yang rela,ada yang kena paksa dengan buaya.
Ada jugak yang sekadar nak mencuba macam mana rasa pecah dara..
Eh Eh Eh..zaman sekarang,dunia akhir zaman...
Sungguh hebat budak-budak sekarang BERSOOOOOO SIAL!

Pastu mula la teraba-raba bila si buaya tinggalkan mereka.
Menyesal tak sudah.
Pastu bila dah kena sekali,mula la Gersang...
kan?
Pastu,mula la lacur diri.
Dan bermulalah episod hitam awek tersebut.

Renung-renungkan.
Sekadar berkongsi pengalaman.
OOHH pegang babi takut ek?Pegang awek boleh pulak!!
:Adios:
Assalamualaikum.

Sunday, April 24

ByeBye Blogosphere

Assalamualaikum and very good morning to all of you,to all my friends and all my followers.
First thing,gua nak mintak maaf kat lu semua sebab dalam masa yang singkat ini,mungkin gua ada buat salah,buat taik kat lu semua.
Kepada membe-membe gua yang gua penah scratch hati lu,
Gua mintak maaf dari hujung kuku kaki hingga hujung rambut afro gua.
To my mom and my family,I love U all.
Maafkan gua.
Tapi gua bukan nak pergi hang myself ye.
Gua nak mintak maaf.
Sebab..
Sebab...mungkin gua akan berehat dari berblogging.
Untuk memberi peluang kepada otak gua yang tenat ni menghadap peperiksaan besar.
Final Exam.
Seriously,semenjak gua masuk alam blogosphere nih.
Otak gua dah makin kronik,tidur tak lena,makan tetap kenyang.
Tiap malam asyik termimpi-mimpi kan pasal UV,pasal traffic,sampaikan gua tak boleh fokus tidur.
Akibatnya,gua akan tidur di siang hari.
Berbeza nikmat tidur malam dan tidur siang nih.
Akibatnya jugak,gua mungkin tidak akan study pada pagi hari,
bak kata orang "weh study pagi la senang nak fokus dan senang nak masuk"
betul kata-kata orang tersebut.
Oleh itu,gua telah berjanji,gua akan berehat sebentar dari menulis dan mengepost di blog.
Kasi gua time untuk gua rehat,walaupun takde orang baca entry-entry gua.

Rest In Peace.

To all my friends and my followers,Good luck in your life and in your exam.
Gua tak sabar nak jawab exam nih.
byebye.
Assalamualaikum.
Jumpa lagi.

Saturday, April 23

Macam mana nak hebat bila menulis?

Haritu,masa gua bercerita pasal Pipiyapong dan Ben Ashaari,muncul seorang mamat nih,blogger jugak la.
Katanya dia newbie..

"salam bro.. camner nak hebat dalam menulis entri? kasi gua ilmu skit.. gua newbie." tanya si fuyooh diberi nama.
Gua tengok profile dia,memang baru dan fresh lagi,baru start berblogging April 2011,bulan ni la kan?
Tapi walaupun masih baru,hah jangan main-main,ini mungkin baru dan berisi punya olang maaa...
Tak sampai sebulan,rakan-rakan followers sudah mencecah angka 3 didepan,sama macam gua.
Boleh tahan jugak budak ni.

Bukan itu yang gua nak celita sama lu olang,walaupun gua nih mix,tapi gua tak geti cakap cina,sikit-sikit je.
Abaikan statement kat atas tuh bole?

Terus ke topik yang gua cuba nak sampaikan kepada lu semua,
Topik mengenai kehebatan penulisan seseorang blogger.
Nak hebat menulis?
Nak kelihatan seperti pengkritik terhebat tanahair?
Tapi cadangan yang gua bagi ni tak konfirm la 100% berhasil,kadang-kadang perlu sedikit penambah baikan dari orang yang lebih pakar.

Cadangan gua,kalau nak hebat,lu mestilah:
  • Sertakan fakta-fakta ketika menulis.
Dalam entry nih gua tak perlukan fakta,sebab ini semua keluar dari otak gua yang dipanggil cadangan ataupun dalam bahasa penjajahnya,suggestion.
Dalam erti kata lain pendapat.
Kalau nak entry lu hebat..lu serta kan fakta yang dapat mensahihkan lagi kebenaran tersebut.
Tanpa fakta,pembaca sekeliling akan pandang lekeh je dengan entry lu.Lagi satu,kurangkan auta semasa menulis.
  • Baca Kamus Tribahasa Oxford Jaafar Onn
Lu nak belajar perkataan baru?
Carila kamus,tapi bukan Kamus Tribahasa Oxford Jaafar Onn,kamus nih gua rasa tak pernah terbit lagi,gua hanya bergurau senda bersama kalian,bukan bermaksud nak membawa unsur-unsur auta di dalam entry ini.
Kalau senang,cari kamus bahasa melayu,dan kembali belajar bahasa melayu.
Kadang-kadang ada di antara kita kaum melayu,sudah lupa dengan perkataan-perkataan melayu kerana terpedaya dengan perkataan Inggeris yang telah dimelayukan,contohnya konspirasi,inisiatif,asal perkataan tersebut datang dari perkataan Inggeris.
Tapi mesti ada orang akan cakap "neraka ape wei baca kamus?"
  • Perbanyakkan melawat blog-blog berfalsafah tinggi
Blog-blog macam nih,selalu guna ayat power semacam,meremang bulu roma gua bila baca,sebab ayat terlalu mendalam dan mempunyai isi-isi tersirat yang gua sendiri tidak faham.Tapi walaupun kadang-kadang tak paham,gua tetap suka,sebabnya cara dia menarik pembaca adalah dengan berfalsafah dan penuh dengan "qoute of the day".
Blog-blog macam nih jugak banyak menggunakan hadis sebagai fakta yang tidak boleh disangkal lagi.
Contohnya,FaisalTehrani,dan yang ni gua baru baca setelah dipaksa oleh Cik Sunah,blog Angel pakai Gucci.
Seriously diorang power nak mampos.
  • Banyakkan belajar sastera
Gua tak suruh pun lu pegi amek balek kesusasteraan melayu kat sekolah menengah tuh,cukupla sekadar lu baca artikel ataupun membeli novel sastera melayu.
Melainkan kalau lu memang nak jadi journalist.
Sebab ape gua suruh lu belajar balik??
Sebab kat dalam tuh,mestilah ada penggunaan kata dan susunan ayat yang tersusun rapi.
Mereka juga menggunakan kosa kata yang mantap,dan unsur-unsur hiperbola dan metafora yang melampau.
Seriously gua hanya ingat yang dua nih je.
MetaforaHiperbola..BLABLABLA.
yang lain haprak.Habuk pun tarak.

eh eh...dah abes?
Sorry la,cuma tuh je yang gua boleh cadangkan,try tanya blogger lain,mana tahu blogger senior yang lain lebih handal dari gua?
Gua main tibai je nih,sebab gua menulis berdasarkan ape yang gua lakukan untuk memajukan diri dan blog gua ini.
:adios:
p/s:gua belom tidor lagi ni.
bye.
goodnite.

Gua Pencuri Professional Semasa Kecik

Gua nak cite la,dulu time gua kecik-kecik dulu,gua seorang pencuri kecil-kecilan,

Dulu gua jahat,selalu tidur lokap.

Sebab perkara ni gua selalu praktis untuk jadi professional,nak jadi hebat kena praktis dan praktik.
Gua try curi kedai.
Kedai Pak Cik Ween,Kedai Nyonya Nyanyok.
Curi duit bank.Duit bank saidina.
Curi duit tabung.Tabung adik.
Tabung masjid pun gua penah korek.

Nak tahu mana gua bawak pegi duit curi-curi tadi?
Gua pergi judi kat pusat hiburan,time tuh tak silap gua umur gua Darjah 4 kot.
Pastu tiba-tiba....
Pusat Hiburan tuh kena serbu dengan polis.
Gua kena tangkap,kena naik lori jail tuh..bangga kejap..
Gua punya seluar dah basah lencun dah,terkencing ketakutan,membe-membe gua pun semua menangis da.
Gua tak nangis,gua cool je,senyum dengan seluar yang basah.

Pastu dibawak ke balai polis,diorang suruh duduk depan balai,dah macam orang indon.
Muka semua tunduk,malu.
IC semua orang kat situ kena check,yang umur tua-tua dikira pakcik-pakcik dah boleh keluar.
Gua yang kecik-kecik ni kena tunggu bapak ambik.
Nasib baik la ada sorang pakcik polis nih kenal bapak gua,kira senang la gua nak lepas.
Sampai je bapak gua,gua kena bebel,BLABLABLA.


Gua time tu bongkak sangat.Belajar curik tabung masjid dari membe gua jugak.
Selalu kalau korek tabung masjid akan dapat RM50 paling tinggi.
Dapat RM50,gua terus beli YOYO,kereta Dash,kereta kontrol.
Zaman kanak-kanak kan..

Tapi Gua da tobat dah sekarang,sebab tuh gua nak belajar betul-betul,biar jadi Engineer.
Bukan jadi Engineer untuk tahu selok belok bangunan..
Kalau dah tahu selok belok kelemahan security bangunan,senang nak curi kan?
Tapi jadi engineer biasa,kerja halal,bukan kerja haram,cukup la tuh.
Cukup la sekali pengalaman gua nak truck jail polis tuh.
Seram-seram.

Friday, April 22

Manusia 'Genius Buatan'

Serius gua tak boleh nak update dalam keadaan bilik yang bising dan tak tenteram.
Nanti entry gua terikut-ikut dengan topik yang mereka borakkan.

Apabila tangan sudah gatal menaip,gua terasa gian dan ghairah tanpa henti.
Sesiapa yang sudah memasuki alam blogger,gua rasa,takkan boleh keluar dah dari geng ni.
Sebab benda nih dah macam Geng Yakuza,Geng 3line,Geng Mafia.

Lu tengok nih,tangan gua bergerak sendiri,tengok la,tengok la kalau nampak.
Blogger sekalian,takkan putus-putus update entry.
Lagi-lagi zaman IT macam nih,blogger tumbuh bak cendawan.
Dalam masa 10minit,seorang blogger baru akan lahir.
Pada permulaan,memang blogger baru nih akan tulis benda yang merepek.
Nak tiru gaya 'orang lame' katanya.
Orang lame pun dulu macam tu jugak,terkial-kial menaip,menaip secara membabi buta.
Macam gua la,tapi gua kekal blogger baru selamanya.

Semalam gua ada singgah blog Ben Ashaari,gua baca entry Blogger??HAHAHAHAHAHA
Gelak besar macam tuh,diberi nama perli.
Perli sebegitu,tidak akan menggugat kedudukan seorang blogger walaupun sebesar zarah.

Tapi bukan Ben Ashaari yang gelak macam tuh,dia cite pasal INI je.
Mungkin mamat yang gelak perli tuh tak tahu,bahawasanya seorang blogger ini mungkin satu hari nanti boleh mentadbir negara.Bagi blogger yang handal bercerita pasal politik dan blogger yang mempunyai idea yang bijak,satu hari nanti mereka mampu mentadbir negara.
Kalau blogger yang asyik gosip-gosip pulak,barangkali dah besar nanti boleh mintak jadi wartawan TV3.

Mungkin satu hari nanti jugak,blogger mentadbir setiap negara.
Semua blogger boleh jadi Perdana Menteri atau Presiden.
Sebab,blogger adalah seorang manusia 'genius buatan'.
Mereka menjadi genius disebabkan mereka kerap membaca artikel berguna dan pelbagai informasi di laman web.
Juga banyak memberi input dan menerima output dari luar.
Dari gathering jugak lah mereka dapat berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pendapat.
So,time gathering,jangan lah berfoya-foya je.
Bercerita la sikit pasal isu semasa negara kita ni,and kasi pendapat masing-masing.
Tak silap gua la,blogger nih banyak pendapat dan cadangan.
Ciri-ciri YB dah ada tuh.

Sebab itu lah,tujuan gua buat blog adalah untuk mencari seorang atau lebih blogger yang petah berkata-kata dan mempunyai idea yang bernas serta boleh diguna pakai.
Bukan nak buat lu sebagai barang permainan,tapi untuk kebaikan negara jugak.
kan?

P/s:Mamat yang gelakkan blogger tuh mungkin jugak tak berfikir dengan waras time tuh.
Hari tu dia lupa makan vitamin,sebab tu jadi macam tuh.
Gua bukan nak bergaduh,tapi hanya nak bidas dengan kata-kata.
Tapi kata-kata gua takdela power mana.

Thursday, April 21

I JiJiK la U

"Eiii jijik la I dengan siti kus tuh!" geli minah kepada awang.
"La awat hang jijik ngan tikus,comel tuh." geli awang kepada minah.

JiJik?Gua jijik dengan tikus,gua jugak jijik dengan blogger......
Chop...bukan dengan blogger dot com.
Tapi jijik dengan penulis blog,yang...yang....yang...

  • Gua jijik dengan blogger yang berlagak otai
Dulu,time gua tengah baru,fresh dan masih berhingus hijau tentang blog,gua pernah diherdik oleh seseorang blogger,nak kata otai,tak jugak...
Padahal level dia sama dengan gua.
"Eh blog ape sampah nih?macam tahi je.." kata mamat tersebut.
Mungkin mamat tersebut boleh menhidu bau entry gua.
Hebat.
  • Gua jijik dengan short form
Ni gua nak cakap terus terang,tak suka?takyah baca.
Penah tengok blog yang penuh dengan perkataan ciptaan tersendiri?
Copyright infringement lagi tuh.Memang tak boleh tiru.
Contoh perkataan yang digunakan;"Aq Sk Sgt Kt Mmt Th tw x?"
Jap jap,kalau blog lu private tak pe la kan...
Lagi satu,kalau satu dua perkataan gua boleh terima lagi.Tapi kalau gua bukak blog sedemikian seperti di atas,gerenti gua shut down terus laptop.Seriously!
  • Gua jijik dengan entry sendiri.
Yang nih memang tak boleh dinafikan,gua kadang-kadang pun jijik tengok entry gua yang lepas-lepas,yang lama-lama..
Bersembang ntah ape ntah,ayat nak gebang,tajuk nak hot,kononnya nak tarik pembaca.
Ei beringatlah,first impression orang mestilah pada tajuk.
Second impression pulak,mereka fikir mereka akan dapat input bila membaca.
Tapi kalau tajuk gebang,entry pulak tulis sikit kedekut space sangat,just tulis
"THANK YOU,KEEP IN TOUCH AND COME AGAIN"
Jangan harap la orang nak datang lagi.

Jadi pengajaran gua harini,pastikan jangan berlagak sombong,jangan guna short form dan jangan sendiri-sendiri syok.
Melainkan lu privatekan blog lu,lalu membaca seorang diri.
Orang akan gelar lu FREAK.

"Kepada warga-warga UTM sekalian,marilah bersama-sama Join UTM Bloggers kat facebook,
Terhad hanya kepada warga UTM sahaja."

Aku Benci Kau!Nyah!

"Ini bukan cerita pasal sesiapa,bukan juga pasal membe gua."

"Wei kau ke Samad yang kena benci tuh?" tanya seorang lelaki kepada Samad.
"Wei Samad Si Loser?" tanya lelaki lain.
"BOO!" jerit si polan kepada Samad.

Kasihan kan Samad?
Sape Samad sebenarnya?

Dulu,Samad nih seorang yang pintar.Boleh dikatakan semua benda dia tahu.
Nak tahu sape menang Maharaja Lawak? Tanyalah kat Samad.
Dia tahu semuanya.

Disebabkan sifat bajet wikipedia bergerak,dirinya dipulaukan dan ditindas.
Akibat sifat diri sendiri,yang hanya menipu dan mengencing rakan-rakan yang lain,dia ditindas lagi.
Akibat sifat nya juga,yang berSEMBANG terlalu KEMAS dan KENCANG.
Dia diperlekehkan.

Gua bukan nak cite kenapa,apa,bagaimana dia dibenci.
Tapi gua nak cerita pasal sikap membenci seseorang.
Gua tanya kat lu,lu ade benci sesiapa tak?
Mesti ada kan?

Lepas lu dah benci dia,lu akan membenci semua pergerakan dan perlakuan dia.
Contohnya,Samad dibenci.
Dan Samad sangat suka makan tomyam.
Rakan yang membenci Samad,tidak sama sekali akan makan tomyam.
Sampai macam tu sekali...tak percaya lagi?

Contoh lagi.
Samad pakai henfon BlueBerry.
Semua rakan akan berpakat takkan beli BlueBerry.
Hebat kan kuasa benci?
Tak percaya jugak?

Contoh lagi la.
Samad suka dengar lagu Backstreet Boys la contohnya.
Membe dia takkan sesekali dah download,dengar atau mintak VCD Backstreet Boys dah kat Samad.

Seriously,lu akan benci semua perlakuan dia.
kan?
kan?

Membe gua dekat facebook penah post macam nih.

"Jika kamu bencikan seseorang,kamu akan membenci semua perlakuan dia." Kyiba Augustine,2011

Lebih kurang macam tula,dia tulis english,gua tak paham sangat.
Gua translate jadi macam tula lebih kurang kot.

So,
Lu benci someone?
Benci ex-gf/bf Lu?
Mesti lepas nih Lu akan benci family dia pulak,kalau Lu memang jenis setan-setan.

yang gua nak cakap pulak;
"Bencikan seseorang biar kasi kaw-kaw punya,biar dia tahu langit kat atas,bumi kat bawah."
dan
"Hidup ni tak sama macam roda ok,sebab roda berpusing,manusia hanya pening"
Tak faham?
Lantak,biar gua paham sorang-sorang.
:adios:

Wednesday, April 20

Blogger Otai dan Blogger Pandai

Malam semalam,gua post la kat Sahabat Blogger.
"Lu kenal Pipiyapong tak?" tanya gua.
Tapi senyap je semua,takut dengan Otai Pipiyapong.
Semua senyap tanda tiada jawapan.

Nak tanya lagi,kenal Lucius Maximus tak?
FdausAmad kenal?Author Sembang Kencang?kenal?
Lagi satu,gua rasa yang ni lu kenal,AlexiaAqram author LensaRosak.kenal?
4 Blogger/Penulis di atas,gua tabik!
Idealisme dan cara penceritaan yang berkesan dan penuh dengan metafora dan hiperbola.
Tak percaya?
Try la klik!
Penulis kat atas gua gelar Blogger Otai,tapi sedih.
AlexiaAqram sudah nak tutup LensaRosak.
Sadis.
Idealisme melampau yang ditaip kemas,memikat mata gua.
Walaupun pernah digelar blog kontroversi,tetap kebal dan kental.
Tanpa kutukan,seseorang itu tidak akan pernah muhasabah diri.
Lepas kena kutuk,dalam perasaan marah,tetap akan fikir dua kali.
"eh apsal dia kutuk aku?"
"mesti aku ade buat salah..."
Yang atas nih,diorang gua gelar "Blogger Otai"

Tapi Ben Ashaari lu kenal tak?
Tipu la tak kenal,tipu tipu tipu.
Yang nih gua gelar "Blogger Pandai"
Bijak ape?Bijak pikat pembaca.Kan?
Blogger macam ni pun gua tabik,tapi nombor dua la.
Bijak pikir bermacam segmen yang gua tak pernah terfikir.
Juga bijak untuk menyatukan semua blogger.
ye tak?
tak?
gua tipu?
lantak ko la.

:adios:
satu lagi gua nak cakap,
"please la lahirkan seorang blogger yang mempunyai idealisme dan kehebatan ketika menulis"

Tuesday, April 19

Kenapa Si Boroi Tampak Bergaya di mata Wanita

"ERkk...alhamdulillah." kata si lelaki.
"Mamak!Roti telur 3 lagi!" jerit si lelaki tersebut.
"Erkkk...lapar lagi la..." bisik si lelaki.
Lalu mengorder lagi.

Cerita takde kena mengena dengan yang cantik mahupun yang hensem.Tapi ade kena mengena dengan yang hidup.
Cuma takde kena mengena dengan yang mati.
Yang mati boleh makan lagi?
Seram!!

 Kali ni gua nak cerita pasal apa lelaki tak kisah gemuk,tak kisah boroi,tak kisah muka berparut dan sebagainya.
  • Boroi 
Orang kata,bukan gua yang kata,perempuan suka orang boroi.
Wahai wanita sekalian,suka tak?
Sebab apa mamat tu boroi?Sebab setiap malam adalah malam jumaat.faham tak?tak faham sudah.
Juga sebab penuh dengan duit,kira macam poket doremon la tuh.
Dan juga ada macam-macam alat kat dalam perut yang boroi tuh,cacing kurita dan cacing kerawit pun mungkin tersenarai.
  • Gemuk
 Tak kisah gemuk,bagi si lelaki,gemuk menandakan sihat.
Bagi yang sudah berbini pulak,gemuk menandakan hidup bahagia.
Bagi yang gemuk dan berbini tapi tak bahagia pulak,mungkin tertekan sampai main telan je ape yang ade.
At last,gemuk melampau dan obesiti-sakit jantung-diabetes-kiok.tamat.happy ending.
  • Muka berparut
Kalau parut jerawat tak kisah,tapi parut kena pedang pun tak kisah jugak.
Nampak la macam brader-brader maskulin.Tiap hari berlatih wushu kat stadium bukit jalil.
Orang nak tegur pun takut,nak pow pun takut,nak tumbuk pun takut.
Padahal parut sebab kena rotan dengan mak time kecik-kecik dulu.
  • Rambut botak tengah
Ini lagi lelaki tak kisah,sebab ape?Lelaki jenis ni lah perempuan cari.
Sebab perempuan kan suka kan cermin,pantang nampak cermin terus snap gamba,makeup kejadah.
Botak tengah?Boleh buat cermin kot..hebat kan?Tak percaya?Try lah.Gua kasi pinjam gua punya mesin ketam rambut.
Teringat pulak gua kat HEP matrik gua,dia sungguh disukai ramai wanita.
Sebab tuh gua bukak statement begini.

Oklah,cukup..cukupp...dah la..gua dah taknak cakap banyak,kena bangkang plak kang.
So ape pandangan wanita sekalian?gua nak tengok ape reaksi lu..keh3
:adios:

Monday, April 18

Cehhh..Buat Duit Online?

Wei wei wei..
Nak cite sikit kat lu semua,lu nak buat duit kan?
Nuffnang tak cukup?
Churp-Churp pun tak cukup?
Nak lebih lagi?
Nak banyak-banyak?
Papa kedana?
kah3..
Tau tak says.my?
lebih kurang macam churp-churp jugak la,jual iklan,ajak membe join.
Cepat join sebelum terlambat,sekarang nih tak ramai yang join lagi,
Anda boleh duduk kat atas lagi,kalau terlambat duduk bawah jela.
Bukan blogger je boleh join,
Facebookers pun boleh la!
Gua cerita macam MLM la pulak.
Takyah cakap banyak!
Nak register klik sini
Klik gamba pun bole!
Taknak join suda.
:adios:

U'll Never Walk Again

To Andy Carroll,you will never walk again.
Kaki dia tersalah landing.
Sakit kaki sebenarnya tu.
To Carragher pulak,
Naseb baik dia tak KO terus,
Terhantuk dengan Flanagan.
Terus KO,tapi keadaan dia stabil.
Dan sudah pulih.

Tapi As Arsenal fan,
 gua tak puas hati,sebab Arsenal seri.
Eboue bangang.

Sunday, April 17

Bahaya Kawan Rapat

Lu ada kawan rapat tak?
ape?takde?
Tipu la wei...

Semua orang ade kawan rapat,kawan rapat di sini merujuk kepada kawan yang selalu melakukan aktiviti bersama-sama,selalunya kita mempunyai ramai kawan rapat.
Kawan karib pulak,tak ramai,selalunya seorang ada satu je.
kan?
Kali ni gua nak cite kawan rapat,pandai baca tajuk kannnnn???

Setelah gua observe ke sana ke mari,mengenal erti hidup,gua sambil-sambil tuh,tengok macam mana orang lain hidup.

Ceritanya macam ni...
Minah nih ade la sorang kawan rapat,
Tiba-tiba,suatu hari...kawan rapat dia tuh marah tak tentu hala.
Mestila dia nih akan kecik hati kan?
Yela mungkin dengan sifat lembut seseorang wanita tersebut membuatkan dia kecik hati.
Walaupun bergaduh perkara yang remeh temeh.
Macam berebut sesuatu yang tak mungkin dapat.
Macam berebut seorang pelakon lelaki korea,benda yang mustahil dapat.

Gua pun selalu jugak kena tengking dengan membe-membe,tapi hati lelaki tak lah selembut perempuan.
Kalau bergaduh hal remeh temeh,gua kata dalam hati "cool beb"
Tapi kalau melampau-lampau pulak boleh sampai bertumbuk dan bergusti.
Sorang The Rock sorang lagi Stone Cold.
Bagai Air dengan Api.

Kadang-kadang ade jugak kawan rapat antara lelaki dan perempuan,
Silap cakap sikit mesti ade yang simpan dalam hati
Genggam dan dendam dalam hati.
Sebab lelaki kalau cakap memang tak tapis,dan straight to the point.
So perempuan jangan ambil hati sangat,sebab kadang-kadang hal remeh temeh pun boleh bergaduh mengalahkan pakwe makwe.

Alah,biasa la lumrah kehidupan,penuh dengan liku-liku dan lekuk-lekuk dan bengkang bengkok nya kan?
Kalau straight je,tak indah la dunia.

So quote untuk hari ini dari aku :
"kiamatlah dunia jika kawan rapat yang membuat kamu dukacita."
:adios:

Jeng Jeng Jeng

mulai dari saat ini,gelar gua SembangKemas.
Dan gua jugak nak nyorok muka gua,sebab gua tak ensem.
Gua juga taknak jual muka gua kat blog lagi.
:adios:

Saturday, April 16

Kenapa Aku Tak Beli Surat Khabar...

Trend family gua,memang macam nih,kalau tengok kat umah gua,gerenti satu habuk surat khabar takde,kalau ade pun surat khabar jiran sebelah dipinjam untuk dijadikan alas periuk belanga.Juga dijadikan kapal terbang edisi besar oleh adik beradik gua,jika dibaling dari tingkat 6,bayangkan kelajuan jet pejuang tersebut,hebat kan?

Kalau gua beli paper pun,gerenti gua jadikan dia belon panas,syok main benda nih,baca yang penting-penting,pastu trus bakar jadikan belon panas.
Tak pun mak gua akan jadikan alas minyak bila masak keropok...errrr

Bapak gua pulak tak suka beli surat khabar,gua lagi la tak suka.
Bapak gua tengok berita kat tv jela,live sikit, kan?tak mainla tengok maharaja lawak kat tv,tengok kat utube la,kata bapak gua.baru ade class.

Gua sarankan lu semua takyah la sibuk beli surat khabar,cerita yang berguna dan info-info sikit je,selebihnya,hanya cerita luar biasa yang berlaku kat negara kita nih.
Contohnya,
  • Cerita seorang minah yang dah serik couple,pastu abiskan masa dengan kucing je,tak layan lelaki.Cerita ape tuh?muka depan pulak tuh.
  • Lagi,cerita pasal skandal video seks,weh,takyah la nak tunjuk dekat orang awam semua benda tuh,saje je nak cari gaduh kan?Buang masa gua je beli newspaper..
  • Lagi,cerita pasal pelacur sana pelacur sini,kononnya sudah insaf,kalau dah insaf bagus,tapi yang tak insaf tuh,pegi jahanam,kata gua.
  • Lagi,cerita pasal nenek tua kahwin empat,hebat.Tajuk je gebang,macam tulis blog jugak la,nak kasi laris kan?kah3

Kalau bahagian luar negara tuh pasal Palestin tu takpe la,yang tuh bagus,so nanti nak bli paper,amik bahagian luar negara,yang dalam negara,amik sikit-sikit dan penting je.Juga amik la pasal sukan,sebab gua rasa sukan 100% pure punyalah!
Takyahla amik bahagian pengakuan duda,pengakuan janda,pengakuan takde dara.
ape kelas..

Lagipun sekarang kan zaman IT,gua baca online jela,kang tak baca orang cakap gua macam katak.kan kan kan??

p/s:Gua rasa sape yang beli newspaper,
kebanyakannya hanya nak baca pasal seks je kan?
lagi-lagi paper hari Ahad.. =D
peace.

Maria Ozawa

Dulu,waktu gua masih mentah dan berhingus,ramai orang sebut pasal dia,Maria Ozawa,
Tapi,time tuh gua tak tahu ape-ape,malah gua boleh buat dono je.

Sekarang,bila membe-membe cerita pasal Maria Ozawa je,gua siap boleh senyum lebar sambil angkat kening lagi,tanda gua tahu ape yang diorang gosip-kan.

Sape tak kenal,gua rase perempuan pun kenal dengan minah nih,kerjayanya dalam industri 20++ di Jepun.
Kalau kat Jepun,diorang ade company sendiri,takkan kena saman,sebab agama diorang lain dari agama kita,orang melayu.

Lu semua kenal tak minah nih?
Takkan tak kenal kot,hot kot minah nih.
Selalu berlakon dalam cerita orang-orang papa kedana,orang-orang miskin yang tak mampu membeli baju,tetapi mampu untuk membeli katil dan rumah yang besar...paham tak?

Minah ni ade la jugak berlakon dalam movie Indon bertajuk "Menculik Miyabi"
Entah ape-ape punya cerita la,saje gunakan minah hot nih untuk tarik perhatian penonton.
Salah satu strategi untuk dapat Box Office.
Tapi movie nih gua tengok kat laptop je,kemungkinan besar tak menang award.

Dah la,gua malas nak cerita panjang,search jela kat google ek pasal minah nih,nak result lagi gempak,search la kat google image ye.
(gua macam mengajar orang buat dosa pulak,demn)

Kan cantik pakai baju,jangan ngade nak buang baju tuh.
p/s:gua sudah jatuh hati kat dia.
palehotak dia berjambul.
wanita melayu jangan tiru macam dia na..

Friday, April 15

Saya Bukan Saiful Bukhari

Dulu time gua nak masuk kerja kat tempat gua,

Mula-mula,ada interview,diorang nak jumpa seorang demi seorang.

"Toktoktok!!" gua ketuk pintu.
"Masuk." balas bos yang nak interview gua.

"Nama awak sape?" tanya bos.
"Saya Saiful Bahari bin Mazland." gua menjawab.

"OH!awak ke orang yang kena liwat dengan Anwar tu?" bos memerli gua.

Gua senyum sinis je pada bos.

Dalam hati gua mencarut lagi "kepala bapak kau,aku nih Saiful Bahari bukan Saiful Bukhari,DAMNIT!"

Jom Jadi Budak Sat!

gua nak join smua segmen Ben,tak kisah la cite pasal kartun ke,pasal patung ke,janji traffic boleh naik tinggi.
Jom join segmen nih jugak,walaupun agak childish,gua pedulik ape lu nak kate.

:paling gua minat:
gua minat dia,sebab gua suka magnet,boleh tarik kabel lektrik camtuh je,pastu bole jual dapat duit.kan?

:paling gua tak minat:
apsal tak minat?sebab cite ni macam takde pengajaran kat budak-budak,len kali buatla cite yang ade nilai-nilai murni.

:kalau la gua superhero:
 Walaupun ini bukan kartun,tapi dianggap cerita kanak-kanak,gua minat sebab dia boleh henshin jadi semua rider.yeah!

alah,anggap jela sekarang nih gua dalam keadaan hisap susu botol yek.kecik-kecik dah otai tau.
adios!

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

yeah!!gua taknak lepaskan peluang join segmen abe Ben,kah3..sebab gua macam nak join segmen seterusnya,iaitu segmen tak tahu lagi,abe Ben ni kreatif la jugak buat segmen berangkai nih,susah kot!!

Kau Macam Babi

Gua bersiap lewat,orang lain semua sudah bersiap tetapi gua still lagi main bola,
"Gedung-Gedang-Gedung-Gedang.gol!" jerit Jon Champion.

Lepas je mandi-mandi,gua terus sliding dari tingkat 2 ke tingkat 1..macam kemunculan kamen rider kesukaan kanak-kanak macam gua.
Gua ajak membe-membe gua,semua pakat nak ikut lepas tengok gua berpakaian kemas,kasut croc,baju kolar diangkat,gelang.
Macam nak pergi kelabing.
Dengan berbekalkan motor legend,gua bertolak dengan membe gua.

Sampai je kat tempat yang gua nak tuju tu,gua tengok,ramai jugak orang datang event ni,gua rasa gua dah lewat ni,
tapi gua berlagak cool,jalan slow motion.
Rambut terbang ditiup angin.

Masuk je gate,gua terus mencari tempat kosong,semua pakat duduk sorang-sorang,tak nak duduk berdua.Takut katanya.
"Takut apa?Lampu cerah terang tang-tang lagi,bukan gelap pun.." bebel gua sorang diri.
Tapi gua terpaksa la duduk sorang,semua pakat duduk sorang,gua selamba angkat kerusi,duduk...dalam keadaan slow motion,awek semua tengok.

Gua duduk,menanti pelayan,
Tiba-tiba
datang seorang pelayan memberi sekeping buku.

Buku jawapan.
Buku kosong,perlu diisi jawapan di dalamnya.
Bersertakan sekali dengan kertas soalan.

Setelah diberi kata mula,gua duduk tengok je kertas soalan tu.Sebab gua tak tau nak jawab ape.Gua blur.

Tak lama selepas tu,ade seorang amoi memerhatikan gerak geri gua,muka dia ketat,memang menakutkan,dia lalu-lalang kat sebelah gua,dia tengok je gua,lama dia perhatikan gua,
Ibarat gua macam banduan penjara pudu.
Tapi gua cool je,gua buat-buat tak nampak dia.


Dalam hati gua mencarut "babi lah kau,aku nak keluar toyol pun susah!!"

Thursday, April 14

Siri Bercakap Dengan Buku

"Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati"

Into macam nak buat filem,tapi gua bukan nak buat filem,gua hanyalah director yang mengarah diri sendiri untuk berlakon di dalam filem sendiri.

Faham tak?
Tapi director sebenar adalah Allah s.w.t,hanya Dia yang tahu kesudahan kehidupan manusia.
Kahwin dengan siapa,mati bila,happy ending atau pun sad,semuanya di tangan Dia.
Kita yang mempunyai hati dan minda yang sempurna hanya mengarah jasad supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu.

Hanya Dia tahu yang bagaimana malapetaka yang bakal dihadapi oleh penuntut-penuntut universiti,adakah soalan mudah-mudah?
Atau soalan susah-susah?
Itu yang perlu kita hadapi,sebagai seorang penuntut.
Tapi gua udah letih tengok buku,buku tengok gua,last-last gua tengok muka buku,tengok belog,tengok movie.

Memandangkan gua bukan lahir dari golongan si genius,gua perlu menuntut ilmu melalui buku,nak menuntut ilmu melalui cikgu?
Kelas pun ponteng,bagaimanakah?
Tapi kalau dah ponteng tuh,pandai-pandai la backup balik,menuntut dari buku pun buku la.
Sebab itu ada yang sampai sawan sebab menghadap buku 24/7.
Ada yang berlari berbogel keliling kolej,sebab tertekan dan otak sudah tersumbat.
Katanya mahu menghilangkan tekanan,lari 100meter dapat hilangkan tekanan.

Sampaikan ada yang tak tahu,minggu depan dah final exam?hebatttttttttt!!!*lagging sikit,tengah buffering la tuh sampai tersangkut-sangkut.

Sape cakap menuntut nih best?best gile?sape?sape?sape?
Mereka berkata begitu,sebab bile kite mula menuntut,kite akan masuk universiti ini,itu,sana,sini.
Bukan bes menuntut tapi best dapat jalan jauh-jauh,best dapat lepak dengan membe,best sebab dapat duit ptptn,best berfoya-foya.Itu yang BEST sebenarnya.

Cuba bayangkan anda mula menuntut,tapi bukan di universiti,tapi di rumah,tanpa membe-membe,tanpa air kopi 3in1 yang dibeli oleh mak,tanpa guru,tanpa bilik yang selesa.
Dan anda perlu menghadap buku 24/7.Best ke?

p/s:adeh,gua dah letih buat STATISTIK nih weyh,
kome punya memory dah full la.
Kalau delete kang gua ilang ingatan pulak.

Wednesday, April 13

Siri Bercakap Dalam Seluar

"Kacap luar Kacap dalam Kacap dalam seluar"

Seperti yang gua janjikan,gua nak publish gamba-gamba time gua pegi oversea aritu,hari Ahad yang lepas,gua pegi balik hari je.Sebab gua tak cukup duit nak sewa hotel.Peace.



Gambar menunjukkan statistik manusia yang pergi ke oversea tempoh hari.
Kami bukan peminat Tiger,juga bukan Heineken.Peace.
Ade seorang mamat berkata "alah nak pegi oversea pun melaram macam pompuan".Gua ambil ayat dia sebagai pelapik daun pisang je.








Ketika di dalam sebuah kedai makan yang agak grand,mengalahkan kedai-kedai mamak di United Kingdom.
Ade seorang minah salleh mengambil order.Muka dia sebijik macam muka melayu.










Benda ni makanan,makanan orang barat,yela,cakap pergi oversea,gerenti makanan pun oversea,ini chicken chop,bukan chicken pork.







Cukup la tuh,guadah malas nak upload banyak-banyak,nanti orang cakap riak.
kan?
da la,gua nk study,Final minggu depan.ok,minggu ni test.
Hope dapat buat,tak gune kalau jadi blogger tapi bodoh.
jadikan blogger keje kedua and.bye.
dari kami sekawan.

Tuesday, April 12

Blog-Blog Yang Dibenci Sepanjang Zaman

Orang kata,tak kenal maka tak cinta,dah kenal mula bercinta,bila putus cinta mulalah benci si dia.
Tak gitu?
Bila manusia sudah mula membenci,setiap gerak geri orang yang dibenci itu akan dipandang negatif.
Setiap gerak geri nya tidak kena,walaupun dia bersedekah,tetap dibenci.
Dikatakan beliau bersedekah kerana nak tebus dosa lama la,ape ape la.
Bagus la tuh kan kalau nak tebus dosa lama?Kembali ke jalan yang benar.
Mulut manusia,sape mampu menguncinya?

Tapi kali ni gua bukan nak berceramah bagai semua,gua ingin tunjukkan pada lu semua pembaca setia,jenis-jenis blog yang akan dibenci dan tidak akan dilawati lagi.
Blog-blog begini,gua tak akan masuk lawat lagi,sebab ape?
Ni gua nak cerita la nih,sabar.

Blog-Blog Yang Dibenci Sepanjang Zaman:
  • Lagu kegemaran owner berkumandang.
kes ni memang banyak berlaku,gua cukup menyirap dengan owner yang tak geti-geti buang widget lagu,lu pikir orang datang blog lu sebab nak dengar lagu ke?please la weyh buang menatang haram tuh,kalau lu nak kata "ah mampos ar blog gua!". YA!ITU BLOG LU! kalau nak letak lagu,baik lu privatekan blog lu,tak perlu nak publish.
  • Widget situ-sana-sini
Blog macam nih pun ape kurangnye,kalau dah banyak sangat widget,tak guna jugak,kononnye nak tunjuk kat orang yang lu mempunyai kulit muka yang cantik.Nak tepek muka lu boleh je,tapi janganla sampai 100 picture?gila ape?
Lagi widget-widget yang takde guna,contohnya mempunyai widget nak kira bape orang users yang online.Nak sedapkan hati,letak banyak-banyak.1 cukup la oi!
  • Nak kaya cepat
Blog jenis ini pulak,asyik nak kaya je,nak kaya tanpa usaha,tulis entry malas,tapi pegi tayang iklan belambak-lambak.Kalau visitor blog lu ramai takpela kan,tapi visitor seciput je,ade hati nak letak iklan yang mahal-mahal.Sekadar yang free takpela jugak kan?
Pastu mula la kata "sukati aku la,duit mak bapak aku,bukan duit mak bapak ko"
Aah,btul duit mak bapak lu,bukan duit mak bapak gua,so?
  • Blog 20++
Blog yang mengisahkan sepasang papa kedana yang tiada wang untuk membeli baju,tetapi mempunyai kamar yang besar.Ape kes?Anda faham?
Hah!Itu dia,blog biru-biru otak kuning.
Lu ingat blog jenis nih boleh pergi jauh ke?Kalau ade visitor pun tak lame,dan takkan tahan lama.
Dan hanya akan dipenuhi pelawat bila time orang gersang je,mengerti?
  • Blog Izyan Balqis
Lu nak tau tak sebab ape gua benci blog beliau?Sebab tuannya overacting la,syok sendiri la dalam bahasa melayu.lu nak tau lagi tak?Asyik-asyik gamba wall-climbing taw~euwww..jeles I!
Jangan terpedaya dengan tipu muslihat beliau,karena gua jugak yang sedang tipu muslihat anda.
Ekceli gua tak benci pun blog nih,ini hanyalah sekadar promote,kepada anda pembaca setia,ada bran?
Klik la sini.

Itu saja senarai jenis blog yang gua benci,yang no 5 tuh tak termasuk,tak pasal-pasal gua kena baling dengan high heels kang,tak ke bocor kepala otak gua nih kang.

Belajar.

Aku rasa,aku dah taknak lukis-lukis katon bodoh yang macam kat bawah.
Sebab aku dah dewasa,sudah bergelar brader-brader,bonzer-bonzer,berbekalkan sepucuk pistol seperti seorang mafia.Bukan budak-budak hingusan.Nampak sangat jika gua melukis gamba katon bodoh macam tuh macam budak-budak.childish kan?

Dalam masa sehari gua dah dewasa,semalam gua jadi budak-budak,melukis menggunakan Microsoft Paint,tapi harini gua sudah dewasa,laju kan?
Itu semua adalah pemBELAJARan dalam hidup.Sentiasa belajar dari hari ke hari.Sentiasa dewasa dari masa ke semasa.
Itulah benda yang gua nak cerita pagi-pagi bute macam nih,pasal belajar.

Pada gua,maksud belajar bukanlah tertakluk pada satu-satu profession saja.Kalau pelajar,kerjanya bukan belajar menghadap buku 24 jam je,pelajar pun manusia,dan manusia perlu belajar juga pasal kehidupan.
Samada kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat.
Kena belajar sampai mati,bukan bermaksud menatap buku sampai lu mati.Tapi menjalani hidup di dunia,dan belajar ketika hidup.Like an adventure la orang putih kata.
Tak kisah la lu belajar muzik ke,belajar pomen ke,belajar kongkek awek ke,tu semua ikhtiar hidup.
Tapi tak semua benda yang kita belajar adalah perkara yang baik-baik.
Ada-la juga manusia yang ingin belajar buat benda jahat.Contohnya belajar merompak bank,belajar tengok CD-Biru,itu semua belajar.Tapi dari segi kotor-lah.

Manusia mula belajar ketika keluar dari rahim ibu,mula-mula mestilah belajar makan-minum-merangkak-berjalan-bercakap-merengek.
Tapi bila dah besar mula la belajar minum-mabuk-maki hamun-kongkek awek-jenayah.
Itu dari segi kotor.
Dari segi bersih pulak.
masjid-bersedekah-buat baik-ikhlas-jaga hati-jaga diri.

Itu semua digelar sesi pembelajaran di dunia,suka hati anda la nak pilih jalan yang penuh tikus atau jalan yang disuluh lampu jalan.
Tapi,apsal entry gua banyak tapi,banyak alasan la tuh.
Tapi kan,syaitan diturunkan ke muka bumi ini kerna dia sudah berjanji kepada Tuhan bahawasanya,dia akan menyesatkan umat manusia sampai hari kiamat.
So,pilihan hidup kita dipengaruhi oleh syaitan-nirojim yang menghasut kita supaya melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan merosakkan umat Islam.
Kita hanya perlu mempunyai Iman yang kuat untuk melawan hasutan syaitan dan seantero dengan nya,dengan itu kita dapat menjalani kehidupan di dunia dalam keadaan bersih dan putih.Suci.
Pandai-pandai lah pilih mana yang kita mahu,dan belajarlah dari kesilapan yang telah dilakukan,jika sudah tersesat,baliklah ke pangkal jalan.
nak kena tembak ke?

p/s:entry muhasabah diri ni membuatkan aku sob-sob-lah.
aku banyak dosa lah.
sob-sob.
admin.

Monday, April 11

Kontest Komentator Paling Banyak Bulanan

oklah ini hanyalah sekadar sticky post,nak baca update?skip entry ini ye!
kontest nih tak susah,senang je.
nak join?
hadiah tiap-taip bulan gua bagi..
syarat-syarat nak join:
  1. mestilah warga blogger.
  2. takyah susah-susah follow gua,just komen je kat blog gua.
  3. sesape yang komen paling banyak dikira pemenang.
  4. takde tarikh tutup,berjalan sampai la blog gua nih padam sendiri.
  5. takyah susah-susah tag orang.
  6. sesape yang spam komen banyak-banyak dikira DQ.disqualified untuk bulan itu.
  7. hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.
  8. mematuhi semua syarat-syarat di atas.
nak tau hadiah?
hadiah murah je sebab kontest nih berjalan sampai bile-bile,kirenye macam Pembelajaran Berkesan yang cikgu-cikgu ajar kat skolah tuh la.
nak tau hadiah?
nak tau tak?

ok la..
setiap bulan,seorang pemenang akan dipilih dan hadiahnya..topup RM10.
cukup?
gua rase dah memadai,gua bukan orang kaya nak bagi lu topup RM50.
nak join?
bermula bulan hadapan,MEI 2011.
bulan ni tak start lagi la,sebab gua sengkek.sory!

Hari yang menjengkelkan.

hari ini,gua pergi library...sebab minggu depan ade test..
perghh..hebat..
eh eh..silap silap,
hari Ahad gua tak pegi library la,gua pegi JB la..bukan library,silap silap..
sory guys..hik hik..

gua dah plan nak pegi photoshoot kat Istana Bukit Serene,pegi Tebrau,pegi makan kat Roost Bar.
tapi itu semua planning,bukan family planning,tapi trip planning.
tapi macam biasa,bukan semua yang di plan berjalan lancar..
kami menghadapi bahaya apabila hujan turun dengan tiba-tiba,signal da ade tapi nak buat macam mana.
so photoshoot kat istana bukit tuh cancel la.
buat photoshoot indoor jela ye tak?

ape nih test minggu depan tapi ko sibuk nak jalan.
alah test minggu depan,bukan minggu ni ye tak?study minggu depan la.
ceh bajet budak 4flat.
alah sukati ko la admin.

so kitorang photoshoot jela kat Jusco Tebrau,nak buat macam mana,tapi kira ok la tuh kan?
dah lame profil picture gua takde gamba gua,asyik-asyik gamba Bruno Mars ngan katun je.
ish ish ish.
dan ade jugak perkara yang menjengkelkan berlaku time dekat Jusco Tebrau tadi.
tengah jalan jalan jalan jalan.masukla satu kedai.gua ternampak la satu cermin kecik,gua amek kamera,gua trus snap.klik!
gamba lebih kurang macam ni,ha!gamba ni la.

tiba-tiba seorang brader menegur,"eh bro boleh ambik gamba ke dalam kedai nih bro?tak boleh tak boleh."
gua terdiam kaku.
adeh..soryla gua noob tak taw peraturan kedai,tapi gua bukan snap gamba kasut,gua snap gamba gua je.
cis kau berambos!
soly soly soley soley~~

gua malas dah nak cite panjang esok-esok gua upload gamba kat roost bar ok,kasi lu semua jeles.wakakaka.

p/s:len kali ,masuk kedai tengok cermin tingkap,ade gamba kamera kena pangkah tak.

Sunday, April 10

Hari Jalinan Mesra bertukar menjadi Hari Maki Sedunia

hari Jumaat haritu,berlangsungnya hari jalinan mesra fakulti gua,so ade la banyak game,contoh,game congkak,galah panjang,guli,konda-kondi.
ecececeh,takde la game tuh smua,
game yang ade futsal,basket tu je kot.

futsal berlangsung pada malam hari Jumaat tu,dikira malam Sabtu lah yek?
nama team gua diberi oleh manager ataupun big boss gua,dengan nama komersial macam nak jual produk.
Geng Jeli.tak main la FC FC nih, .COM pun tak maen la,gua bukan noob seperti mereka.
padahal gua yang noob.

gua tertarik nak cerita kat lu semua pembaca blog SK,game terakhir grouping,masa main futsal,adat la kan jatuh,kena langgar,langgar orang, langgar lari,lumrah la tuh.
tapi membe gua memang kena siku kat pipi,sampai jatuh telentang,dan gua pulak tengah angin dengan penonton kat luar,sebab semua mulut celupar,sampai pompuan pun mulut potpetpotpet kutuk membe gua.


awek: eleh baru kena sikit dah jatuh,berlakon je tuh!!!
gua: ....(teraga-agak)
awek: booooo!!!berlakon!
gua: PALEHOTAK KO BERLAKON!!!

time tuh gua agak panas la,sebab pompuan yang maki hamun membe gua,tapi nak buat camne,adat main bola,tapi takpe,kalah pun takpe,sebab gua dah lepas geram kat awek tuh dengan balak tunggul dia tuh.kah3
lega-lega.
gua pon tak paham,kalau la lu yang main kat situ kena siku lu marah tak?
orang yang main nih tension sebab kena psycho,bukan gua tak tahan psycho tapi gua hanya try memaki hamun mereka.
pastu ade yang tak puas hati cakap "eleh tu pun nak marah".
haha,padan muka,terdiam penonton kat tepi tuh semua,naseb baek parang ade kat dalam keta.
ceh bajet kongsi langsi.

p/s:kadang-kadang cakap tuh biar bertapis,lagi-lagi pompuan.

Saturday, April 9

GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN

minggu nih gua nak join giveaway banyak-banyak!!!kalau ade rezeki mane taw bole dapat kan?
sape cakap takde rezeki?takde rezeki jika sudah mencuba tapi tak dapat,tapi kalau langsung tak cuba,tak guna.
ok la,kali nih darkbatman nak bagi purse jenama POLO beb,gua tak taw la darkbatman dapat mane,bli kat Gotham City ke?haha
ke purse ni kepunyaan Joker??itu yang kite tak taw tuh..
ok la tag mereka pulak,paksa mereka join!nak join klik banner!
ok selesai!!!

Bile Blog Gua Dikutuk

yes!
ade orang kutuk belog gua,perlu ke gua sedih?perlu ke gua marah?perlu ke gua kutuk balik?
perlu ke gua santau orang tuh?

gua rasa tak perlu,tapi hati syaitanku mengatakan,kutuklah mereka,marahlah mereka dengan maki hamun yang lebih kaw2,kalau boleh santaulah mereka supaya mereka tahu sape yang lebih berkuasa.HAHAHA!

gelak SETAN-nirojim!

haha,tak perlu kot gua nak maki balik sebab prinsip gua bile berblog,jangan ambil hati jika blog dikutuk,karena,ianya hanyalah di alam maya.
dan juga,
gua jadikan semua itu sebagai penambah-baikan,lu nak orang follow lu?ikutlah kata mereka,lu nak mereka hari-hari tengok blog lu?ikutlah telunjuk mereka..
tapi kalau ade yang suh gua makan taik,maafkan gua,gua sudah kenyang.

Blog gua telah direview oleh 2 orang wanita,seorang masih belum berkahwin dan seorang lagi sudah kawin anak dua*jatuh market* keh3

sebenarnya,gua bukan taknak letak header,gua sudah ade header gua,dan sebelum nih gua dah pakai,tapi selepas gua menggunakan background logo SK,gua rase tak perlu lagi gua nak letak header yang hebat bagai.keh3

blog gua jugak telah dikatakan menggunakan size font yang agak susah dibaca,mungkin serabut dengan background,so gua dah plainkan body posting gua,dan juga membesarkan saiz font gua.trimas kepada DiDa dan Pinky Momma.

p/s:gua jugak agak lewat untuk review blog mereka karena gua sibuk dengan aktiviti hari keluarga kolej gua.

Kalau Aku Itu Dia Versi Malam

tak sangka pulak blog haprak gua kena!
menang loteri wooo..masuk dalam group 2..

blog yang gua kena review adalah blog:
Header:bunga yang kosong,maybe ade makna di sebalik header nih,gua tak taw,tapi lagi elok kalau tambahkan tulisan yang masuk dengan nama blog anda ye!
Posting:banyak isu-isu semasa dan berita,memang bagus untuk gua yang tak baca paper.
Design:memang simple dan nak load pun amik masa yang sikit.laju woo,takyah tunggu lame-lame.
Comment Box:tolong kasi comment box tu jenis pop-up bole?senang sikit nak bagi komen,takperlu loading entry tuh.*_*
Header:wah nampak ciri-ciri keibuan dengan warna pink,ciri-ciri seorang ibu yang lembut hati,kan?
Posting:banyak menceritakan pasal beauty and the beast contohnya tips-tips pakai shawl senget sebelah ke..keh3.main2 je k..jangan amek ati..entry kesihatan juga santai dan mudah difahami.
Design:color pink yang menepati header yang kaler pink jugak.memang masuk.gua rasa gua taknak kutuk pape pun.sebab takde yang buruk pun dalam blog anda.

p/s:kedua-dua blog santai dan takde keburukan.i think.

Friday, April 8

BEN ASHAARI MMG GILA LA KOT


KENAPA KORANG NAK JOIN SEGMEN BEN ASHAARI 
-gua nak join segmen Ben Ashaari sebab bile gua join segmen beliau,kemungkinan blogger-blogger lain dapat taw bahawa blog gua iaitu Sembang Kemas wujud di alam maya ini.yela mungkin tak ramai yang tahu blog gua nih sebab blog gua blog haprak je.tak femes.dan tak dikenali.
-blog gua jugak kemungkinan mendapat UV yang tinggi,tapi takdela tinggi sangat,tak sampai pun langit ke-7.uishh..bahaya tuh.bile UV dah tinggi,income maybe meningkat sikit dari biasa,memandangkan UV beliau tinggi,kemungkinan orang klik URL blog gua adalah 20%,walaupun 20% kire ok la tuh.
-yang seterusnya,dapat mengenali blogger-blogger lain yang sudah otai dan jugak blogger-blogger baru,boleh la dah start buat ice-breaking kan?
-selain itu dapat jugak gua cari sape la yang kutuk belog kesayangan gua,ok jangan melampau2 dengan alam maya,bahaya,nanti merebak ke dunia realiti.

p/s:gua rasa itu sudah cukup 100 words.kah3

Yuyu Zulaikha - Ferrero Random Giveaway

jap-jap cik yuyu jangan tutup lagi giveaway nih!!gua nak join.mane taw terkena nasib kan?leh kasi kat awek.
ya itu dia,cik yuyu berbesar hati nak belanja anda semua barang-barang percuma.takyah susah-susah beli nombor ekor,hanya sekadar taip satu entry pasal giveaway nih.
senang kan?
gua rasa gua blom terlambat lagi!
please amek gua as last person ok??hahah..
sory la terlambat..sibuk..
nak join?gua rasa dah tutup kot..
tapi takpelah lawat la kat sini

Blogger Popular Sombong..kasi rejam sama dia.

alah biasalah lumrah hidup berblogging nih,jangan nak bawak kat dunia realiti sangat,sebab mereka2 nih semua hanya popular di kalangan blogger saja,yang bukan blogger,mungkin ade yang kenal dari membe-membe,dan ade juga yang tak kenal langsung blogger-blogger popular ini.

tapi sape kate blogger popular nih sombong?gua tak kate pun,topik gua yang kate,blogger popular tak sombong sebab gua tau mereka semua manusia,kena jaga hati manusia lain.
dan juga bukti bahawa blogger popular nih tak sombong kerana salah satu blogger popular iaitu BroFramestone pernah jenguk dan bagi komen kat blog gua nih.
bangga la jugak.
bukan YuYu Zulaikha je yang dapat komen dari blogger popular Fatin Liyana,
gua pun dapat jugak dari BroFramestone.
bangga kejap,blushing*
ok ini buktinya.
walaupun muka BroFramestone takde kat situ,tapi gua taw beliau lah yang komen kat situ,sebab,lu orang nampak tak 23x tuh?
selalu BroFramestone buat camtuh.
haha.bangga beb bangga.trimas la kepada BroFramestone.

sekarang nih gua jus tunggu pinangan dari Hanis Zalikha,Fatin Liyana,dan Ben Ashaari pulak.kah3.

p/s:ekceli gua tengah tunggu pinangan dari Irine Nadia Marcello HAHAHA!